#3 - Sahur
Ramadhan ke -9
Jumaat
Pejam celik dah masuk puasa ke-9 hari ini. Hm... hari ini auku terasa lemau sangat sebab aku tak sempat makan bersahur tadi. Aku tak berapa nak sihat beberapa hari ini, batuk aku nampaknya semakin teruk pula. Sebab tu bangun lambat. Dah la aku sahur saorang-sorang. Tak sempat nak masak apa. Kelam kabut juga sebab tinggal 15 minit lagi.
Saat-saat macam ni la aku teringat dekat mak. Kalau aku puasa kat rumah dia mesti aku tak terlepas sahur sebab mak mesti akan kejut punyalah. Bercakap pasal mak, aku belum minta maaf lagi dengan mak. Aku pun tak tahu macam mana nak mulakan minta maaf tu. Entah puasa aku ni diterima atau tidak sebab tak minta maaf dengan mak lagi. Anak derhaka ke aku?
Jadi dalam kelam kabut aku bersahur yang tinggal sakit baki beberapa minit je lagi aku fikir nak makan apa bagi perut kenyang. Bukan apa esok aku ada banyak keje jadi aku masih memerlukan tenaga untuk buat kerja esok.
Tengah kelam kabut cari nak buat air tiba-tiba aku terpandang kurma atas meja. Aku teringat masa pergi terawih semalam ustaz ada cakap menurut hadis sahih Rasulullah SAW pernah bersabda ;
"Bersahurlah!meski hanya dengan –meminum-seteguk air".
Ting! kepala aku timbul mentol. Hihihi... Aku buat resepi sendiri.
- Ambil 3 biji kurma
- Satu mangkuk susu UHT
- Kemudian blend-kan bersama
- Siap blend masukkan dalam mangkuk
- Akhir sekali boleh makan dengan Corn Flakes sekali.
Ha... memang resepi ni mengenyangkan aku. Rasa dia sama macam aku dah makan nasi satu pinggan kenyangnya. Sebelum masuk waktu imsak, aku minum air kosong 3 cawan. Penting air kosong ni, kalau tidak merasalah kau tekak melekat macam telan gam.
Kurma ni bagus sangat. Dia tinggi serat untuk bekalkan tenaga dan penghadaman. Patutlah pagi tu aku cargas je buat kerja. Tapi petang melepek juga la.
Tapi pelik hari ini sebab selalunya jiran aku ni bising tung tang tung tang masak, pagi ni takda pula. Dorang takda rumah ke apa?
Ok lah, aku nak bersiap untuk berbuka dulu. Hari ni terasa macam malas nak masak. Nak berbuka dekat masjid je. Aku tak pernah berbuka kat masjid. Teringin juga berbuka dekat masjid. Nak rasa suasana berbuka kat sana macam mana.
Hm... i think i should try.
Ok, malam ni. Set!...
X X X
384 words
Hai semua. Selamat berbuka puasa. Maaflah dah lama tak update, agak sibuk sikit dengan hal duniawi. Okay, update untuk hari ini.
Reka satu situasi atau keadaan pada waktu sahur. Anda mungkin boleh masukkan situasi anda terkejut bangun sahur sebab terdengar bunyi jiran bergaduh ke, atau pengalaman sahur anda sendiri ke, atau boleh kongsi makanan sahur yang paling cepat dan mudah ketika sahur mana tahu boleh bantu kawan-kawan lain ke.
Atau anda boleh juga reka situasi anda tidak bersahur sebab anda berada di luar kawasan. Boleh la bagi tips bersahur sebagai musafir kan?
Apa saja situasi dan idea menarik anda waktu sahur. Jadi kreatif dan jangan ikut admin punya update.
Baiklah, selamat mencuba. Saya tunggu karya anda semua.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top