16
aku takde hala tuju sekarang ni.
aku dah kena halau dengan kim taehyung, crush aku sendiri hahaahhaah
time ni jugak la aku nak lapar. nasibla aku ada duit nak beli ramen dekat 7E hujung jalan sana.
lepas dah makan aku nak terkencing pulak haha mana nak cari tandas awam ni? aku dahla tak kenal sepenuhnya jalan jalan dekat seoul lagi.
sekarang pun aku taktahu aku ada dekat mana. ah lantakla, waze kan ada.
jalan punya jalan, aku still tak jumpa tandas awam. nak pergi mall, tapi dah pukul 11 malam mana ada lagi mall yg bukak. kedai nasi kandar pun takde dekat korea ni. kuno betul lamak
aku meneruskan perjalanan aku. ikut jela mana jalan ni nak bawak aku. tetapi semakin aku berjalan, semakin gelap kawasan ni. orang pun tak ada.
jangan cakap aku sesat. alamak takut pulak hantu muncul dekat depan aku.
aku teruskan berjalan berjalan berjalan dan berjalan.
tapi kenapa ... aku rasa macam ada orang tengah ekori aku?
ah , perasaan aku je kot.
nak dekat 5 minit jugak aku berjalan sebab nak cari tandas awam tapi kenapa aku asyik rasa seolah-olah ada orang tengah ikut aku ni?!
aku pusing ke belakang ;; tak ada orang
hati aku berdegup laju. memang aku tengah takut gila. tak kira apa lagi, aku terus memecut laju.
dan saat itu, baru aku sedar bahawa sangkaan aku adalah benar.
ada orang sedang mengejar aku dari belakang. aku betul betul dalam ketakutan sekarang ni. aku cuba sedaya upaya aku untuk berlari dengan lebih laju.
jauh jugak aku berlari dan aku masih terasa bahawa orang itu masih mengejar aku. sebaik sahaja aku melihat sebuah tempat yg baik untuk bersembunyi, aku segera berlari ke arah tempat itu.
nafas aku tidak teratur. dahi aku mengalirkan peluh yg banyak. hati aku berdegup laju macam nak meletup sebab aku betul betul takut bagai nak rak.
baru aku sedar yg rupanya aku ada panic disorder.
apa patut aku buat sekarang ..?
telefon! ya telefon! aku patut menghubungi taehyung!
tapi tadi ..
aku menelan liur apabila suara lelaki yg mengekori aku semakin hampir dengan aku.
tanpa banyak menunggu, aku mengeluarkan telefon bimbit aku dan mendial number taehyung.
jawab la taehyung. tolong jawab panggilan aku. sekali ni je.
aku mematikan talian dan cuba menghubunginya lagi.
kepala aku berpusing dengan laju. aku berasa pening akibat panic disorder aku. aku tak dapat bernafas dengan elok. pandangan aku kabur, aku tak nampak nama taehyung di telefon aku jadi aku main tekan sahaja number yg paling atas.
" hello ? "
" t-tolong aku "
lalu aku pengsan
-
Taehyung's
aku mengusutkan rambut aku. aku benar-benar stress dengan apa yg terjadi harini.
aku tak bermaksud pun nak bergaduh dengan ha seul. aku cuma .. tertekan sebab hani.
siang tadi apabila aku pergi melawat dia di hospital, dia masih marahkan aku. dia susah nak maafkan aku atas perbuatan aku yg dahulu. aku agak terkilan, sebab aku menyesal gila tetapi tidak dimaafi.
disebabkan rasa geram terhadap diri aku, aku melepaskannya terhadap ha seul. aku tak bermaksud pun nak cakap yg dia ni menyusahkan aku cuma aku sendiri tak tahu kenapa kata kata macam tu boleh terkeluar daripada mulut aku. aku betul betul rasa bersalah.
aku lagi rasa bersalah apabila aku menghalau dia keluar. sudah la sekarang ni waktu malam.
aduh, kau ni bodoh gila kim taehyung.
kringggg
telefon yg berada di bilik asyik berdering dari tadi. jauh betul aku mengelamun sampai tak dengar bunyi telefon.
aku berjalan dengan malas ke bilik dan menjawab panggilan telefon.
riak wajah aku berubah serta merta. mata aku membulat. tanpa banyak tanya, aku terus mencapai jacket di atas katil dan kunci kereta di meja belajar lalu beredar pergi.
