24
" ada apa datang sini, taehyung? "
sebaik sahaja aku hendak memakai kasut, taehyung datang menyapa aku.
" pergi sekolah sama sama, jom? " ajaknya dengan senyuman lebar
aku ragu ragu hendak memberinya jawapan sebab yela, perkara dulu berlayar di minda aku.
ingat tak sewaktu taehyung mengajak aku ke sekolah bersama-sama tapi diakhiri dengan ponteng sekolah? dan aku dimarahi dan dihalau oleh eomma selama seminggu?
ha sudah, aku trauma.
" come on ha seul. kalini aku janji aku takkan ajak kau ponteng. lagipun, hari ni kan hari pertama kita? "
" h-hari pertama? "
sejak bila kami couple ni hahahahaha
" yela. hari pertama kita jadi bestfriend for life semula "
oh haha, kawan. yea kawan.
tak sekarang ni kenapa aku sedih bila dia anggap aku ni kawan dia je? aku sendiri yg tak kisah kalau dia nak anggap aku apa apa pun.
hm, aku terpaksa mengukirkan senyuman lalu mengganguk setuju.
tak apalah. lagipun guanlin tak ada nak teman aku ke sekolah macam biasa. dia kena balik taipei kejap. ada urusan keluarga yg dia kena uruskan.
setelah sampai di sekolah, aku perasan yg ramai pelajar tengah usya kami semacam je.
tapi mostly semua usya aku. bukan usya dengan pandangan yg diorang senang dengan aku, tapi pandangan yg diorang bencikan aku.
aku sendiri taktahu kenapa.
setahu aku, aku takde pun ganggu diorang. diorang semua ni siapa pun aku tak kenal.
pelik betul orang zaman sekarang. kita langsung tak kenal dia, tapi yg ajaibnya dia kenal kita. siap tahu pasal hidup kita lepastu nak benci kita habis-habisan.
aku taktahu apa yg tengah terjadi sehinggalah,
" tengok ha seul tu. taktahu malu ke sailang pakwe orang? "
" menyampah aku dengan dia tu. dahla tak lawa, tu pun taehyung nak "
" dengan bodoh dia tu pun ada jugak yg nak "
" dia cuma pandai sailang hak orang je "
" aku tengok hani tu sedih semacam je. takkan ha seul tak reti fikir perasaan orang ? "
okay jadi sekarang ni semua tuding jari ke arah aku?
aku rampas taehyung?
aku ambil hak orang?
faknya haha
hani sendiri yg sukarela lepaskan taehyung dekat aku dan sekarang semua orang dah salah faham.
semua orang assume yg aku rampas taehyung daripada hani.
great, just too great.
aku terasa yg tangan taehyung sedang menggenggam erat tangan aku. aku menatap wajahnya, dia menggeleng sambil tersenyum.
dia menyuruh aku untuk tidak menghiraukan mereka.
aku mengganguk perlahan lalu mula berjalan melepasi mulut mulut puaka tersebut.
biarlah apa diorang nak cakap pasal aku pun. yg janji aku tak kacau diorang. mulut manusia kita tak boleh tutup.
anjing yg suka menyalak ni, ada satu masa dia akan penat dan dia akan berhenti menyalak.
selepas taehyung menghantar aku ke kelas, kami mula membawa haluan masing masing. dia janji akan tunggu aku dekat cafeteria waktu rehat kejap lagi.
sekarang ni masih awal. aku mengambil keputusan untuk duduk saja dekat kelas sambil dengar lagu.
cuaca harini elok, takkan aku nak bermasam muka je?
aku takkan bad mood hanya disebabkan kata-kata mereka tadi. i dont freaking give a damn.
sedang elok aku mendengar lagu, tiba tiba seseorang datang mencabut kasar earphone daripada lubang telinga aku.
aku memandang manusia itu.
