11

aku mengentuk pintu bilik taehyung buat sekian kali.

" taehyung, bangunlah. harini sekolah kan? "

- tiada jawapan

sah, dia ni mesti tidur mati.

aku cuba memulas tombol pintu biliknya. yes, tak berkunci.

tanpa keizinan taehyung, aku dengan selambanya memasuki bilik dia. rileks la, dia pun tak cakap yg aku tak boleh masuk.

sebaik sahaja aku memasuki bilik dia, oh jantung aku macam nak luruh.

ni bilik ke reban ayam?

" yah kim taehyung, bangun lah. kau taknak pergi sekolah ke apa "

aku menepuk pipi taehyung perlahan. alolo comel je dia tidur hihi.

" 5 minit " jawabnya perlahan

" ah takde takde. kau bangun sekarang cepat "

aku berjalan di sekitar biliknya lalu mengutip segala pakaian luar dan dalam dia yg bersepah di atas lantai.

kemudiannya aku pergi ke arah langsir dan membuka langsir itu seluas yg mungkin, menyebabkan cahaya matahari pagi memancar ke dalam bilik taehyung.

" wake up, boy "

aku menghampirinya dan mengalihkan selimut daripada badannya. liat betul jantan ni nak bangun pun.

" aku mengantuk la .. "

" hello, siapa je yg tak mengantuk bila nak pergi sekolah? tak payah bagi banyak alasan, bangun sekarang "

tiba tiba, tanpa aku dapat berbuat apa apa, taehyung menarik tangan aku kuat.

aku . terjatuh . atas . dia . hahaha .

" teman aku tidur "

aku terdiam. taktau apa patut aku buat.

" er taehyung- "

" -shuh, aku janji kalau kau kekal dalam posisi macam ni, tiga minit lagi aku bangun. "

3 minit anda bermula sekarang

3 minit anda telah berakhir

" okay dah tiga minit. kau bangun cepat " kata aku sambil cuba lepas daripada pelukan dia.

nasib dapat lepas huhu.

taehyung bangkit lalu berdecit. dia meraup wajahnya kasar dan rambut dia yg dah macam kena electric shock itu.

" kacau aku tidur la kau ni ergh " dia terus mencapai tuala dan memasuki kamar mandi.

EH AKU PULAK YG KENA

aku menjelingnya halus. apa yg dia buat semalam sampai tak boleh nak bangun? selalunya dia yg paling awal datang sekolah.

sebelum aku beredar, mata aku terpandang ke arah laptopnya. dia buat assignment ke semalam? laptop pun tak power off bebetul.

bagaikan dijampi, aku pun pergi ke arah laptopnya itu dan menggerakkan tetikus.

ah, aku tak patut sentuh laptop dia tadi.

shit.

-

" kau la ni, kim taehyung. tengok, kan kita dah terlewat. macam mana nak masuk kalau ada pengawas jaga dah? "

aku mengeluh berat. lelaki ni betul betul membawa masalah. lepas mandi, aku ajak dia datang sekolah terus. tapi dia bantah, siap suruh aku buat breakfast yg hebat hebat lagi dekat dia.

eiyyy

" aku bagi kau pilihan. kau lagi rela kena tulis nama dan didenda atau kau lagi rela guna jalan haram nak masuk sekolah tanpa kena tulis nama dan denda? "

jalan haram?

" orang bodoh je nanti pilih yg pertama " balas aku

" so kau pilih untuk guna jalan haram? "

aku mengganguk.

" nice. jom ikut aku "

terus sahaja dia berlari. aku pun taktahu apa yg berlaku, hanya mampu mengikut taehyung dari belakang.

dan kini kami berdua berada di belakang sekolah.

" kau reti panjat tembok tak? "

what .. wait ! kau jangan cakap yg-

" kau kena panjat tembok ni untuk masuk ke dalam sekolah "

okay dah agak haha apa dia fikir aku ni wonder woman ke.

nasib aku pakai seluar dekat dalam harini.

tanpa menunggu balasan aku, taehyung segera menggunakan skill memanjatnya untuk memanjat tembok sekolah ini.

aku pun ada skill tu okay aha.

jangan risau, kami berdua dah selamat tiba di dalam perkarangan sekolah. setakat panjat-memanjat ni, no hal lah bro 😎

" pandai jugak eh kau ni panjat tembok " taehyung memuji aku dengan senyuman senget dia itu.

" well, ni aku la wei park ha seul " aku menyapu bahu aku bangga uhu

" cuma um- "

" cuma apa? " aku mengangkat kening

" kenapa kau pakai seluar dekat dalam harini? ugh "

taehyung menggulingkan anak matanya lalu pergi meninggalkan aku.

SALAH AKU LAGI KE

kalau dah namanya lelaki, selamanya akan gatal.

takkan kesan daripada video yg dia tengok semalam tak hilang lagi?

/ ting

Taehyung :
balik sekolah aku nak pergi satu tempat. nak ikut ke tak?

aku mengerutkan dahi. tempat mana dia nak pergi?

aku harap bukan club.

Me :
nak

aku dan penyakit curious memang berpisah tiada aha jadi aku ikut jela.

" hi "

ada orang tegur aku ke?

aku mendongak ke atas, oh seorang pelajar lelaki.

uish tinggi nya dia. pokok kelapa ke canne ni?

" ya ada apa? "

" lai guanlin "

lelaki itu tersenyum manis.

-

" mana taehyung ni? kata suruh tunggu dekat si- "

" -sorry late. cikgu buat perangai tak bagi aku keluar tadi "

" ingatkan bagi falsehope tadi ehe "

dia menjeling aku halus.

" kau sure nak ikut aku? " soal taehyung penuh keraguan.

ni yg buat aku makin takut ni ish

" apahal pulak? "

" yela, aku risau je. risau kau cemburu lepastu baling kerusi. dah, jom " katanya lalu memegang erat tangan aku dan membawa aku pergi.

kenapa ayat dia lain macam je? heh

hospital.

ya, hospital. taehyung yg bawak aku datang sini. fuh, nasib bukan club ke apa.

tapi aku tak tahu apahal dia bawak aku datang sini. dia ada nak melawat siapa siapa ke? siap beli bunga lilac lagi.

" taehyung, kenapa kita datang sini? " aku bertanya

" aku nak melawat seseorang " dia tersenyum pendek.

aku taknak tanya banyak, japgi dia mengamuk pulak hihi so aku ikut je mana dia pergi.

tangan aku pun dia tak lepaskan lagi. entah la, tapi aku rasa ada butterflies dalam perut aku.

aku benci perasaan ni.

" kita dah sampai "

aku berhenti, dan memandang nama yg tertera pada pintu itu.

Lee Hani

lee hani? siapa tu?

==

kepada yg baca short fanfic Backstabber, anda akan tau siapa Lee Hani tu <3

aku akan cuba habiskan fanfic ni secepat mungkin. aku nak spm wei HAHAHAHAHAH

goodluck kepada yg ambik results pt3 esok. rilek okay jangan gelabah.

aku dapat results teruk pun rilek je sampai sekarang 😎

<3333

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top