hati aku resah sewaktu aku memandu kereta. fikiran aku sekarang ini hanya ada dia. aku betul betul rasa makin bersalah sekarang ni.
macam mana dia boleh tidak sedarkan diri?
dia kena bertahan. dia kena kuat.
tunggu aku. aku tengah datang ni. bertahanlah, sayang.
sebaik sahaja aku tiba di wad kecemasan, aku terus mencari namanya. nasib, keadaan berpihak kepada aku jadi dengan cepat sahaja aku tahu dimana dia berada sekarang ini.
aku menyelak langsir wadnya.
" ha- "
-
Ha Seul's
aku mencelik mata aku perlahan. kepala aku berdenyut-denyut dan sakit. pandangan aku masih kabur, jadi aku mengelip mata beberapa kali.
barula aku dapat melihat dunia semula.
aku dekat mana ni?
kenapa ada banyak doctor dan nurse? takkan aku dekat hospital.
aku cuba mengingati semula apa yg berlaku.
aku bergaduh dengan taehyung. aku dihalau keluar. aku pergi makan ramen. aku nak kencing dah uh oh okay aku dah ingat.
aku kena kejar dengan lelaki gatal tapi aku sempat menyorok dan aku menghubungi-
" kau dah sedar ke, ha seul? "
" l-lai guanlin? "
-
No One's
taehyung yg berada di dalam keadaan penuh risau segera menyelak langsir di wad itu.
" hani! "
terus sahaja dia menghampiri perempuan itu.
" hani, kau okay tak ni? " soal taehyung dengan penuh kerisauan
pipi perempuan yg terbaring lemah itu diusap perlahan dan penuh kelembutan.
" a-aku okay la " perempuan itu tersenyum lemah. tangannya mencapai tangan lelaki yg berada di pipinya itu.
" apa yg terjadi, nurse? " tanya taehyung kepada jururawat sedang memeriksa perempuan tersebut
" pesakit terjatuh sewaktu nak pergi tandas. kepala dia terhantuk kuat, tapi nasiblah tiada apa yg terjadi "
taehyung melepaskan nafas lega. dia bersyukur hani tidak apa apa. tidak sanggup dia melihat perempuan itu tidak menyedarkan diri lagi buat kali kedua.
cukuplah perempuan itu harus menempuh tidur yg panjang selama 1 tahun setengah.
" kenapa kau selalu buat aku risau, lee hani? "
mata taehyung memerah. entah kenapa, dia sendiri tidak tahu. adakah kuasa cinta sebesar ini?
" aku mintak maaf tapi .. aku dah okay kan sekarang ni? " perempuan itu tersenyum lemah lagi.
taehyung melepaskan pegangan perempuan itu daripada tangannya.
" kau nak minum? aku belikan " soal taehyung. perempuan itu hanya membalas dengan anggukan.
sebaik sahaja taehyung keluar daripada wad kecil yg hanya menempatkan katil buat mangsa kecemasan itu, matanya tertancap pada seseorang.
seseorang yg dia kenal
" lai guanlin? apa yg dia buat dekat sini? " soal taehyung kepada dirinya sendiri
entah kenapa tetapi kakinya bergerak secara sendiri ke arah wad kecil di hujung wad kecemasan ini.
seakan-akan ada sesuatu yg penting disana. takkan la sebab guanlin selalu berkepit dengan ha seul?
dia tiba di wad kecil seperti wad yg hani ditempatkan itu. lalu dia menyelak kasar langsir tersebut untuk melihat lai guanlin.
tetapi lain yg dia saksikan.
seseorang yg dia amat kenal, terbaring di atas katil itu.
ya dia, park ha seul.
dengan wajah ha seul yg sembap, mata yg merah akibat asyik menangis dan jugak guanlin di sebelahnya yg leka menenangkan park ha seul.
" h-ha seul? "
taehyung bersuara.
serentak, ha seul dan lai guanlin memandang taehyung.
" apa ... apa kau buat dekat sini? "
sekelip mata, lai guanlin menghampiri kim taehyung dan,
Dush !
==
next update tahun depan okay HAHAHAH joke. aku akan cuba habiskan before next year.
next year aku takkan publish fanfic dah sebab spm hihi
<3
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top