4
taehyung menolak badan aku ke tepi dengan kasar.
" apa kau merapu ni? "
aku mengerutkan dahi aku, memandangnya hairan. salah ke apa yg aku buat ni?
" um, ajak kau jadi boyfriend aku la " jawab aku selamba tanpa rasa malu.
i tot ni cara nak ada boyfriend.
taehyung menepuk dahinya perlahan. dia mengeluh panjang.
" bukan nak cakap tapi kau memang bodoh. sebodoh-bodohnya! "
" kau ingat dengan peluk orang, kau dengan dia dah officially couple ke? "
aku mencebik setelah disembur sebegitu oleh taehyung.
" mana la aku tahu. dah cakap kan yg aku taktahu apa apa " kata aku perlahan. merajuk ni ha merajuk
tapi ingatkan jantan tu nak pujuk aku TAPI TAK WEI TAK HAHAHAHAAHHAAHAHAHAH
dia boleh pulak dok membebel entah apa dekat tepi. aku tak pasang telinga sebab aku rasa apa yg dia bebel semua takde faedah hehe.
" kalau macam tu .. " aku mengesot laju ke arah tubuh taehyung dan mendekatkan muka aku dengannya.
mukanya kelihatan begitu terkejut dengan tindakan aku. bibirnya seolah-olah hendak mengatakan sesuatu tetapi terbantut, dan dia tersenyum senget.
" bagitahu aku semua pasal cinta " sambung aku lalu menjauhi dia semula.
segera mimik wajahnya menjadi hampa dan kecewa. APA KAU FIKIR AKU NAK CIUM KAU KE EUW
" apa maksud kau dengan bagitahu kau segalanya tentang cinta? " soalnya
" um u know, bagitahu aku macam mana cara nak bercinta. apa yg patut dielakkan waktu bercinta, apa yg patut dibuat oleh pasangan bercinta dan macam mana nak jatuh cinta " aku menaikkan kening aku dan tersenyum pendek.
dia tergelak kecil.
" kenapa aku patut bagitau kau semua ni? " soalan dijawab dengan soalan ugh!
" sebab, kau akan jadi boyfriend aku? " jawab aku lagi dengan penuh confident dan tak malu.
" erk " gumamnya perlahan.
asal macam taknak dekat aku je taehyung ni HAHAHA.
" park ha seul-sshi, dengan cara kau macam ni, aku tak rasa kau masih sesuai untuk bercinta. kau taktahu apa apa langsung tentang dunia dan percayalah kau akan senang ditipu. kau fikir petik jari dah boleh jatuh cinta? tak, kau salah. cinta ni datang secara semulajadi dari sini " dia meletakkan telapak tangannya di dada dia.
nasib tak letak dekat dada aku HAHAHAHAH ok joke.
aku masih terpinga-pinga disini, cuba menghadam apa yg dia tengah cuba sampaikan tadi.
" loceng dah nak bunyi tak lama lagi, aku mintak diri dulu. jaga diri, bye " dia tersenyum manis dan beredar daripada sini.
eh sial aku tak sempat nak tanya apa apa dia dah cabut blah. macam tau tau je yg aku ada banyak soalan nak tanya pasal kata-kata dia tadi tu.
aku mengangkat bahu dan terus menghirup air kotak yg dibeli aku tadi sehinggi habis sebelum aku pulang semula ke kelas.
-
" wahai anak aku, bagaimana hari pertama kamu dekat sekolah? " eomma memeluk aku dengan erat sebaik sahaja aku menutup pagar rumah. rileks la eomma, tau rindu tapi kasut pun aku tak sempat bukak lagi ni.
" sucks " jawab aku pendek. aku cuba melepaskan diri daripada pelukan eomma dan nasiblah terlepas. fuh sesak nafas sia.
" laa kenapa pulak? kamu taktahu ke yg sekolah lah tempat paling best. boleh jumpa kawan kawan, main dengan diorang bla bla bla "
ni sekor lagi suka bebel.
