20

Ha Seul's

30 hari berlalu sejak aku bertemu kim taehyung.

dah sebulan la ni kiranya aku tak jumpa dia.

senanya aku ingat dia nak cari aku lepas dia baca surat tu, tapi dia tak datang langsung HAHAHAHAHAHA

berhenti berharap la park ha seul. hati dia bukan untuk kau. silap silap dia tak baca pun surat tu. dia terus buang. who knows

mesti dia dah bahagia kan dengan perempuan lain? walhal la, aku cuma peneman sementara dia.

lagipun taste taehyung mesti tinggi. aku ni dahla dengan bodoh, selekeh lagi ha ambekko full package.

okay sudah. aku dah move on.

aku mengikat rambut aku kemas sebelum turun ke bawah.

dan harini merupakan hari pertama aku bersekolah semula. ye, dah sebulan jugak aku tak pergi sekolah. taknak jumpa taehyung punya pasal.

eomma pun tak kata apa. dia tahu keadaan aku, tu pun lepas aku buat keputusan nak ceritakan segalanya untuk dia.

mula mula cerita pun memang menangis habis lah. air mata dalam baldi tu cukup untuk mandi dua hari kahkahkah.

" hi , guanlin "

selain eomma, guanlin pun selalu ada untuk aku selama sebulan ni. bestfriend for life lah katako. hari hari jugak dia datang rumah melawat aku. kadang kadang pukul 3-4 pagi pun dia datang bawak snacks untuk aku.

berminat? pm tepi hehehehe

" ha seul, kau tahu tak baju aku diperbuat daripada material jenis apa? " soal guanlin sewaktu kami sedang berjalan ke sekolah

" kain la bodo takkan kertas "

" salah. boyfriend material auch "

dan dia mengenyit matanya dengan comel sekali hahahaahsial kenapa kau nak goda aku

" well, that was smooth hahaha "

sebaik sahaja aku dengan guanlin tiba di perkarangan sekolah, aku perasan yg ramai pelajar berkumpul di cafeteria sekolah. entah la buat apa dekat sana.

takkan la perhimpunan dekat cafeteria hahaahahahahahah k tak lawak

" ada apa dekat sana? "

" entahlah. kau nak pergi tengok ke? kot la ada sale baju sekolah untuk tahun depan " jawab aku

guanlin hanya tersenyum lalu membawa aku ke cafeteria sekolah.

fuh boleh tahan padat jugak cafeteria ni. artist tak laku mana yg datang ni?

disebabkan ketinggian aku yg hanya 162cm , aku tak dapat nak usya ada apa since aku tengah berdiri dekat belakang sekali. guanlin tu lain cerita la, entah dia telan apa sampai jadi tinggi macam pokok kepala- silap, kelapa.

" guanlin, tengokkan jap ada apa " aku menarik hujung tali lehernya.

" ada couple je wey tengah bersweet dekat sana "

laa .. tu je? benda hagham pun kome semua eksaited tengok ke bahangang heh.

tapi couple mana satu ni sampai reciksa hawaw gitu?

" jom pergi tengok " ajak guanlin

eh dia ni pun ada darah menyibuk jugak ke

" tak payah la ee "

" ala aku nak tengok jugak siapa diorang "

" no guanlin no "

" yes ha seul yes "

" no "

" yes, sekali ni je pleaseeee . lepas kita tengok kita blah, okay? "

aku mengeluh

" fine then " aku menggulingkan anak mata ke atas

lantas guanlin menarik beg aku dan membawa aku selit sana sini sehinggalah kami berada di baris kedua .

dan aku mampu melihat segalanya.

sekarang, aku dah tau siapa pasangan tersebut.

kim taehyung dan ..

" lee hani " sebut guanlin perlahan

aku menoleh ke tepi memandang guanlin. matanya tidak berkedip memandang mereka.

atau lebih tepat perempuan itu

dia kenal hani?

pandangan guanlin kelihatan suram dan sayu. aku taknak keadaan jadi makin suram jadi aku terus menarik tangan guanlin lalu keluar daripada cafeteria tersebut.

" kau kenal perempuan tu? " aku menyilangkan tangan di dada

dia tak jawab. cuma senyum lembut.

" aku masuk kelas dulu, bye princess "

aku cuma mengangkat bahu dan berjalan ke kelas. sewaktu nak masuk kelas tu, macam macam gossip jugakla yg aku terdengar.

' wey hani dah kembali do fuh aku ingatkan dah mati '

' aku dengar taehyung yg call ambulance waktu dia kena langgar tu. taehyung tak jahat rupanya '

' dahtu diorang bercinta ke ? bukan main sweet tadi dalam cafeteria "

' taehyung cuma teman perempuan tu makan je pun '

' kau rasa guanlin tahu tak pasal ni? yela diorang kan- ye cikgu kami masuk kelas sekarang '

guanlin ada rahsiakan apa apa ke dari aku?

