13
" hani .. "
laju sahaja dia pergi mendapatkan perempuan yg baru saja sedar itu.
yep, aku tak dapat tengok movie disebabkan perempuan ni dah sedar. aku bukan lah nak jadi jahat ke apa tapi apasal dia tak koma lama sikit?
" t-taehyung? kim taehyung? " perempuan itu berkata lemah
nampaknya dia dah sihat kot. dah boleh bangkit boleh bercakap dan boleh goda boyfriend aku.
eh taehyung bukan boyfriend aku.
sabarlah haseul, kau rilek jap. hm, aku pun bersandar jela dekat dinding bilik ni sambil tengok drama tak laku diorang tu.
" ya, ni aku. kim taehyung " taehyung tersenyum lembut, tapi tidak buat hani. wajahnya bertukar masam
matanya memandang taehyung dengan penuh kebencian dan kemarahan. wow wow wowwww apa yg taehyung pernah buat dekat perempuan ni?
" apa yg kau buat dekat sini, pengkhianat? bukan ke hubungan kita dah berakhir? "
pengkhianat what? berani dia cakap taehyung aku ni pengkhianat?
baru saja aku nak maki hamun perempuan tu, taehyung terlebih dahulu membuka mulutnya.
" sabarlah. dengar dulu apa aku nak explain "
aha saat saat aku untuk tau puncanya akhirnya dah tiba. aku bukan nak menyibuk tapi aku pun nak tau jugak kenapa perempuan ni benci gila dekat taehyung.
ohHAHAHAH apasal taehyung pandang aku ni
perempuan itu pun turut menatap aku. boleh la tahan lawa dia tapi aku lawa lagi hiks.
" ha seul, boleh tolong belikan aku air tak dekat bawah? aku dahaga la " arahnya
apa kau pk aku ni maid kau ke bangang
" tu air mineral ada " aku menjuihkan bibir aku ke arah air mineral yg berada di tepinya
" ala, aku nak air ais. boleh? "
aku menggulingkan anak mata aku ke atas.
" yela "
dengan langkah yg malas aku terus beredar daripada bilik ini.
jap, baru aku tersedar sesuatu.
taehyung sebenarnya taknak aku dengar kan perbualan diorang?
fakiu
setelah membeli air untuk lelaki munafik itu, aku pun terus laju sahaja kembali ke bilik hani.
baru sahaja aku ingin menolak pintu tersebut, aku terdengar suara taehyung yg sedang bercakap. tapi cara dia bercakap macam tengah merayu.
" hani, tolonglah maafkan aku. okay? aku buat semua ni ada sebab "
" sebab? sebab apa taehyung? kau nak cakap yg kau sayang aku sangat? sayang sampai kau hampir hampir nak bunuh aku? sayang sampai kau buat aku hilang harapan dalam hidup aku? macam tu? "
bunuh? hilang harapan? apa pelik sangat dia bercakap ni. takkan la taehyung nak bunuh dia?
" bukan hani bukan. boleh tak bagi aku explain? "
" aku tak perlukan penjelasan kau- "
" - aku buat semua ni sebab aku tak berfikir panjang. "
" apa maksud kau? " tanya hani
" sebenarnya aku sukakan kau hani. tapi kau langsung tak pandang aku. dalam fikiran kau cuma ada han jumin han jumin dan han jumin! jadi sebab itu aku sengaja satukan han jumin dengan kang jaehee "
" aku fikir, lepas tu kau akhirnya dapat melihat cinta aku dekat kau tapi aku tak sangka yg kau pandang haechan. saat tu, seakan-akan ada syaitan berbisik di telinga aku. aku termakan hasutan syaitan, hani. kau tahu betapa takutnya aku selepas aku melanggar haechan? "
aku mengerutkan dahi aku. taehyung pernah..? taehyung bunuh.. what apa semua ni?
think positif, diorang tengah berlatih untuk drama diorang kot hahahah.
