Werewolf Academy
Semua peserta Diamond Academy berada di dewan Fairy Academy. Mereka mendengar ucapan yang disediakan oleh Profesor Han.
"Okay semua, disebabkan bukan akademi kita sahaja yang ada di Fairy Academy, kita kena hormat mereka seperti mereka hormat kita. Ingat, jaga kelakuan dan jangan buat keributan di sini." terangnya.
Yang lain hanya mengangguk faham.
"Dan juga, jangan kacau Werewolf Academy berlatih, sebabnya ialah mereka akan pertarungan mereka sudah tidak lama lagi. Mereka akan mula 3 hari sebelum kalian semua bertarung. Faham?" soal Profesor Han kepada para peserta Diamond Academy.
"Faham Prof!" jerit mereka semua dengan semangat.
"Baiklah, sebelum saya terlupa. Malam sebelum kita bertarung, Fairy Academy membuat majlis tari menari sempena menyambut kedatangan kita dan Werewolf Academy. Jadi, kalian boleh membuat persiapan dari sekarang."
"Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Sekian, kalian boleh berehat." sambungnya.
Setelah itu, mereka keluar daru dewan dan mula bergerak ke sana sini. The Legendary pula berjalan menuju ke padang untuk berlatih naga, tu pun Gliria dan Rose yang teringin. Sebagai ketua, Melody hanya mengiakan sahaja walaupun dia tak berlatih. Naga dah kuat, nak berlatih buat apa lagi, kan tak pasal² semua orang tahu dia miliki naga White jika dia keluarkan awal².
"Kita nak pakai apa untuk majlis nanti ye?" soal Rose dengan soalan tak masuk akalnya.
"Pakai bikini."
Terbuntang mata Rose mendengar jawapan Gliria, manakala Melody ketawa besar.
"Mana boleh la! Kita kena pakai gaun!" marah Rose.
"Dah tu apesal awak tanya lagi? Dah tahu, tak payah tanya la." Gliria menjeling Rose. Kalau ikutkan hati, nak je dia cekik budak tu sebab tanya soalan KHAS macam tu.
Rose memuncungkan mulutnya kerana Gliria memarahinya. Melody hanya menggeleng kepalanya dengan sikap rakan-rakannya.
--
The Legendary berhenti secara mengejut di sudut padang apabila ternampak Werewolf Academy sedang berlatih. Macam mana mereka nak tahu? Jawapannya senang je,di hadapan mereka ada bendera Werewolf Academy.
"Kita kena hormat mereka dan jangan kacau mereka, dalam 5 hari lagi mereka nak bertarung." ujar Rose sambil buat mimik muka serius.
"Okay, kita tak boleh nak berlatih kalau macam ni. So, jom bla." ujar Melody.
Ketika mereka ingin melangkah pergi, seorang gadis memanggil mereka dengan kuat dan menyebabkan seluruh peserta Werewolf Academy memandang The Legendary.
"Korang!! Tu The Legendary la!!" jerit gadis itu.
The Legendary berpandangan sesama sendiri.
"Mampus kita kali ni." gumam Gliria dengan panik.
---
Star dan Andrew berjalan-jalan di Fairy Academy, Pelajar yang ada di situ tersenyum manis apabila pasangan popular itu melintasi mereka dan dibalas baik oleh Star. Andrew hanya diam. Well, dia hanya tersenyum dengan orang tertentu sahaja.
"Awak ni, senyum la juga." tegur Star sambil mencubit pelan lengan Andrew.
"Saya hanya senyum dekat orang yang saya sayang sahaja. Buat apa senyum dekat orang lain. Awak pun kenal kan saya macam mana." ujar Andrew sambil senyum kecil kepada Star.
Star dengan pantas mengangguk mengiakan perkataan Andrew.
"Memang pun, awak orang yang sangat mahal senyuman, sampai saya rasa awak ni tak ada hati ke apa." ujar Star dengan ketawa kecilnya.
"Nakal awak ehh..Wait, Melody buat apa dekat sana?" soal Andrew dengan risau.
Star memandang The Legendary yang sedang berbual dengan salah satu peserta werewolf.
"Jangan risau. Mereka memang nak jumpa dengan The Legendary, Mereka sangat meminati The Legendary terutamanya Melody." ujar Star dengan senyuman manisnya.
Andrew hanya mengangguk dan mula berjalan kembali bersama Star.
'Kesian pula dengan adik ipar aku tu, banyak saingan.' bisik hati Andrew.
---
"Er, ka-kami bukan sengaja nak kacau korang berlatih. Kami ingat tak ada orang. Maafkan kami." mohon Rose dengan bersungguh sungguh.
Werewolf Academy hanya ketawa kecil dengan kepanikan Gliria dan Rose. Melody hanya riak biasa sahaja.