-

aku berlari laju menuju ke tandas. duhmak dari waktu kedua tadi aku tahan kencing. ni semua salah sir jung, tak bagi aku keluar kencing kejap. katanya takut aku terlepas pelajaran.

hotak dia aku nak p kencing je pun bukan nak p merayau.

walaupun aku ada perasaan nak merayau tu hahaahahahak.

" eoh ha seul "

pulak dah. nak kencing pun banyak dugaan.

" ada apa ni, namjoon ? "

" namjoon sunbae " dia memperbetulkan kata kata aku

ek eleh blAgak

" ye ada apa, namjoon sunbae? " aku cuba tersenyum walaupun hakikatnya aku tengah tahan nak kencing dalam seluar ni.

" boleh tolong sunbae bagikan buku ni dekat tuan dia? sunbae tiba tiba ada hal dekat bilik pengawas "

" ha kk ha seul tolong k bye kencing dulu "

segera aku merampas buku tersebut daripada tangan namjoon dan terus masuk ke tandas.

usai membuang hajat, baru aku ingat nak singgah beli air tapi terlupa pulak yg aku kena bagi buku dekat seseorang. aku pun tak usya lagi nama orang tu senanya hm jom kita usya.

k.

' Kim Taehyung '

kalau aku tau harini aku tak datang sekolah pun takpe.

first, perempuan tu kembali bersekolah. e tak cukup ke dia kembali dekat dunia ni dan buat hidup aku tunggang-langgang?

second, aku nak kena hadap kim taehyung harini.

grrreat

aku pergi ke kelas kim taehyung, dan sir badrul cakap dia tak ada dekat kelas. dia baru keluar tadi.

sebab aku ni bodoh, aku tak bagi buku dia dekat sir badrul. malah aku pergi keliling satu sekolah hanya untuk mencari lelaki tu.

" tu pun kau " getus aku perlahan

tapi kaki aku terkaku. seakan-akan cuba menghalang aku terus berjalan ke arah kim taehyung.

kim taehyung yg sedang bersama seorang perempuan yg aku dah tahu siapa dia.

dan oh wow look! taehyung peluk dia! oh my, so diorang ni dah official couple? gitu?

well baguslah. at least dia dah dapat bersama dengan cinta hati dia.

hahahahah aku tak sedih okay aku tak sedih haahah k aku sedih.

apa dosa aku sampai aku kena hadapi semua benda mengarut ni heh.

memang tak la aku nak pergi bagi buku dia dalam keadaan yg macam ni lol

" yerim-ah "

aku memanggil yerim yg kebetulan lalu dekat depan aku.

" ada apa, ha seul eonnie? "

" boleh tolong bagikan buku ni dekat tuan dia tak? "

" taehyung sunbae? oh kenapa eonnie tak bagi sendiri je? "

amboi banyak tanya pulak

" mak eonnie tak bagi eonnie dekat dengan manusia munafik hakhak kk bye yerim muah "

segera aku meninggalkan yerim yg terpinga-pinga dengan ayat aku.

beberapa jam selepas tu, guanlin datang kelas aku. nak balik sesama katakoooooo

langkah kami terhenti apabila kami perasan ada dua orang menghalang jalan kami. maybe TERhalang

aku memandang ke hadapan. uh oh kenapaaaaaa tuhan kenapaaa mesti sekarang.

" kim taehyung " guanlin tersenyum sinis

" lai guanlin " taehyung jugak tersenyum sinis

what is happening now dan taehyung langsung tak sapa mahupun pandang aku.

bukan la nak buat benda haram ke apa tapi guanlin tiba tiba memegang erat tangan aku. uish apahal ni

" aku dengar kau dah official dengan dia " guanlin mengalihkan pandangannya kepada hani

jijiks aku pandang hani tu ahahaah

" kenapa? kau cuba nak ambil dia dari aku lagi sekali ke? tak cukup ke kau dah ambil perempuan dekat sebelah kau tu dari aku? " tanya taehyung dengan senyuman yg macam tengah mencabar guanlin

" well kim taehyung, aku cuma sedih. kenapa kau asyik kalah dengan aku ni? dah dua kali kau kalah dengan aku "

guanlin memberikan senyuman senget lalu membawa aku pergi dari situ. sempat lagi dia menepuk bahu taehyung.

memangnya ada apa yg pernah berlaku antara diorang ni?

kenapa aku rasa macam ketinggalan je taktahu pape?

==

#WePurpleYouTaehyung
#VeautifulDay

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top