" tentang kertas peperiksaan itu? kau nak cakap apa? kau dengki dengan aku? "
" tentang itu .. aku nak lupakan kau lee hani. tapi kalau lupakan kau tu semudah memetik jari, dah lama aku dapat lupakan kau, hani. tapi aku tak dapat lupakan kau jadi aku rasa aku patut hancurkan hidup kau. supaya kau bencikan aku, dan aku akan bencikan diri aku sendiri "
" ke..kenapa kau buat macam tu, taehyung? kenapa? kau sedar tak disebabkan kau , ramai menderita? " perempuan tu dah nak menangis ke wey suara dia berubah
" macam yg aku cakap. aku masih mentah waktu tu, tak berfikiran jauh. aku cuma ikutkan perasaan benci aku saja. aku ikut kata-kata syaitan "
" dan tentang kemalangan itu- " katanya lagi
" sebenarnya aku pergi telefon ambulance untuk kau. even aku dah hancurkan hidup kau, aku tetap tak sanggup tengok kau dalam kesakitan "
lee hani mendiamkan diri seketika
" maafkan aku, ya? "
" aku perlukan masa, taehyung "
taehyung mengganguk faham.
tak sekarang ni kan aku tengah menangis weyyyy
aku taktau nak cakap apa tapi segala yg keluar daripada mulut taehyung tadi, betul betul menyakitkan hati aku.
kenapa dia begitu sanggup melakukan perkara macam tu..?
ah, aku segera mengesat air mata lalu pergi dari sana. aku taknak taehyung tau yg aku dengar segalanya.
-
" ha seul, kita dah sampai "
" eoh haa okay "
sepanjang perjalanan dari hospital sampai ke rumah, aku asyik termenung je.
entahla. aku sendiri serabut dengan semua ni.
lelaki yg kini berada di sebelah aku ialah lelaki yg aku cintai.
dan jugak seorang lelaki yg telah menghancurkan hidup seseorang.
apa patut aku buat?
makkk bagi la ha seul balik rumah 😭
aku segera keluar daripada kereta taehyung dan terus memecut masuk rumah.
alamak terlupa kunci dekat taehyung haduh
" kenapa kau tergesa-gesa sangat ni? " soal taehyung sambil membuka pintu rumahnya
" nak terkencing " tipu aku
sebaik sahaja pintu rumah dia terbuka, aku terus masuk ke dalam tanpa menunggu taehyung.
macam tadi siang, aku masuk bilik dan naik atas katil and mula menangis.
aku tak mintak dilahirkan menjadi seorang yg hati tisu pun wey jangan la marah kalau aku asyik nangis hanya sebab benda kecik je.
sekarang ni macam macam yg bermain dekat minda aku.
hani dah sedar . dia cinta pertama taehyung. taehyung pulak layan dia baik gila siap merayu mintak maaf pesemua. aku pulak dah sukakan taehyung. taehyung pulak dah pernah kiss aku lepastu bersweet-sweet dengan aku tapi-
conclusionnya, dia sebenarnya sukakan aku ke tak? ke hanya anggap aku sebagai teman bila dia bosan?
" yah kau kenapa nangis ni? "
" eoh taehyung " aku mengesat air mata dengan hujung lengan baju aku
" kau kenapa? cerita la kalau ada masalah. aku selalu ada untuk kau "
tengok tu! suka bagi aku ayat palsu dia.
" takde apa la hmm "
" sini "
lantas dia memeluk aku seerat yg boleh. dia turut mengusap belakang badan aku.
ala ala ala aku tergoda lahnat aku benci kau kim taehyung
" kalau kau taknak cerita pun takpe. tapi menangis lah, jangan pendam dalam hati "
UHUUHUUUHUHUHUUHHU makin kuat aku menangis
aku pun taktau apahal aku nangis teruk sangat macam kena tinggal boyfriend.
over betul aku ni ish
" taehyung-ah " panggil aku dengan suara yg serak
" um? "
" kau sukakan aku tak?
taehyung terdiam.
==
comments anda buat aku makin semangat nak update 😂😂😂😂
sebenarnya aku dah type halfway. then adik aku datang guling dekat aku lepastu aku pun tendang dia. bila aku tengok balik screen phone aku, HILANG WEI SEMUA YG AKU TYPE HAHAHAHAHAHAHAHHA
DIA AUTO UNDO BILA AKU GONCANG PHONE BAPAK DIA MENGAMUK HABIS AKU
STATUS : EDITED
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top