" kalau macamtu, eomma jela gantikan ha seul. eomma pergi sekolah, ha seul duduk rumah okay? "
" palahotak kamu! jangan main main eh ha seul. kamu nak tau kenapa eomma nak kamu berubah? "
" taknak HAHAHA " segera aku cabut lari naik atas bilik dan tidak lupa untuk mengunci pintu bilik. aku siap tarik lagi almari, meja belajar dan segala benda dalam bilik dan letak dekat pintu so eomma tak boleh masuk mueheheheeh.
aku merebahkan tubuh di atas tilam, haih, letih betul sekolah ni. asyik asyik kena perli 'orang gua' dekat semua cikgu dan pakcik makcik dekat kantin.
teruk sangat ke aku ni? bodoh sangat ke aku ni?
aku cuma tak pernah keluar rumah. tu je.
bak kata orang, anti-sosial haa. aku pun jenis tak suka bercakap dan suka mengasingkan diri dari semua orang. tu yg aku ambik keputusan untuk belajar dan duduk dekat rumah je.
aku mungkin bodoh dalam hal dunia tapi aku tak bodoh dalam pelajaran okay 😎
baru je tadi Miss Kim puji yg aku ni pelajar yg pandai dalam mata pelajaran biologi 😎😎😎😎
" ha seul! tolong eomma belikan sayur dekat supermarket sana! "
" oh mak kau "
terlatah aku apabila terlihat eomma sedang terbang di luar. maksud aku, eomma panjat pokok kelapa yg dekat tepi rumah aku yg dekat dengan bilik aku hanya untuk bagitau aku pasal ni.
seram pulak bila terbayang eomma panjat pokok kelapa dengan rambut busuk dia dan kain batik dari kelantan tu hekhekhek.
" laa, kenapa tak ketuk je pintu tu eomma? " soal aku selepas menghampiri eomma di tingkap bilik.
" kamu halang pintu macam tu eomma nak masuk macam mana, gila?! "
oh heheheheeh hahahaahhaha terlupa la.
" haa, nak ha seul beli apa? "
" eomma dan send semua list barang yg kamu kena beli dekat whatsapp. so pergi beli la eh? eomma penat main ps3 tadi "
" yela " keluh aku
" tapi eomma— "
" ARGHHHH " jerit eomma aku
oh tidak..
eomma terjatuh dari pokok kelapa tu.
tapi aku tak kisah.
-
" bawang dah beli, kunyit dengan serai pun dah beli, ramen dah beli " aku menaip emoji tick di sebelah list barang yg telah aku ambil.
hmmm apa lagi yg tinggal?
sayur bayam, carrot, tomato dengan terung APA BANYAK SANGAT SAYUR NI?!
terus sahaja aku menolak troli ke bahagian sayur-sayuran dan mula mencari sayur-sayuran tersebut.
masalah sekarang ni, semua sayur dia tak label oh taik! ini sungguh taik! setaik-taiknya!
aku mana tahu mana sayur bayam! carrot pesemua tu tahu la sebab senang nak beza.
tapi dekat sini ada berlambak jenis sayur hijau yg aku taktau apa nama diorang. jadi masalah utama aku ialah, mana satu sayur bayam ni?
penat aku search google tapi hampeh sebab google aku ni kuno, dia taknak keluar apa yg aku mintak.
dia keluar benda bukan-bukan. contohnya bila aku seacrh kunyit tadi dia keluar gambar lelaki-lelaki gay tak guna.
siotness on.
sebab aku dah fedap sangat, aku main hentam ambik je sayur mana yg aku rasa ada rupa bayam sikit.
" rasanya ni kot sayur bayam "
baru saja tangan aku nak capai that so called sayur bayam, ada sebuah lagi tangan yg menahan tangan aku itu.
" ni bukan sayur bayam. ni kubis "
aku memandang tuan kepada suara itu.
Kim Taehyung?
==
6 hari lagi dan aku bakal exam so aku mungkin takkan kerap update fanfic ni sampailah habis exam aku iaitu pada 24/10 :)
~ adrianna
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top