17
Ha Seul's
taehyung tertolak ke belakang akibat tumbukan gualin tadi. taehyung mengesat kasar darah yg mengalir sedikit daripada bibirnya.
tak cukup lagi, guanlin mencengkam kuat kolar jacket kim taehyung.
taehyung tersenyum sinis dan memandang guanlin tajam.
meremang habis aku dekat sini.
" mana kau pergi hah?! " marah guanlin dengan kuat sekali
" kau tahu tak disebabkan kau, ha seul berada dalam keadaan yg bahaya! dan sekarang kau boleh tanya apa yg ha seul buat dekat sini?! "
" kalau aku terlewat sedikit, rasanya sekarang ni kau dah tak berpeluang nak tengok ha seul! "
" wey wey guanlin, jangan la macam tu. rileks la " aku cuba menenangkan guanlin yg dah macam hulk nak bunuh taehyung.
" kau betul betul tak berguna, kim taehyung! aku taktau kenapa ha seul boleh sukakan kau! " tambah guanlin lagi
tak boleh tahan punya pasal, aku terus turun daripada katil dan pergi ke arah dua orang lelaki tersebut.
" sudah la tu guanlin. aku dah okay kan sekarang? japgi aku dah boleh discharged " aku cuba untuk senyum walaupun aku rasa nak terajang taehyung.
wajah taehyung berubah menjadi hairan.
" a-apa yg jadi dekat kau, ha seul? "
" aku tak apa apa pun, taehyung. jom guanlin, aku kena pergi jumpa doctor " aku memegang lembut tangan guanlin yg masih tidak lepaskan cengkamannya.
dengan wajah yg berang dan jiwa yg terbakar, guanlin melepaskan taehyung.
adu, susah betul bila terlibat dengan lelaki. serabut af
usai bertemu doctor dan membayar bil hospital, aku dan guanlin kini berada di hadapan pintu utama hospital. tengah tunggu grab hekhek. tak main la uber uber ni sebab uber kereta lama je banyak. mana la tau kalau naik grab, dapat naik ferrari ke HAHA.
" ha seul, balik dengan aku "
badan aku tertarik ke hadapan sedikit apabila seseorang mencapai lengan aku. aku memandang orang itu.
" taehyung? " getus aku perlahan
" back off. ha seul akan balik dengan aku " guanlin memisahkan tangan taehyung dengan tangan aku
jap apa pulak sekarang ni alaaaaaa satu satu masalah nak datang.
" ha seul tinggal dengan aku so dia akan balik dengan aku " sekali lagi taehyung mencapai tangan kiri aku
" bukan ke kau dah halau dia tadi? ha seul, balik dengan aku " guanlin pulak menarik tangan kanan aku
senang cakap sorang pegang kiri sorang lagi pegang kanan. aku jadi orang tengah haa
" ha seul, kau nak balik dengan aku tak? " taehyung menarik kuat tangan aku
" ha seul, aku takut dia halau kau lagi. balik dengan aku eh? " guanlin turut menarik tangan aku
dan permainan menarik tangan ha seul kini bermula.
weh tangan aku bukan tali untuk korang nak main main tarik ni adu
" yah berhenti la! " jerit aku kuat
akhirnya mereka berhenti jugak menarik tangan aku. bapak lenguh syal.
" boleh tak berhenti bergaduh? dari tadi tau tak? " jeling aku
" okay fine. kau pilih sekarang nak balik dengan siapa " kata taehyung
" kau nak balik dengan orang yg mungkin halau kau buat kali kedua atau kau nak balik dengan orang yg tak pernah sakitkan hati kau " guanlin tersenyum sinis
oh my gucci aku nak pilih mana satu ni? kata kata guanlin tadi buat aku makin serabut nak pilih yg mana satu.
kalau aku balik dengan taehyung, aku rasa kekok sebab tadi bergaduh teruk gila and ya taehyung pun apahal tetiba baik pulak dengan aku?
kalau aku balik dengan guanlin, aku nak tinggal mana? takkan nak tinggal dengan mak dia? tak nak la aku, segan tau tak?
nak balik rumah sendiri, lupa pulak yg eomma block aku dekat whatsapp. silap silap dia pasang bom dekat rumah. so bila aku jejak rumah tu, aku akan meletup.
aku mengeluh berat. aku menatap wajah lebam taehyung, kemudian menatap wajah kacak guanlin.
mana satu ni? hmmmmmmm
" aku mintak maaf tapi aku pilih taehyung "
wajah taehyung berubah daripada ketat ke senyuman kemenangan.
" tapi ha seul, kau masih percayakan jantan ni ke? aku risau kalau- "
" - ya guanlin. aku faham yg kau risau tapi manusia tak pernah lari daripada kesilapan " senyum aku lembut
" yela. kalau jantan ni buat apa apa lagi dekat kau, kau terus call aku okay? "
tanpa aku sangka, guanlin menarik aku masuk ke dalam dakapannya. like seriously jantan ni memang sengaja nak apikan taehyung ke apa?
