7
Taehyung's
" nama? "
" k-kim taehyung "
" umur? "
" 18, senior ha seul " jawab aku dengan teragak-agak apabila eomma perempuan mula soal aku berbagai-bagai jenis soalan.
kalau aku tau aku tk ugut nak cium ha seul tadi pun takpe asdfghjkl
cerita dia macam ni okay, aku kan lagi sikit je nak cium ha seul tapi sebenarnya bukan nak kiss dia bebetul pun, aku nak kacau dia je. tapi taktau pulak mak dia kacau line ha habis ah aku.
tapi aku tak tertangkap nak cium anak dara dia. aku cover dengan acahcah nak ambik sudu dekat belakang ha seul. nasib la perempuan tu pun pandai berlakon so mak dia pun tak syak apa apa.
ffuh lega.
" kenal ha seul lama dah ke? " soal mak dia lagi. boleh tak mak dia duduk dediam kejap? aku nak makan ni
" baru je. tapi kami rapat gila " sengaja aku menekan perkataan 'gila' itu lalu mengerling ha seul yg berada di hadapan aku.
dia memandang aku dengan tajam. nasib dia tak bodoh, dan faham yg aku tengah sindir dia sebenarnya.
" baguslah. kalau kamu nak tahu— "
taknak. aku taknak tahu.
" — makcik hari hari suruh ha seul tu keluar mengenali dunia, buat kawan baru haa tadi dia tu jenis degil. makcik taktau nak buat apa dah dengan dia tu nasibla kamu jadi penyelamat dia ye? lepastu kan bla bla bla bla bla bla "
dan akhirnya aku mengalah. aku meletakkan sudu dan chopstick aku di atas meja dan mendengar cerita mak ha seul ni dari zaman purba sampai zaman moden.
makanan yg aku masak tadi langsung tidak disentuh. aku lapar gila ni seton.
sekarang aku faham kenapa ha seul dengan mak dia boleh get along. because diorang dua ni satu spesies.
spesies cakap banyak dengan tak reti duduk diam dan tak fikir perasaan orang.
grr
-
harini aku datang awal sikit ke sekolah. aku nak bersaparan dekat sekolah je since rumah aku dah out of stok makanan.
semalam memang sumpah makanan semalam tak disentuh langsung. lepas habis mak ha seul bebel pasal ha seul, dia terus halau aku balik. katanya dia mengantuk, nak tidur.
aku pun dengan fake-nya ukir senyuman manis yg fake dan pergi dari rumah diorang. then, aku cadang nak pergi melantak pizza ke nasi goreng ke tapi semua kedai dah tutup.
tutup la sebab dah pukul 2 pagi kot.
wtf with keluarga ha seul
" selamat menjamu selera " kata pakcik cafeteria itu kepada aku setelah aku mengambil huluran nasi goreng yg aku pesan tadi.
aku terus sahaja keluar daripada cafeteria itu dan pergi ke taman sekolah. aku taknak makan dekat cafeteria sebab pagi pagi je dah sesak dan bising.
sebaik sahaja aku tiba di taman, aku terus membuka plastik yg berisi nasi goreng aku dan menjamu selera. ffuh sedap beb.
sedang aku sibuk menjamu selera, aku terdengar suara seorang perempuan.
" tolong jadi boyfriend saya please "
" hi, nak jadi boyfriend saya tak? "
" ala jom la jadi boyfriend saya "
" awak hensem la, jadi boyfriend saya please "
mulut aku mula berhenti mengunyah, dahi aku mula berkerut.
suara tu ... macam familiar.
mata aku mula meliar sekeliling taman ini untuk mencari suara tersebut.
aik hilang pulak dah. suara tu pun dah tak didengari lagi.
aku nak sambung makan tapi hati aku rasa tak sedap.
aku rasa aku tau tu suara siapa.
park ha seul. perempuan anti-sosial itu.
aku terus sahaja meninggalkan makanan aku dan pergi mencari perempuan bodoh itu. hati aku kuat mengatakan yg dia akan berada dalam keadaan bahaya tak lama lagi.
