23

pagi.

selepas membersihkan diri, aku terus rasa lapar lol

#haseul kuat makan

masuk masuk je dapur, fuh berjenis makanan dah siap dihidang di atas meja.

dan ada sekeping nota

' sorry tak dapat teman kau breakfast. aku ada hal kena uruskan dekat sekolah so kau makan sorang la eh? nanti petang aku jemput kau, kita pergi jalan jalan :) '

aku mengangkat bahu lalu terus mencapai pinggan untuk menjamu selera.

agaknya taehyung pergi mana eh? harini hari sabtu, tak ada sekolah.

nak cakap dia tu pengawas, perangai macam setan tu layak ke jadi pengawas?

selesai makan, aku hanya melepak di dalam bilik sahaja. layan drama, anime dan sebagainya.

terasa rindu pulak nak jadi anti social macam dulu wakakakaka

" eh mana charger ni "

dahla aku malas nak gerak bila dah landing atas katil. charger pulak hilang grr. semalam elok je aku letak dekat tepi katil ni hm

nak taknak aku terpaksa bangun dan pergi ke arah meja belajar aku. or else phone aku akan habis battery dan aku akan kebosanan.

aku membuka drawer meja belajar aku untuk mengambil charger tersebut. tetapi tangan aku tersentuh sesuatu.

sebuah frame gambar yg kecil

aku mengeluarkan frame tersebut. oh, gambar ni rupanya.

(( okay jangan kecam irene sebab aku tak pandai nak edit edit dan aku hanya terfikirkan gambar ni je 😂😂😂😂 ))

hm, kenapa hati aku rasa sayu ni? betul la kata orang, kenangan memang susah nak dilupakan.

aku tersenyum tawar. aku sedih. sedih dengan semuanya.

macam ni ke perasaan bila kita terkejarkan seseorang yg totally takkan pandang kita buat selamanya?

aku menggeleng kepala. cuba membuang segala fikiran tak elok daripada kepala aku.

" yah park ha seul "

terkejut aku dibuatnya apabila taehyung tiba tiba membuka pintu bilik aku tanpa mengetuk terlebih dahulu.

tangan aku pantas sahaja menyumbat semula frame tersebut ke dalam laci meja belajar aku.

" ketuk la dulu. mana tahu aku tengah salin baju ke "

" ha kalau macam tu best la aku dapat tengok- okay okay joke "

aku menggulingkan anak mata aku kemudian berjalan ke arah dia

" ada apa? "

" kan aku janji nak bawak kau keluar "

aku menepuk dahi aku. macam mana aku boleh terlupa ni?!

" oh aah aku terlupa. kejap, bagi aku 3 minit untuk bersiap "

taehyung mengganguk lalu menutup pintu bilik aku.

what should i wear today? dia nak bawak aku pergi mana?

ah rushing punya pasal aku terus main pilih je baju.

white oversized hoodie and black leggings.

nice.

-

" kau pernah cakap yg kau teringin datang sini untuk kayuh basikal, kan? "

guys, taehyung bawak aku datang han river yall aduhmak baru je semalam aku cakap yg aku dah muak datang han river

" nah, naik la. aku dah tunaikan janji yg aku pernah mungkiri dulu "

aku memandang taehyung. ragu ragu wey nak naik sebab kenapa tiba tiba dia baik dengan aku ni

mana girlfriend dia?

ke dia cuma nak tunaikan semua janji yg dia janji dulu then dia nak tinggalkan aku balik? ha sudah, aku taknak menangis lagi ㅜㅜ

" come on ha seul "

kena paksa punya pasal, aku pun naik jela basikal yg taehyung dah sewa tu. warna pink corak hello kitty ;;-;;

teruk bebenor taste taehyung ni

tapi taehyung pun naik basikal yg sama macam aku jugak. warna pink corak hello kitty

bukan la nak puji ke apa tapi comel la bila taehyung berkelakuan macam ni. aku tak suka kalau dia asyik dingin je.

hehehehehehe

aku mula mengayuh basikal itu dengan kelajuan yg perlahan. dah lama jugak aku tak kayuh basikal so tak pro dah macam dulu

" yah ha seul, laju la sikit. kejar aku ni. kau kata kau ni legend " sindir taehyung lalu terbahak-bahak dia ketawa

oo dia pandang rendah dekat aku eh?

terus sahaja aku mengayuh basikal tersebut dengan kelajuan yg maksimum mengalahkan ferrari porche lamboghini dan segala kereta yg laju la haa.

kini aku pulak yg terbahak-bahak ketawakan kim taehyung yg jauh di belakang aku.

aku memusing kepala aku dan menjerit sekuat hati,

" HAHAHAHAH LEMBAB BODOH KIM TAEHYUNG "

riak punya pasal, apabila aku pusingkan kepala aku semula ke hadapan, baru aku sedar yg aku tengah menuju ke arah semak.

" weh weh weh TAEHYUNG TOLONG AKU WEH "

aku menjerit buat kali kedua sebelum aku terjun masuk ke dalam semak tersebut.

hahahahahaah mak aku selalu pesan, jangan riak sebab nanti rugi.

dan sekarang ni aku tengah duduk atas padang di han river. pergelangan kaki aku dan tergeliat. aku tak dapat nak jalan dengan betul. lutut aku dengan siku aku berdarah. nasib gigi aku tak patah.

basikal yg disewa tu tayar dia terkeluar wey hahahhah nasib pemilik kedai basikal tu kawan taehyung. kim seokjin namanya dan dia hensem kbye

" tu la kau. jangan la blagak sangat "

" arh sakit la, taehyung. perlahan sikit boleh tak? " aku mengaduh kesakitan apabila taehyung menyapu ubat pada luka aku.

baru sapu ubat dah sakit. kau bayangkan kalau japgi taehyung nak urut kaki aku yg tergeliat fuh rasanya aku mati sekejap kot.