" dah dah la tu nak peluk pun. ni public, bukan tempat untuk kau buat maksiat. nak bermaksiat, pergi check in hotel sana " sindir taehyung
guanlin melepaskan pelukan dan menghadap taehyung. oh tidak, jangan cakap diorang nak gaduh lagi
" kau nak ke kalau aku dengan ha seul pergi hotel? " guanlin tersenyum sinis
taehyung mengetap bibir geram dan ingin mara untuk menumbuk guanlin. tapi nasibla aku sempat menahan.
" berhenti bergaduh dan aku nak balik. bye guanlin. " aku menepuk perlahan bahunya sebelum aku beredar pergi ke kereta taehyung.
taehyung turut berjalan melepasi guanlin. sempat pulak dia melanggar bahu guanlin.
aigoo mereka tak matang betul.
-
taehyung menekan suis lampu di ruang tamu apartmentnya. keadaan ini membuatkan aku teringat apa yg berlaku siang tadi. seakan-akan sebuah kenangan hitam buat aku.
aku mengeluh lalu menghampiri taehyung yg sedang bersandar di sofa. dia penat mungkin
perlahan-lahan, aku menyentuh luka luka di pipinya. mata taehyung yg terpejam tadi terus terbuka. dia mengerang kesakitan.
" sakit sangat ke? " soal aku perlahan
" sakit tahap dewa. aku taktau tangan boyfriend kau tu diperbuat daripada besi ke apa " dia menggulingkan anak matanya apabila dia menyebut perkataan boyfriend.
dia ... cemburu ke?
" dia bukan boyfriend aku la "
sekali lagi taehyung menggulingkan anak matanya. pergh ni kes menyampah dekat guanlin tahap kritikal dah ni.
aku bangun daripada duduk aku dan pergi ke bilik. tidak lama kemudian, aku datang semula di sebelah taehyung dengan plaster dan antiseptik di tangan.
tanpa izin taehyung, aku menyapu antiseptik tersebut di luka lukanya. sesekali dia mengaduh kesakitan.
" perlahan la sikit " rengek taehyung
aku buat dek je. lantakko la sape suruh tak mengelak kena tumbuk tadi.
lama jugak aku kena sapu antiseptik dengan muka taehyung ni. sebab luka dia bukan kecik. aku pun pelik, tangan guanlin ni diperbuat daripada besi ke? kuat betul effect dia.
bukan nak perasan tapi aku perasan yg taehyung asyik pandang aku dari tadi. aku sengaja tidak mahu bertembung mata dengan dia.
sehinggalah dia bersuara.
" aku mintak maaf "
" aku tak bermaksud pun nak bergaduh dengan kau tadi. dan aku betul betul tak berniat pun nak menghalau kau "
" betulla apa yg orang kata. waktu marah, jangan cakap apa apa. sebab lidah orang yg tengah marah, lebih tajam daripada mata pisau "
" aku janji aku takkan ulangi silap aku. jadi, tolong maafkan aku eh? "
aku tidak menjawab malah aku leka menampalkan plaster di pipinya yg luka itu.
aku terdengar keluhan daripada mulutnya.
kemudian cepat sahaja aku merangkul leher taehyung dan memeluknya seerat yg mungkin.
" h-ha seul? " taehyung menepuk badan aku perlahan. terkejut mungkin dengan tindakan aku ini.
" takpe la, taehyung. jangan rasa bersalah sangat. aku dah maafkan kau. aku faham keadaan kau waktu tu dan ya, aku pun nak mintak maaf sebab libatkan hani dalam hal kita. aku- cemburu sebenarnya hehe " kata aku
aku melepaskan pelukan aku dan memandang taehyung dalam.
" aku nak mintak maaf sebab tak ada waktu kau dalam kesusahan tadi "
" tak apa la taehyung. nasib guanlin ada waktu tu jadi kau dimaafkan, okay? " aku mencuit hidung mancung taehyung.
hal ini membuatnya tersenyum kecil.
" aku mengantuk "
melihat taehyung yg memejam matanya dengan comel itu, aku tergelak kecil.
" dahtu pergi la tidur " jawab aku
" temankan aku boleh? "
" mengadanya kau ni ish. bukannya kau tak biasa tidur sendirian "
" sekali ni je pleaseeeeeeee " rayu taehyung. aish, ni yg tak kuat ni
" yela, budak " aku mengusap perlahan rambut taehyung.
terkejut aku dibuatnya apabila taehyung tiba tiba mengangkat aku dan membawa aku masuk ke dalam biliknya.
wEH JANGAN FIKIR BEBUKAN HAHAHAHAAH
taehyung meletakkan aku ke atas katilnya lalu dia membaring di sebelah aku. pinggang aku dipeluknya kemas.
" sleep tight, princess "
" goodnight, prince "
manusia tidak pernah lari daripada membuat kesilapan.
tidak salahkan jika aku memberinya peluang kedua?
taehyung tidak akan menyakitkan hati aku lagi, kan?
aku harap begitu.
==
weh apa aku type ni HAHA
makin merepek cerita ni kejap baik kejap gaduh kejap sana kejap sini JADI TOLONG BERHENTI BACA FANFIC NI KALAU TAKNAK KECEWA
korang ship siapa? choose one
taeseul ?
seullin ?
atau baekcontaehyung ?
atau baekconguanlin ?
HAHAHAAHAHAHAHAH
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top