? Werewolf ¿

             Keesokannya, awal pagi itu riuh pelajar dari Werewolf Academy kerana mereka ingin melayan The Legendary yang sedang makan. The Fighter hanya memandang mereka dengan datar.

"Tak putus asa mereka nak perhatian The Legendary." ujar Mike dengan geram.

             Semalam Mike sudah beritahu Gliria supaya jangan layan kerenah mereka dan dibalas ketukan di kepalanya.

Flashback

            Selepas Mike meninggalkan Daniel dan Achille di bilik, Mike sekarang berada di hadapan The Legendary.

"Mike? Kenapa ni?" soal Gliria pelik.

Mike memandang ke arah Gliria.
"Sayang, jangan layan sangat la mereka tu. Tau tak saya cemburu?" soal Mike dengan tangan disilangkan.

              Melody dan Rose meminta diri untuk ke bilik mereka untuk memberi ruang kepada pasangan itu.

"Awak ni pun. Buat apa nak cemburu? Mereka tu hanya peminat." balas Gliria dengan tenang.

"Masalahnya, mereka tu sengaja nak ambil perhatian awak tahu tak? Mereka tak nak kami dekat dengan korang. Setiap kami nak dekat dengan korang, mereka jeling kami." terang Mike dengan keluhan beratnya.

              Gliria menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Mereka bukan seperti itu la awak."
"Awak tak kenal hati mereka lagi, entah² mereka memang nak rampas korang dari kami." bidas Mike dengan datar.

            Gliria mengetuk kepala Mike dengan geram lantas pergi dari situ. Makin dilayan, makin menjadi perangai.

"Auch! Sayang!" panggil Mike.

End Flashback

"Kesian kau." balas Daniel.

             Achille hanya menggeleng kepalanya dan buat tak tahu. Kalau ikutkan hati, nak je dia jerit jangan dekat dengan Melody. Tapi, dia bukannya macam Mike. Sabar jela.

--situasi The Legendary--

             Melody hanya menggeleng pelan apabila werewolf lelaki memberinya pencuci mulut.

"Maaf. Tapi saya dh kenyang." tolak Melody dengan lembut.

Lelaki itu mempaut bibirnya.

"Makan la, saya yang buat khas untuk idola saya. Sedap tau, rugi tak makan." pujuknya dengan rauk wajah yang memohon.

              Melody berfikir keras untuk larikan diri. Akhirnya dia mendapat satu akal yang boleh tahan bijak.

              Melody berpura pura sakit perut kerana terlalu kenyang dan berjaya membuat ahlinya dan para werewolf panik.

"Kenapa Melody?!" soal Rose dan Gliria dengan panik.
"Awak okay? Nak kami hantar ke healing ke?!" soal salah seorang werewolf perempuan.

             Melody hanya menggeleng kepalanya dengan pantas.

"Sa-saya cuma sakit perut kerana terlalu kenyang. Saya nak pergi tandas jap, awak layan Gliria dan Rose dulu ya? Nanti saya datang balik." tipu Melody kepada mereka.

"Awak betul² okay ke Melody?" soal Gliria dengan risau.

             Melody hanya mengangguk sambil tersenyum kepada Gliria dan Rose.

"Saya pergi dulu tau! Bye!" ujar Melody sambil tersenyum nakal.

             Gliria dan Rose yang lihat senyuman tadi terus terbuntang mata.

"Melody!!"

             Melody hanya keawa besar sambil berlari ke taman fairy.

'Sorry Gliria, Rose.'

---

             Melody menghela nafas lega kerana berjaya melarikan diri dari para werewolf.

"Sayang okay?"

           Melody memandang gerangan di belakangnya. Melody tersenyum apabila memandang Achille.

"Saya okay. Yang lain tahu tak yang awak datang sini?" soalnya sambil duduk di bawah pokok yang rendang.

"Mereka tak tahu. Pandai awak larikan diri ye?" puji Achille dengan senyuman.

Melody hanya tersenyum.
"Makin lama di sana, makin sesak nafas tahu tak?" ujar Melody lantas menyuruh kekasihnya duduk di tepinya.

           Achille dan Melody berborak rancak. Tak lama itu, Ketua werewolf datang ke arah Melody.

"Hai Melody." tegur Ketua Werewolf sambil tersenyum ke arah Melody dan menjeling tajam ke arah Achille.

            Achille turut menjeling tajam ke arah Ketua Werewolf itu.

"Hai..?"
"Awak sibuk tak malam ni?" soalnya tanpa mempedulikan keberadaan Achille.

           Melody teragak agak ingin menjawab soalan itu kerana dia sudah ada rancangan bersama Achille.

"Sayang, jom pergi jumpa Kak Star? Kak Star ada cakap dekat babe ada bunga baru yang sampai." ujar Achille dengan romantik lantas memengang tangan Melody.

           Serta merta Melody ceria kerana mendengar ucapan Achille.

"Serius? Bunga baru dah sampai?" soalnya lagi.

          Achille mengangguk sambil tersenyum. Dia menjeling remeh ke arah Ketua Werewolf yang mendengus tak suka.

           Mereka berdua bangun untuk menuju ke arah Magic Garden.

"Maaf tapi saya dan Achille ada hal malam ni. Lain kali ye." tolak Melody dengan lembut.

            Ketua Werewolf tersenyum manis mendengar kata² Melody.

"Sayang, tak ada 'lain kali'. Hanya kita berdua." ujar Achille lantas memengang pinggang langsing Melody dan menuju ke arah Magic Garden.

             Mereka meninggalkan Ketua Werewolf yang masam kerana perkataan Achille.

Macam mana pula dengan Melody dan Rose?

"Ambillah, makan la lagi." ujar Werewolf lelaki sambil memberikan nasi kepada Gliria dan Rose.

             Gliria dan Rose tersenyum kaku kepada mereka yang asyik memberi makanan kepada mereka sedangkan hati mereka sudah memarahi Ketuanya yang sesuka hati meninggalkan mereka 'menderita'.

"Maaf, kami nak ambil kekasih kami." ujar seseorang.

            Para werewolf menjeling tajam ke arah Mike dan Daniel yang ingin mengambil Gliria dan Rose.

"Tak boleh!"
"Mereka hak kami!"
"Korang berdua pergi dari sini!"

             Mike dan Daniel menaikkan kening kiri mereka.

"Oh? Begitukah?" soal Mike
"Malangnya..kami...." Daniel berhenti berbicara dan memandang Mike yang turut memandangnya.

"TAKKAN IKUT CAKAP WEREWOLF MENTAH!" marah mereka berdua.

              Mike dan Daniel memengang tangan Gliria dan Rose lantas melarikan diri. Para werewolf mengejar mereka.

              Mike menggunakan kuasa halimunannya supaya Para werewolf tidak nampak mereka.

"Sh*t!! Mana mereka!"
"Tak guna!"
"Berani mereka ambil idola kita!"

              Para werewolf kembali pulang ke arah dorm mereka. Mujur la dorm Werewolf jauh dari bilik mereka.

Mike bernafas lega.

"Terima kasih tau. Kalau korang berdua tak toling kami, dah mati kekenyangan kami tadi." ujar Rose.

           Daniel mengangguk lalu tersenyum manis.
"Kalian tanganggungjawab kami." balas Daniel.

Rose mengangguk malu-malu.

"Kan saya dah cakap." ujar Mike dengan memegang bahu Gliria dengan lembut.

Gliria mengeluh dan mengangguk.

"Yela. Maaf sebab tak dengar awak." mohon Gliria dan dibalas ciuman lembut di dahinya oleh Mike.

"Its okay."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top