3

tandas pun ada bezakan untuk lelaki dan perempuan ke?

oh baru ku tahu

" bERAMBUS KELUAR CEPAT BERAMBUS EIHH "

sekali lagi lelaki tersebut menjerit ke arah aku. dengan wajah yg menahan malu, aku segera keluar daripada tandas lelaki itu.

ffuh berpeluh-peluh aku dibuatnya.

tidak sampai 5 minit, lelaki tadi keluar daripada tandas itu. dengan tidak sengaja, mata aku bertembung dengan mata aku dan dia memandang aku tajam. setajam mata pisau.

" kau " dia menghampiri aku dan menuding aku dengan jari telunjuk dia yg boleh tahan lawa tu.

aku mengangkat kening aku. masalah tak settle lagi ke?

" kejap, aku nak kencing dulu " segera aku berlari masuk ke dalam tandas yg pintu berwarna pink ok pink.

selesai membuang hajat, aku memandang kiri kanan sebelum keluar daripada tandas tersebut. senanya aku nak cabut lari dari jantan tu je.

" kenapa kau masuk tandas tadi? kau nak skodeng aku ke hah?! aku tau aku ni hensem dan kau suka aku tapi cara macam ni salah for your information "

" oPOCOT MAK KAU "

terlatah aku dibuatnya apabila diserang sebegitu. sejak bila jantan ni muncul dekat belakang aku.

" jawab la soalan aku " dia tersenyum sinis. badannya disandarkan di dinding sambil dia memeluk tubuhnya.

" euw sape je nak skodeng kau? aku taktahu mana satu tandas lelaki ok kau jangan nak tuduh aku melulu you snake " balas aku semula

lelaki itu senyap. tapi aku perasan yg muka dia dah macam baru tertelan taik biawak.

malu lettew kahkahkah

" apa apa jela " dia menggulingkan matanya ke atas dan ingin berlalu pergi.

aku biarkan sahaja dia pergi. aku bukan jenis macam dekat fanfic tu eh nak clishé clishé halang dia pergi.

setelah kelibat lelaki itu hilang daripada pandangan aku, aku terus pulang ke kelas. masuk masuk je sir jjangmyeon tu dah pandang aku semacam.

" apa? " aku menyoal sir junmyeon. wajahnya terkejut dengan soalan aku yg agak rude itu.

" ingatkan dah taktahu jalan balik kelas. walhal la awak ni kan orang gua hekhehekhekhihihih "

sialnya cara dia cakap

" kalau saya orang gua, takdelah saya nak pakai baju, bersiap macam ni. cikgu ni yg orang gua, tak reti bezakan ke manusia zaman sekarang dengan orang gua tu macam mana? heh pathetic loser " aku mengflipkan rambuf aku lalu terus kembali ke tempat duduk aku.

tidak ku percaya semua pelajar bersorak selepas aku bercakap sebegitu kepada sir junmyeon. apa yg patut disorok pun aku taktau.

" hebat ah kau ha seul "

again, perempuan di sebelah aku bercakap dengan aku. aku harap dia bukan zombie.

" asal? "

" tak pernah ada student cakap macam tu dekat cikgu dia. berani eh kau "

" aku taktau pulak yg kita kena respect cikgu. i tot manusia sama rata je kedudukan dia " aku mengangkat bahu dan memaparkan muka innocent dan tidak bersalah aku itu.

" aku nak berkawan dengan kau boleh? nama aku han yeonji " dia menghulurkan tangan kanannya ke hadapan aku.

aku mula mula memandang tangannya pelik. macam ni ke cara nak buat kawan? umph

" park ha seul " aku memberinya senyuman manis yg paling aku ada.

akhirnya aku ada pun kawan hshaahahahah.

-

aku mencapai sekotak susu strawberry dari dalam peti sejuk di cafeteria sekolah. aku tahu pasal susu ni pun melalui ipad aku.

siapa cakap aku kuno hah?

" susu ni 2 ringgit. awak kurang bagi seringgit ni " kata penjaga gerai minuman itu.

apa beza seringgit dengan dua ringgit do?

" betul kan saya bagi ni? " aku membalas semula, cuba pertahankan diri.

" awak ni rabun ke tak pernah pergi sekolah hah? ke tak belajar math? pakcik yg tak habis sekolah pun pandai mengira. tak faham ke dua ringgit tu apa?!!! " pakcik itu mengetap bibirnya geram.

wajahnya aku mula menjadi cemberut. besaq kecik besaq kecik je aku pandang dia ni.

" masalah sekarang ni saya taktau seringgit dengan dua ringgit " kata aku lagi

" patutlah. orang gua rupanya kamu ni. orang macam kamu ni buat apa nak keluar dari gua? pergi la hidup dekat sana selamanya! makan pokok, makan binatang liar! bodoh baik tak payah datang sekolah je !! "

dasar orang tua sial

ringan je tangan aku nak curah air panas dekat tepi ni at his old and ugly face tapi tangan lain pantas menahan tangan aku.

" yahh " aku memandangnya hairan. dia menjeling aku sekilas lalu menghulurkan sekeping duit nota berwarna biru kepada pakcik tua tersebut.

" walaupun dia ni bodoh tapi saya rasa pakcik tak patut cakap dia macam tu. dia pun manusia jugak "

terus sahaja lelaki itu menarik aku keluar daripada cafeteria itu. aku terkejut tapi pada masa yg sama aku tak terlupa nak ambik susu aku heheheheheeh.

" thank you " gumam aku perlahan

" kau budak yg skodeng aku dalam tandas tadi tu kan? kan?! " soal lelaki itu penuh dengan perlian.

eih. aku dah la tak habis marah lagi dekat pakcik tu err aku sedar la aku ni bodoh tapi tak payah la hina aku macam tu.

aku harap sangat dia mampus cepat.

hekhekhekhuhuhoho

" berapa kali aku nak cakap yg aku tak skodeng kau? aku tersilap masuk ok? "

" takkan kau boleh tersilap masuk sedangkan kau tahu warna biru tu untuk tandas lelaki "

" mana la aku tau. biru fav colour aku halamak kau pe tau " aku menjelingnya halus lalu mencucuk straw ke dalam kotak susu itu dan menyedutnya dengan penuh kenikmatan.

" kau taktahu apa apa pasal dunia ke, perempuan? " tanya si lelaki itu.

" dah 10 tahun aku tak keluar rumah "

krik krik ..

aku memandang wajah lelaki itu. mulutnya ternganga luas sampai ada lalat tengah berak dalam tu wei euw.

" seriously? ohmaijod "

bukan oh mai god ke hshahahaha

" park ha seul " aku menghulurkan tangan kanan aku, ingin berjabat tangan dengannya.

dengan ragu-ragu, dia turut menghulurkan tangannya dan kami berjabat tangan.

" kim taehyung " katanya berserta dengan senyuman manis dan comel.

' tu dulu ni sekarang. eomma jeles tau tengok anak jiran ada life yg seronok je, ada boyfriend lagi. kamu ni hah? telefon yg jadi boyfriend '

kata-kata eomma mula terngiang di telinga dan minda aku. aku mula memikirkan sesuatu.

kalau nak kawan kena berjabat tangan, then kalau nak cari boyfriend pulak?

takkan—

um boleh jadi jugak kan?

baiklah eomma yg ku tak sayangi, akan ku tunaikan impian bodoh kamu itu.

tubuh badan lelaki yg bernama kim taehyung di sebelah aku itu segera aku peluk dengan erat sekali.

" jom jadi boyfriend saya "

dan sekali lagi,

krik krik ...

==

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top