#1 Azam Ramadhan.
Ramadhan ke-3
Sabtu.
Fuh! Letih betul aku hari ini. Mahunya tidak, dah la aku ni puasa pastu customer yang datang kedai pun alahai macam hare je. Semua tak reti menyabar, patut bulan puasa ni banyakkanlah bersabar ni tidak makin hilang pula sabarnya. Tak tahuvke sabar tu separuh dari iman. Nasib kau lah Indah kerja jadi kuli hadap jela customer macam mana rupa pun.
Tadi masa dalam kereta, aku buka radio ikimfm. Ada satu tazkirah tentang azam puasa. Alah aku pun time camni rajin pula, kalau tidak aku lantakkan je tazkirah macam ni. Buang masa aku, baik aku dengar lagu sambil nyanyi dalam kereta menghadap jem. Ye dak?
Tapi lain dengan tazkirah ni sebab dia selang seli dengan lawak sikit. Aku terhiburlah juga dengar dan dia berjaya buat setia dengar sampai habis. Tapi tu lah aku tak tahu siapa nama ustaz tu.
Katanya kita kena ada azam bulan puasa ni. Samalah juga azam tahun baru. Kita azam untuk kalendar bukan Islam buat apa, kalendar Islam kan ada? Eh betul juga cakap ustaz tu. Terasa pipi aku kena tampar masa tu. Hahaha...
Katanya azam ni penting supaya Ramadhan kita lebih baik dan bertambah baik dari tahun sebelumnya. Tapi biarlah realistik, contoh orang perempuan berazam nak puasa penuh. Jenuh gak tu kan? Normal ke tak kau kalau dapat puasa penuh? Gelak gak aku dengar tadi.
Bila aku fikir balik dari awal puasa aku takda azam lagi. Terasa teruk aku ni.
Baik diari, hari ini kau jadi saksi aku tau. Antara azam aku tahun ni :
1) Nak khatam al quran.
2) Nak terawih sepanjang ramadhan.
3) Banyakkan sedekah.
4) ha...ni special sikit, aku nak tingkah laku aku. Aku kan baran. Haha...
5) Kena selalu senyum memandangkan aku bkedekut senyum.
6) Aku nak jaga amalan aku banyakkan solat sunat dan zikir.
Hm... Buat masa ni, ini saja azam aku. Ah! Satu lagi tinggal hihihi
7) Nak cari jodoh.
Hadoi gatal gak aku ni. Kalau orang tahu malu aku. Tapi apa ada hal, ni kan diari.
Ok lah aku nak siapkan makanan berbuka ni. Nanti aku sambung lagi.
X X X
344 words
Tugas anda. Tulis diari tentang azam ramadhan tahun ini.
Ia boleh jadi azam anda sendiri ataupun rekaan semata-mata.
Watak dan situasi pun terpulang pada anda nak buat macam mana.
Selesai menulis sila tampal link pada komen di sini.
Semoga berjaya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top