" siapa kau? "
" kenalkan, aku lee junghee "
lee junghee? macam pernah dengar. aku mengerutkan dahi aku. cuba mengingati kembali siapakah lee junghee ini.
aha! aku dah ingat. aku meneguk liur. gerun dengan perempuan di hadapan aku ini.
lee junghee. seorang senior perempuan di sekolah. dia terkenal dengan sikap suka menyibuk hal orang.
biar aku bagi contoh.
katakan la perempuan B ni rampas boyfriend perempuan A, maka lee junghee yg akan selesaikan hal itu. dia akan membalas dendam bagi pihak perempuan A sehingga perempuan B serah semula hak perempuan A.
seram kan? bukan setakat kes macam tu je. kes kecil pun dia nak menyibuk.
dan sekarang, dia berada di hadapan aku. ugh, mesti kes pasal aku dengan taehyung dan sampai ke telinga dia.
malang betul hidup aku.
" apa yg kau nak? " tanya aku dengan suara yg sedang cover ketakutan aku
" aku dengar yg kau sailang taehyung daripada lee hani. betul ke? " dia mengangkat keningnya.
aku mengetap bibir. aku bukan taknak menjawab, cuma keberanian aku tiba tiba sahaja menghilang.
aku mengerling ke arah pintu kelas. fuh, semua budak dah berkumpul untuk tengok drama tak laku junghee ini.
" kau sedar tak kau ni siapa?! kau ni cuma perempuan bodoh yg tak layak ambil taehyung daripada hani "
aku mengerang kesakitan apabila rambut aku ditarik kasar oleh junghee. sekarang aku faham kenapa ramai takut dengan dia. awal awal je dah berkasar.
" a-aku tak ambil taehyung daripada dia. dia yg- agh "
makin kuat cengkaman junghee pada rambut aku sehingga aku tidak dapat bercakap dengan betul.
" le-lepaskan lah "
" lepaskan kau? no way. aku cuma nak bagi kau pengajaran "
dia melepaskan rambut aku lalu menolak aku kuat. oleh sebab ditolak, maka aku pun mencium lantai.
" sedarlah yg kau ni berbeza dengan hani "
dengan kekuatan yg ada, aku bangkit semula. apa kau fikir aku akan mengalah macam tu je ke? heh
tetapi dengan pantasnya, pipi aku ditampar kuat. wOW
" kau fikir taehyung hamak sangat ke dekat kau? dia cuma gunakan kau lah, park ha seul "
" kau ni cuma perempuan murahan "
kepala aku ditundingnya.
" dah berapa kali aku nampak kau dengan ramai lelaki. kim taehyung, lai guanlin um dan siapa lagi? oh! min yoongi! kau haritu hampir diro- "
dengan mata yg berair, aku mengetap bibir lalu menjerit sekuat mungkin,
" jaga mulut kau lee junghee! "
pantas sahaja tangan aku menampar semula pipinya.
" aku bukan perempuan murahan seperti yg kau katakan tadi! aku sedar aku siapa tapi kau sedar tak yg kau tu siapa? apa hak kau untuk buat aku macam ni? kau buang masa kau datang sini hanya untuk menghina aku. macam tu? apa kau fikir dengan menghina aku akan buat aku menjauhi taehyung? haha kau salah, bodoh "
" aku, park ha seul takkan pernah sesekali meninggalkan taehyung. aku sedih tengok kau, suka menyibuk hal orang dan wow ada hati nak halang aku daripada rapat dengan sesiapa pun. kenapa? kau kekurangan kasih sayang ke sampai jadi macam ni? atau sebab kau tak dapat taehyung? or guanlin? dengki eh? haha i dont give any shit, lee junghee "
" and yeah also, hani sendiri yg lepaskan taehyung. jadi kenapa aku nak kena tolak rezeki, kan? "
aku tersenyum sinis. pelajar-pelajar di luar kelas mula bersorak. mungkin ini pertama kali mereka melihat seseorang melawan lee junghee.
muka junghee menjadi merah padam. tangannya mengepal penumbuk. bibirnya diketap dengan geram. malu sebab aku melawannya mungkin.
