27

sudah dua minggu sejak aku berbaik semula dengan kim taehyung

dan dalam masa dua minggu itu jugak kami berdua menghabiskan semua asa yg ada.

bahagia? ya , tidak terkata

you can't have a rainbow without a little rains

aku tahu aku kelihatan bodoh kerana mempercayai seorang lelaki yg telah menipu dan memberi aku harapan palsu berulang kali.

aku tahu.

tetapi aku tidak boleh membencinya kerana hati aku, diri aku dan jiwa aku sudah terlekat di dirinya.

aku langsung tidak sanggup hendak memarahinya atau membencinya buat tempoh yg panjang kerana pada akhirnya, aku sendiri yg akan membenci diri aku.

kuasa cinta sebesar ini rupanya

sekarang aku mula yakin bahawa taehyung sebenarnya ikhlas terhadap aku.

cuma dia ego.

ego untuk menunjukkan cintanya terhadap aku.

dan kerana egonya jugak lah aku sentiasa salah faham terhadapnya.

and we ended up fighting.

aku bersyukur kerana sepanjang dua minggu ini, tiada pergaduhan yg berlaku malah hanya kebahagiaan yg memenuhi hari-hari kami.

taehyung membawa aku ke banyak tempat jugak selama 14 hari ini.

ke tempat-tempat yg dia pernah berjanji untuk membawa aku.

" ha seul, kau dah siap? "

taehyung mengetuk perlahan pintu bilik aku. aku memandang wajah aku dan pakaian aku buat kali terakhir sebelum aku membuka pintu untuk bertemu taehyung.

black dress dan rambut diikat. just simple.

" kau nampak cantik in black "

aku mula tersipu-sipu malu bila kena puji hahahahaah sedangkan hampir setiap saat dia suka memuji aku.

" dah dah la tu puji ehek nanti gua kembang. dah, jom "

lantas aku mencapai tangan taehyung dan membawanya turun ke bawah.

setelah meminta izin daripada eomma, kami berdua mula menaiki kereta taehyung dan menuju ke destinasi kami.

sewaktu taehyung sedang memandu, aku mencuri pandangnya buat sekian kali. entahlah, aku rasa dia ni kacak sangat.

walaupun dia hanya memakai tuxedo hitam dan rambutnya disikat ke atas, tapi sumpah dia nampak hotzz gila.

like macam mana boleh ada orang sekacak macam dia dalam dunia ni? how impossible

lama jugak aku bercakap dengan diri sendiri sampai tak perasan yg kami dah sampai.

" jom, eomma dengan appa aku dah tunggu kau "

aku mengganguk lalu keluar daripada perut kereta taehyung apabila dia membuka pintu kereta untuk aku.

taehyung menghulurkan lengannya untuk aku. tanpa berfikir, aku terus sahaja memaut lengannya lalu berjalan bersamanya untuk bertemu ibu dan bapa taehyung manakala tangan kiri aku memegang erat sekuntum bunga ros putih.

nak jumpa mertua mestilah kena beradab, bukan?

sesekali aku mengusap perlahan lengan taehyung sewaktu kami sedang berjalan. aku tahu, dia pasti rasa gementar dan takut. jadi aku sebagai his future girlfriend kenalah memberi dia semangat.

dan kami berdua tiba.

tiba di hadapan ibu bapa taehyung.

" hi, eomma appa "

taehyung menyapa mereka.

walaupun tidak dapat melihat wajah ibu bapa taehyung, aku yakin yg mereka berdua mesti cantik dan kacak.

macam taehyung.

" eomma appa apa khabar? maafkan taehyung sebab taehyung dah lama tak datang melawat "

" taehyung pernah janji yg taehyung akan bawak cinta hati taehyung datang melawat eomma dengan appa satu hari nanti, kan? "

taehyung menoleh memandang aku yg hanya mendiamkan diri dari tadi. dia kembali memandang ibu bapanya.