" cuba kalau aku tak ada nak teman kau kayuh basikal. kau nak mintak tolong siapa? "

aku berdecit.

" yela. aku berterima kasih dekat kau "

aku mintak maaf tapi aku tak sengaja peluk taehyung. aku pun tak sedar yg aku peluk dia sampailah dia memanggil nama aku.

" h-ha seul. kau okay ke ni? "

terus aku melepaskan pelukan. muka aku? ha tak payah cakap! totally merah macam kena pelempang dengan kaki gajah.

malu la wey

" s-sorry aku lupa yg kau dah- um okay lupakan "

mungkinkah aku terlampau rindukan lelaki ini sehingga aku terlupa yg kami tiada apa apa?

taehyung tersenyum lembut

" tak apa. kau nak makan apa apa? aku pergi belikan. kita balik pukul 10, boleh? "

aku mengganguk setuju.

" aku nak bbimbap "

tidak lama kemudian taehyung kembali dengan pelbagai jenis snacks di tangannya.

" um taehyung. aku ada benda nak tanya "

" apa? "

" kenapa kau bawak aku keluar? bukan ke cuti kau sepatutnya bawak hani keluar? yela, korang kan couple. kang orang ingat aku ni kekasih gelap kau pulak. macam drama syurga yg kedua tu. kawan makan kawan. eh tapi aku bukan kawan hani "

" aku dah break up dengan dia "

tersedak aku apabila taehyung berkata sedemikian.

" what? kau biar betul. jangan tipu aku, taehyung. no way, not funny "

" betulla. tak percaya sudah "

" but how? " tanya aku.

okay aku mengaku yg aku mula rasa gembira bila diorang break dan aku tak sedih pun HAHA

" kau ingat saat di perhentian bas tu? "

aku mengganguk dua kali

" dah nak start " kata taehyung kepada aku . taehyung bangkit dan cuba memapah aku yg separuh cacat untuk berdiri.

alamak dia ni. bukan nak bagitau macam mana diorang break. lagipun apa yg nak start ?

tiba tiba ,

sesuatu mula bermain di langit. something yg berwarna-warni dan sangatlah cantik.

" wah, fireworks "

aku memandang langit dengan mata yg penuh kekaguman. dan aku perasan, taehyung memegang tangan aku erat.

aku dan taehyung saling memandang, sehingga taehyung kembali melihat langit.

aku tidak tahu hendak mengatakan apa lagi jadi aku hanya tersenyum.

taehyung bawak aku keluar. taehyung dah berpisah dengan hani. taehyung memegang tangan aku.

tanda tanda positif kah semua ini?

" ha seul, dah banyak kesalahan yg aku dah buat terhadap kau. kau akan maafkan aku ke? "

sekali lagi aku menatap wajah taehyung. pandangan yg dia berikan terhadap aku, amatlah sayu.

" kau pernah tak rasa menyesal sebab tipu aku berulang kali? " soal aku semula

" dan kenapa kau kembali dekat aku setelah sekian lama kau menghilang? "

" ha seul, itu semua sebab- ugh, aku akan bagitau kau bila waktu yg tepat tiba " dia tersenyum lembut sekali lagi

" aku akan tunggu jawapan kau, taehyung "

" tapi kita boleh kan jadi kawan rapat gila af babun tahap addmath chapter 9 macam dulu balik? "

aku menghela nafas panjang. aku mengganguk setuju.

aku sentiasa maafkan kau, taehyung

membenci taehyung dan tidak memaafkan taehyung? perkara sebegitu tak pernah terlintas dalam fikiran aku. walaupun bukan sekali dia menipu perasaan aku.

kerana apa?

kerana cinta. aku betul betul cintakan lelaki ini sehingga aku rasa tidak sanggup untuk membenci dia. sehingga aku rasa tidak tenang jika aku tidak memaafkan dia.

walaupun dia berulang kali menyakiti hati aku

walaupun aku tahu yg dia tidak akan memandang aku buat selamanya

dia berpisah dengan hani, tak bermaksud dia akan bersama dengan aku.

mungkin ada perempuan lain yg akan membuat dia tertarik.

tapi atas sebab cinta, aku masih menunggu dia. menunggu dia sehingga jodoh aku yg sebenar datang kepada aku.

bukankah cinta memerlukan sedikit pengorbanan?

sekarang ini, tidak kisahlah jika taehyung hendak menggangap aku sebagai kawan rapat atau apa sahaja pun. aku sudah tidak kisah.

asalkan hubungan kami masih sama seperti dahulu.

walaupun aku akan menanggung kesakitan.

rupanya sebesar ini kuasa cinta, kan?

and after the rain, the rainbows will appear

==

nak move on bukan senang yall. sometimes kita rasa kita mampu move on dalam masa terdekat. tapi hakikatnya tidak. orang pun akan fikir yg move on ni senang tapi cmon guys, tak mudah.

kalau si ha seul ni, aku tak rasa dia dapat move on. lagi lagi bila taehyung asyik dekati dia. dia pergi mana mesti ada taehyung. well, fanfic kan. 😂😂😂😂😂😂😂😂

korang ada tak dekat sini yg dia cuba move on tapi crush dia asyik dekati dia? 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top