Penerangan.
Ramai yang kurang jelas dengan konsep Diari Ramadhan ini. Konsepnya mudah iaitu berbentuk penulisan diari.
Biasanya apa yang anda tulis di diari? Pastinya luahan hati yang tak dapat nak diluah dengan kata-kata. Perlu ada tarikh dan hari (tak perlu ikut admin pun takpa). Sama juga dengan penulisan anda tapi ianya tertakhluk kepada yang pihak kami akan update nanti.
Ada berapa banyak prompt yang ada?
Jangan risau, kami tidak gunakan prompt yang banyak. Hanya ada beberapa prompt sahaja dan pasti semakin hari akan jadi semakin menarik. Pastikan penulisan diari anda akan sentiasa berkait sesama sendiri ya sebab ini bukan cerpen.
Perlu ke tulis semua prompt?
Terpulang kepada keselesaan anda. Kalau boleh habiskan lebih baik.
Selain dari Prompt ada aktiviti lain?
Kemungkinan ada dan jika anda ada idea untuk berkongsi dengan kami silakan.
Macam mana nak buat buku?
Buat buku anda bertajuk Diari Ramadhan Indah (contoh guna nama sendiri). Kata-kata aluan pun buat dalam bentuk diari dan tag DiamondG2C (boleh rujuk buku yang ada dalam reading list Diari Ramadhan G2C 2018).
Perlu ke tag admin setiap kali siap promt?
Tak perlu tetapi anda perlu tampal link pada untuk setiap prompt yang anda buat pada buku ini.
Ada tarikh tutup?
Tidak, ia open bila-bila masa sahaja.
Ada hadiah?
Admin sedang fikirkan mengikut kepada sambutan yang diberi.
Baiklah rasanya itu sahaja soalan yang sering ditanya. Jadi kepada anda semua yang ingin menyertai bolehlah buat buku cepat-cepat dan jangan lupa letak book sash dibawah ini pada bahagian atas buku anda.
Contoh buku yang telah siap di update dan menepati ciri-ciri yang admin berikan.
Akhir sekali jangan lupa tampal link buku anda di ruang komen di sini supaya ramai orang boleh baca buku anda.
Bersedia semua?
Yang Terindah,
Founder G2C
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top