6
dan apa patut aku buat sekarang?
barangan untuk memasak semua sudah lengkap cuma masalah utama sekarang ni aku tak pandai masak.
kenapa aku dilahirkan menjadi seorang insan dan anak yg langsung tidak berguna?
mesti eomma menyesal lahirkan aku kan kan kan hukhukhukhuk
lama jugak aku duduk dalam dapur ni. fikir apa patut aku buat. takkan aku nak naik balik atas lepastu bagitau eomma yg aku tak reti masak jadi aku tak dapat tunaikan permintaan dia?
tu fakehope namanya.
sebuah idea muncul di minda aku. mungkin dia dapat menolong aku dan lagipun dia je yg aku ada sekarang ni. segera aku mencapai telefon bimbit yg berada di tepi singki itu.
" kau nak apa lagi perempuan? "
kurang ajarnya cara dia jawab panggilan aku eiy
" taehyung, datang rumah aku boleh? "
" semestinya tak boleh. bye "
" wei sabar la. dengar dulu apa aku nak cakap ni. "
" 1 minit je untuk kau cakap benda yg kau nak cakap tu "
bapak sial lelaki ni
" eomma aku tak makan dari siang sebab aku balik lewat jadi dia suruh aku masak tapi aku reti masak tapi aku taknak bagi dia fakehope taknak dia kecewa so boleh kau datang sini? "
" untuk apa? "
" untuk tolong aku masak la "
" alasan? "
" sebab kau bawak aku jalan sana sini sampai malam so ni dendanya "
" taknak "
" please tae .. kau dekat rumah pun bukan buat apa " rayu aku kepadanya melalui panggilan ini.
Tut tut tut tut tuttttttttt
dia dah matikan panggilan. izinkan aku carut dan menyumpah dia please :)
aku mengeluh panjang. APA AKU PATUT BUAT NI?!!!
TingToing
bunyi loceng pintu rumah aku berbunyi. aku menggulingkan mata aku ke atas lalu berjalan ke arah pintu. aku membuka pintu dengan malas.
" sorry saya tak order delivery " kata aku sebaik sahaja membuka pintu rumah.
" ok kalau macamtu aku balik dulu eh. bye, cakap dekat mak kau selamat berlapar "
aku yg tengah tunduk memandang lantai sebentar tadi itu terus mendongakkan kepala aku dan aku mendapati bahawa taehyung baru hendak memusingkan tubuhnya untuk pergi dari sini.
cepat sahaja aku mencapai pergelangan tangannya.
" eh eh rileks la aku gurau je tadi. aku taktau pulak kau nak datang "
" jangan salah faham ok. aku datang sebab alang-alang aku ada dekat kedai burger sana so aku datang lah ye jangan ingat aku ni baik hati nak tolong kau " bebelnya lalu terus masuk ke dalam rumah aku tanpa izin sesiapa pun.
budak taehyung ni memang kurang ajar ke apa? memang mintak pelempang betul.
sekali lagi aku menggulingkan mata aku ke atas dan terus menutup pintu rumah. aku mengikut taehyung ke dapur.
" eomma kau mana? "
" bilik "
" dia nak makan apa? "
" steak, jjangmyeon lepastu apa entah aku lupa so sila refer chapter lepas " balas aku sambil bermain dekat kuku fab aku ni kekeke.
" jadi? kau nak aku masak semua tu? "
" eh tak payah pun takpe kalau kau rasa menyusahkan. eomma aku tu memang mengada ha kau masak je nasi dengan telur untuk dia "
taehyung yg sudah siap memakai apron berjalan mendekati aku dengan senduk di tangannya. terketar-ketar wei badan aku bila dia datang dekat.
apa dia nak buat?
" tak baik cakap macam tu. tu eomma kau, budak " dia mengetuk kepala aku dengan senduk yg dipegannya tadi.
" ah " aku mengaduh perlahan. boleh tahan sakit la jugak.
" rileks la. eomma aku sporting kot dia pun tak kisah aku berkelakuan macam ni dengan dia. kau je sensitive bagai nak rak " kata aku lagi
" tapi siapa tau kalau dia kecik hati? " soal taehyung dengan suara dia yg deep and husky itu. meremang aku
" tak. dia dah pernah kata yg dia— "
" — shuh, sekali lagi kau tak hormat eomma kau, aku cium "
terdiam aku dibuatnya apabila dia berkata sebegitu.
lalu taehyung pun menjauhi aku dan mula mengeluarkan bahan-bahan daripada plastik dan bekas dan dia mula memotong kesemua bahan-bahan masakan tersebut.
aku? dekat tepi tengah tenung dia masak.
bukan nak cakap tapi aku jujur yg dia memang ada rupa. dan tak dapat dinafikan lagi yg dia nampak lebih kacak bila tengok dari dekat dan extra kacak bila dia tengah focus memasak.
wajahnya seakan-akan watak komik.
ala macam cerita W Two World jadah tu la haa.
" aku tau aku kacak tapi jangan tenung aku sampai macam tu please " tegur taehyung. tersentak aku daripada lamunan tadi.
" oh please la aku tengah fikir masa depan aku okay heh " nafi aku
ya, aku tengah tenung kau wahai kim taehyung. agaknya dia ikut muka siapa lah kan? eomma dia atau appa dia?
tik tok tik tok
jam berdetik di dinding. tak sedar pulak yg taehyung pun dah siap memasak. dia menghidangkan kesemua makanan yg dia masak tadi di dalam pinggan dan meletakkannya di ataa kaunter dapur itu.
" buat apa la kau masak semua permintaan eomma aku tu? dia bukannya serius pun. kau bagi makan nasi kosong pun dia okay je. dia memang suka acah merajuk haha "
" park ha seul " taehyung memanggil nama aku.
dan saat itu suara deep dia memang deep gila.
" apa? "
" kan aku dah cakap tadi, "
perlahan-lahan dia mendekati aku. aku menelan liur dan mengundur ke belakang. sounds clishé but siapa kisah?
" yg kau kena hormat eomma kau "
oh tidak kenapa kaunter ni kena ada dekat belakang aku jugak?! celah mana aku nak lari ni?
taehyung mendengus perlahan lalu menahan kedua belah tangannya di kaunter dapur ini. so kiranya aku tersepit dekat tengah la oh tidakkkk.
" o-oh, sorry la aku terlupa. sorry okay sorry " suara aku kini mula bergetar.
lagi bergetar bila mata aku bertembung dengan matanya.
" sorry? " dia menaikkan keningnya.
" ya sorry. so sekarang tolong tepi sikit please aku nak pergi tandas "
" aku tadi ada cakap yg kalau sekali lagi aku dengar kau tak hormat eomma kau, kau akan dapat denda, kan? " dia tersenyum senget.
wEH SATU BADAN AKU BERGETAR
" kau tau kan apa dendanya? " soal dia lagi. wei aku rasa aku patut tempah keranda sekarang la aku rasa nak mati dah tak lama lagi.
" t-taehyung "
dia langsung tidak mempedulikan panggilan aku itu. malah, dia mula mendekati wajahnya dengan wajahnya aku.
" taehyung " aku memanggilnya buat kali kedua dengan suara yg bergetar.
anak mata aku pun mula bergetar di saat aku dapat merasakan deruan nafas hangatnya di muka aku.
dia berhenti apabila wajah kami hanya tinggal beberapa inci.
" setiap perbuatan, mesti ada dendanya kan? dan apa yg aku cakap, aku akan buat " dia tersenyum sinis.
dan bibirnya datang semakin dekat dengan bibir aku lalu,
" ha seul makanan eomma dah siap ke— OH MY GOD "
==
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top