dengan cara dia mengemis nak jadi girlfriend orang.
aku menilik jam tangan aku, 6:45am.
memang bahaya waktu sebegini! sebab 'dia' suka meliar di kawasan taman untuk cari mangsa pada waktu macam ni.
dan aku rasa aku tau mana port 'dia' .
langkah aku diaturkan ke belakang tandas lelaki. jantung aku berdegup kencang, selari dengan langkah aku sekarang ni.
aku tiba di tandas lelaki. apabila aku ingin meneruskan perjalanan aku untuk ke belakang tandas, ada suara menangkap perhatian aku.
aku dah agak.
" t-tolong jangan "
" kau yg mintak semua tu tadi and sekarang bila aku nak bagi, kau pulak tolak "
" tapi aku tak mintak dari kau "
" jaga bahasa kau kalau kau taknak kena "
aku mengetap bibir aku geram lalu aku meneruskan langkah aku ke belakang tandas.
" WHAT THE ACTUAL FCK ARE YOU DOING, MIN YOONGI?! " aku menjerit sekuat hati aku sebelum aku berjalan ke arahnya dan menolak dia ke tepi dengan kasar.
" oh wow taehyung, youre here huh? " yoongi tersenyum sinis
" apa kau tengah buat dekat dia ni?! " jari telunjuk aku ditujukan ke arah ha seul yg berada di tepi. dalam keadaan ketakutan dan sedang menangis.
" aku bagi apa yg dia nak. tu je "
aku mengerutkan dahi aku.
" dia mintak stranger jadi boyfriend dia. dan bila aku sukarela nak jadi boyfriend dia, dia tolak. what a bitch " yoongi mendengus kasar
" yoongi, kau pun tahu dia tu macam mana. jadi jangan ambik kesempatan dekat dia. i'm warning you "
aku menjeling yoongi sekilas sebelum menghampiri ha seul yg sedang menggenggam uniform sekolahnya yg terselak sedikit dan dua butang dari atas terbuka.
" kau okay? " soal aku dengan penuh kerisauan.
—senyap
" dah, jom " aku membawanya pergi daripada situ. sempat lagi aku melanggar bahu yoongi.
-
" sudah la tu ha seul, jangan menangis lagi "
dah sekotak tisu dia habiskan untuk lap air mata dia. kesian dia, takut betul dia tadi apabila yoongi sengaja mengambil kesempatan dekat dia.
sebodoh-bodoh dia, dia masih tau erti buat ehem bcs orang yg anti-sosial ni rajin google benda yg diorang belajar dari drama or anything jadi tak mustahil kalau dia rasa takut dan menangis.
dan dia pelajar biology terbaik di gred dia jadi dia tahu tentang benda 18+ tu.
" a-aku takut sangat tadi " katanya lemah.
" aku faham. ambil ni sebagai pengajaran, lain kali jangan suka hati kau mintak couple dengan orang yg kau tak kenal. mahu-mahu kalau orang macam yoongi tu datang lagi, tak ke naya hidup kau? " aku memberinya nasihat walaupun aku agak marah dengan kelakuan dia tadi.
mintak couple dengan stranger. sounds like she's a slut.
tapi dia tak tahu erti couple so aku tak boleh salahkan dia seratus-peratus. dia terpengaruh drama le tu.
" umm okay " dia mengganguk perlahan sambil mengesat sisa air mata yg mengalir di pipinya.
lemah pulak aku tengok perempuan menangis ni. gegor jantung.
" ha seul " panggil aku
" um? "
" janji dengan aku, kau takkan dah buat benda memalukan macam tadi. sebab aku akan sentiasa berada di sisi kau, jaga kau dan lindungi kau. aku akan sentiasa ada untuk kau jadi kalau kau perlukan aku, cari aku. jangan cari orang lain, okay? kau di bawah tanggungjawab aku sekarang. "
sebab perempuan ni perlukan seseorang untuk mengajar dia erti hidup. dan aku akan menjadi seseorang itu.
==
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top