Dear Diari : Syarat.
19.05.2018 Saturday.
Dear Diari,
Seronok rasanya bila aku tengok dapat banyak tag tadi. Yuhuuu... bahagia.
Aku rasa aku perlu buat syarat penyertaan untuk mereka yang nak sertai aktiviti ini. Bukan apa, senanglah nanti aku nak kenal dengan mereka. Barulah nampak wow sikit.
Kejap aku fikir syarat yang sesuai.
1) Apa kata aku minta mereka buat satu buku khas yang bertajuk 'Diari Ramadhan (nama sendiri)'. Cover terpulang pada mereka sendiri nak buat macam mana tapi pada bahagian atas cover tu kena letak 'book sash' seperti gambar dibawah ni.
2) Kemudian mereka kena letak hastag/tanda pagar #diamondg2c #diariramadhan2018 #g2challenge #tunindah supaya senang nak cari nanti.
3) Tulisan cerpen mereka kena dalam bahasa melayu campur sikit boleh tapi jangan rojak sangat.
4) Tulisan tidak melebihi 500 patah perkataan.
5) Terbuka kepada semua warga wattpad tak kira usia dan bangsa.
6) Selesai tulis cerpen sila tampal link pada ruang komen supaya orang ramai boleh baca juga diari mereka.
7) Perlu letak buku ni dalam library mereka supaya mereka dapat notifikasi bila ada aktiviti di sini.
Hm... rasanya cukuplah kot. Oh! Ada lagi satu penting ni. Tak boleh ada unsur kandungan matang atau 'mature content' dan perlu ada nilai murni dalam tulisan mereka nanti.
Ok, done.
Warghh! Mengantuk sudah. Baiklah aku tidur dulu. Esok aku sambung tulis diari lagi.
Good nite my good friend, diari.
X X X
Ada yang masih tidak faham dengan syarat-syaratnya?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top