"Tak pa la.. Kami memang nak sangat berjumpa dengan The Legendary, kami semua meminati awak semua! Kami beruntung sangat hari ini kerana The Legendary muncul di hadapan kami! Seperti mimpi!! Tampar aku kejap!!" jerit gadis itu kepada kawannya.
Kawannya menampar lembut pipinya. Gadis itu kembali berteriak.
"Tak mimpi rupanya!! Arrghhh!! Happynya!" ujar gadis itu sambil melompat sampai ke belakang. Happy sangat nampaknya tu.
The Legendary tercengang melihat gadis itu pengsan kerana terlalu gembira.
"Maafkan dia, dia memang macam tu, happy sangat jumpa idola kesayangannya. Tapi, bukan dia sahaja , kami pun gembira sangat jumpa The Legendary, bertarungan korang menentang Witch Academy sangat gempak! I like it!" terang salah seorang gadis yang mata berwarna perak.
"Terima kasih untuk semuanya. Tapi boleh saya tanya?" soal Melody.
Semua werewolf di situ mengangguk pantas dan memandang tepat ke arah Melody. Gembira la tu sebab Leader of The Legendary nak tahu pasal mereka. Mereka tak tahu yang pandangan mereka membuatkan Melody tidak selesa.
"Kenapa mata korang tu? Ada yang berwarna emas, perak dan coklat.." ujar Melody.
Mereka berebut nak menjawap soalan Melody. Gliria dan Rose menggeleng kecil melihat telatah mereka.
Akhirnya, ketua mereka berdiri di hadapan The Legendary, ketua mereka mempunyai mata berwarna emas. Setelah ketua mereka keluar, baru mereka diam.
"Mata yang berwarna emas bermaksud Alpha. Kami yang mempunyai mata berwarna emas akan menjadi pemimpin puak kami. Kalau perak, itu Beta, penolong puak Alpha. Mereka sangat teliti. Kalau Coklat, itu adalah Omega. Mereka adalah pembantu kepada Beta. " terang Ketua mereka.
Melody mengangguk faham dengan penjelasan tersebut.
"Patut la. Oh, sekali lagi, maafkan kami jika kacau latihan korang. Kami betul² tak bermaksud." mohon Melody.
"Kami tak kisah pun. Malahan kami gembira kerana The Legendary datang. Kami sangat bersyukur dapat jumpa kalian walaupun sekejap." ujar Ketua Werewolf dengan senyuman mesranya.
Melody membalas senyuman Ketua itu.
"Kami pergi dulu. Semoga berjaya dalam pertarungan nanti." ucap Melody.
"Baiklah, kami janji akan menang untuk buat The Legendary bangga dengan kami. Betul tak semua?" soal Ketua itu dengan gembira.
"BETUL!"
The Legendary tersenyum melihat kesungguhan Werewolf Academy.
---
The Fighter pula berada di balkoni di bilik mereka. Bilik mereka di tepi padang, so boleh nampak apa yang dilakukan oleh Werewolf Academy.
"Rancak mereka berbual." ujar Mike dengan datar apabila ternampak The Legendary berbual dengan Werewolf Academy.
"Biar la, Werewolf Academy mana tahu yang The Legendary tu milik kita. Lagipun mereka tak buat apa² pun. Betul tak Achille?" ujar Daniel dengan tenang.
Achille hanya mengangguk setuju.
"Cuba korang tengok, mereka hanya mengidolakan The Legendary, bukan nak ambil The Legendary." ujar Achille.
Mike dan Daniel mengangguk faham. Setelah mereka asyik memerhatikan The Legendary, mereka pelik memandang Werewolf yang seperti berebut.
"Apesal tu?" soal Daniel.
Achille dan Mike memandang seorang lelaki, iaitu ketua Werewolf berada di hadapan The Legendary, betul² depan Melody. Serta merta werewolf yang lain diam.
Tangan Achille mengempal kuat. Dia cemburu kerana lelaki itu dekat dengan Melodynya. Nasib baik Mike dan Daniel tak perasan perubahan Achille kerana masih memerhati The Legendary.
'Aku kena buat lelaki tu tahu yang Melody tu milik aku.' desis hati Achille dengan geram.
Sepanjang mereka memerhati, The Legendary mula berjalan pergi.
"Oh? Mereka dah pergi la." ujar Daniel.
Mike terus berlari keluar dari biliknya untuk menuju ke arah Gliria. Daniel dan Achille hanya memandang Mike.
"Dia memang tak boleh simpan perasan cemburu dalam hati." ujar Daniel sambil menggeleng kepalanya.
Manakala Achille menyambung tidur. Letih la tu perjalanan kan jauh.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top