" berani kau mela- "
" - shuhh, berhenti bercakap dan kau nampak pintu dekat situ? dengan tanpa hormat sila berambus. sebab kau tak layak dihormati "
sekali lagi aku tersenyum kemenangan.
mungkin dia betul betul sakit hati dengan aku, jadi dia menghentak kaki lalu beredar daripada kelas aku ini.
well done, park ha seul.
pembelajaran berjalan seperti biasa sehinggalah sekolah berakhir. aku menunggu taehyung di hadapan pagar sekolah.
lama jugak aku menunggu taehyung tetapi batang hidung dia langsung tidak kelihatan.
aku mula berasa resah. tetapi aku cuba menenangkan diri aku dengan mengatakan bahawa taehyung mungkin berada di pejabat sekolah.
tetapi setelah setengah jam taehyung tidak memunculkan diri, aku betul betul berasa tidak sedap hati dan panik.
aku menggigit bibir aku, risau akan taehyung. di mana dia? patutkah aku pergi mencari dia?
" ha seul eonnie! "
kepala aku tertoleh ke kanan apabila nama aku dipanggil dari jauh.
" eoh yeri jungkook, ada apa ni? "
aku hairan melihat pasangan comel ini yg termegah-megah mencari nafas.
" noona, t-taehyung hyung "
mata aku membulat dan jantung aku berdegup kencang apabila nama taehyung disebut.
tolong jangan cakap ada hal buruk berlaku kepadanya.
" ada apa dengan taehyung? mana dia? " nada aku bertukar menjadi cemas
" taehyung hyung dipukul. dia ada dekat belakang sekolah sekarang. noona, ppalli !! "
jantung aku luruh disaat jungkook memberitahu aku tentang taehyung. tanpa banyak bercakap, aku segera berlari ke belakang sekolah untuk mendapatkan taehyung.
taehyung, tolong bertahan.
aku tiba di belakang sekolah.
air mata aku mengalir sebaik sahaja aku melihat dia. jantung aku bagaikan dicabut melihat keadaan dia.
dia, kim taehyung.
lelaki yg aku cintai kini terbaring di atas tanah dengan keadaan yg tidak menyedarkan diri.
wajahnya penuh lebam dan darah. tangannya ada beberapa kesan parut dan luka.
dan jugak darahnya di tanah.
aku terus mendapatkannya.
" t-taehyung .. "
suara aku menjadi sebak. aku tidak dapat menahan tangisan aku apabila melihatnya sebegini di dalam pangkuan aku.
" yah, b-bangunlah. ja-jangan buat aku m-macam ni "
aku mengusap perlahan pipi taehyung. aku terkelu, tidak dapat bercakap apa apa.
" kim taehyung .. "
hati aku sakit melihat taehyung dalam keadaan yg teruk sebegini.
manusia manakah yg sanggup berbuat sedemikian terhadap taehyung?
" beberapa orang pelajar lelaki tarik taehyung hyung dan bawa dia datang ke sini "
" mereka orang suruhan lee junghee "
jungkook dan yerim mengeluh perlahan.
aku terdiam apabila nama junghee disebut.
jadi, taehyung dipukul disebabkan oleh aku?
aku memejam rapat mata aku, memeluk taehyung yg berada di dalam pangkuan aku dengan lebih erat ;;
dan sekali lagi aku menangis. menangis dengan lebih teruk dan kuat.
kerana lelaki ini terpaksa menanggung kesakitan disebabkan kesalahan aku.
==
aku terlupa do nak update semalam hahahah
dan oh ya, gambar Vrene di chapter 23 ni sebenarnya bukan hasil editan aku. aku jumpa dekat gugel HAHA
MEMANG TAKLA AKU NAK EDIT SENDIRI. TAK PRO YALL 😂
wattpad ni taik kkraklu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top