" eomma appa, ini park ha seul. dialah cinta hati taehyung " taehyung tersenyum pendek

tanpa membuang masa, aku terus meletakkan bunga ros putih yg aku beli tadi di atas makam ibu bapa taehyung.

" annyeonghaseyo encik kim dan puan kim. saya park ha seul "

aku menunduk 90 darjah tanda hormat aku kepada mereka walaupun mereka tidak dapat melihat.

sekurangnya mereka dapat melihat aku dan taehyung dari atas.

" eomma appa, sepanjang eomma dengan appa tak ada buat taehyung, ha seul la yg selalu jagakan taehyung. setiap perbuatannya mengingatkan taehyung dekat eomma. eomma appa, i miss both of you so much "

aku perasan bahawa nada suara taehyung bertukar sayu. segera aku memeluk pinggangnya dan memandangnya.

aku tersenyum lembut.

" eomma dengan appa restu kan hubungan taehyung dengan ha seul? ha seul seorang perempuan yg baik. dia sentiasa ada buat taehyung walaupun taehyung selalu sakiti hati dia. taehyung ego, ego untuk tunjukkan rasa cinta taehyung untuk dia "

taehyung kembali tersenyum.

" taehyung janji akan bahagiakan ha seul "

" eomma appa, esok taehyung akan datang melawat lagi okay? taehyung dan ha seul mintak diri dulu "

sejurus selepas taehyung berkata sebegitu, aku dan dia sama sama menunduk 90 darjah buat kali terakhir sebelum kami beredar daripada makam ibu bapa taehyung.

malam itu, kami membuat keputusan untuk menikmati makan malam di tepi pantai.

romantic dinner.

segelas wain anggur diteguk taehyung dengan perlahan. mungkin ini masa yg sesuai untuk aku bertanya.

" um taehyung, boleh aku tanya? "

" silakan "

" ma-macam mana kau boleh kehilangan kedua ibu bapa kau? "

" kau curious pasal benda tu je ke? " soal taehyung

aku mengetap bibir dan mengganguk perlahan.

" tapi kalau kau taknak jawab pun takpe, taehyung. aku taknak paksa kau jawab sebab aku tau mesti susah kan? "

taehyung tersenyum pendek dan menggeleng kepalanya.

" aku kehilangan diorang masa aku umur 13 tahun. diorang kemalangan semasa hendak bercuti "

aku mengganguk faham.

" itula sebabnya aku jadi panas baran dan bermasalah semasa zaman aku masih jadi junior. aku sanggup hancurkan hidup orang lain kerana tak dapat kasih sayang yg sepatutnya. oh wow, betapa immatured nya aku dulu "

" sudahlah, taehyung. berhenti salahkan diri kau. waktu tak matang, siapa sahaja yg tak pernah buat kerja bodoh? "

" nak tahu satu benda tak, ha seul? "

aku mengangkat kening kiri aku tanda ingin tahu.

" aku pelik dengan kau ni. walaupun pernah beberapa kali aku marahkan kau sedangkan kau tak bersalah pun. walaupun aku pernah melepaskan geram aku dekat kau. aku tak faham macam mana kau boleh bertahan dengan aku selama kita kenal? "

aku tersenyum lagi lalu mengusap perlahan tangan taehyung yg berada di atas meja itu.

" because i love you so much sampaikan aku rasa buta. buta dengan cinta kau, taehyung. walaupun kau kerap buat aku sakit hati, aku tetap maafkan kau sebab aku betul betul cintakan kau. kau lelaki pertama yg mengajar aku erti kehidupan "

taehyung ketawa kecil

" i love you too, park ha seul "

taehyung mengenyit matanya nakal ehek tergoda gue

" ha seul, kita pergi short vacation nak tak? "

==

just nak cakap yg next chapter adalah ending nya okay YA TUHAN AKU BAHAGIA FANFIC NI NAK HABIS

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top