The Legendary Vs The Witch 1
"Arghhhh!!"
Jeritan itu adalah milik Gliria dan Rose. Mereka tercampak sejauh 1 km kerana The Witch 1 menggunakan pelindung sihir. Jadi, apabila Gliria dan Rose menyerang, kuasa mereka akan memantulkan semula kuasa itu.
"Gliria! Rose! Korang okay tak?!" jerit Melody dari atas. Macam mana Melody boleh ada atas? Sebab Melody menggunakan kuasa Taufan milik Rose untuk menerbangkannya.
Gliria dan Rose mengangguk dan mula berdiri. Mereka tak menyangka The Witch 1 yang terdiri dari 2 orang lelaki dan seorang perempuan itu sangat kuat. Pelindung mereka langsung tidak berjaya dipatahkan.
Melody ingin menyerang balas tetapi-
"Melody! Mereka masih menggunakan pelindung sihir! Jangan serang mereka dulu!" jerit Rose dengan kuat.
"Tsk! Tak guna. Kalau macam ni susah la." gumam Melody dngan geram.
The Witch 1, lebih tepatnya Sarah dan Jimmy,ahli The Witch 1 mengetawakan The Legendary.
"Kenapa tak serang? Takut?" perli Sarah.
"Lemah la tu." ujar Jimmy dengan senyuman sinisnya.
"Korang tu yang penakut dan lemah! Dari tadi hanya gunakan pelindung sihir tapi tidak menyerang!" marah Melody, matanya hampir berwarna tetapi ditahannya.
Leader of The Witch 1, Kiriha mengeluh berat apabila ternampak mata pink Melody berwarna merah walaupun sesaat.
"Kau-" tak sempat Sarah ingin membalas tetapi dihalang oleh Kiriha.
"Diam! Jangan buat leader of The Legendary marah! Kita tak tahu lagi apa kekuatannya." ujar Kiriha.
Melody memandang Gliria dan Rose yang masih lagi mengumpulkan tenaga.
"Rose! Keluarkan taufan yang sekuat mungkin sekarang!" arah Melody.
Rose langsung mengeluarkan taufannya dan menyebabkan keadaan War Hall bergoyang kuat kerana taufan terlalu kuat. Para penonton menahan diri dari tidak terbang dibawa taufan termasuk The Witch 1, Kiriha menguatkan lagi pelindung sihir mereka.
"Gliria! Sekarang!"
Gliria mengangguk dan mengeluarkan akar tumbuhan besar dan akar itu mula memukul pelindung sihir The Witch 1.
"Ketua! Kita dalam bahaya!" ujar Jimmy.
Kiriha memandang akar tumbuhan yang masih lagi memukul pelindung sihirnya. Makin lama makin kuat. Kiriha mahu menyerang tetapi agak susah kerana taufan terlalu kencang. Kiriha membaca matra untuk sakitkan Melody tetapi-
"Korang rasa matra tu akan berkesan pada aku?" soal Melody dengan suara seramnya.
"Mustahil."
Hanya itu sahaja yang mampu dikeluarkan oleh The Witch 1. Melody tersenyum sinis dan menggunakan kuasa aisnya. Melody mengeluarkan pelindung ais yang sangat besar,tajam dan berserta duri ais di dalam pelindung itu lantas mengelilingi The Witch 1 selepas akar tumbuhan milik Gliria berjaya menghancurkan pelindung sihir itu.
The Witch 1 ingin menghancurkan pelindung ais itu tetapi dihalang oleh Melody.
"Jangan sesekali ingin menghancurkan pelindung ais tu kalau korang nak selamat. Sekaai korang sentuh, duri ais itu akan membuat korang sakit selama seminggu." terang Melody.
The Witch 1 terpaku di tempat mereka setelah mendengar kata² Melody. Mereka sepatutnya tahu siapa yang mereka tengah berlawan.
Melody mengarahkan Rose untuk hentikan taufannya. Selepas itu, semua dalam War Hall termasuk The Fighter terkejut besar melihat ais yang berwarna biru jernih yang begitu besar melebihi War Hall, tajam dan berduri tengah memerangkap The Witch 1.
"Apa yang tengah berlaku?"
"Kenapa tiba² The Witch 1 terperangkap?"
"Apa yang terjadi tadi?"
Semua orang tidak mengetahui kenapa keadaan menjadi terbalik. Mereka langsung tidak tahu apa yang terjadi selepas Rose mengeluarkan Taufan kencangnya.
Melody menutup pelindung itu dan membuatkan The Witch 1 terperangkap dalam kesejukan. Semua orang boleh melihat The Witch 1 yang langsung tidak bergerak kerana bimbang terkena duri itu. Tak lama setelah iu, The Witch 1 memeluk tubuh mereka sendiri kerana kesejukan yang teramat. Melody yang berasa kasihan terus menghilangkan pelindung ais itu.
The Witch 1 jatuh terduduk dengan badan bergetar. Semua yang ada dalam War Hall terdiam,lebih² lagi Witch Academy. Mereka tak sangka The Witch 1 yang sangat kuat dan mereka banggakan selama ni boleh menjadi sangat lemah.
"The Winner is The Legendary!!"
Diamond Academy bersorak gembira dengan kemenangan The Legendary. The Legendary pergi ke arah The Witch 1. Melody menyuruh Gliria menutup badan mereka yang kesejukan.
Gliria mengeluarkan selimut tumbuhan lantas membalut di badan The Witch 1 yang kesejukan. Mereka membuka mata dan mengucapkan terima kasih.
"Betul la kata orang, jangan main² dengan The Legendary. Ternyata awak sebagai ketua memang kuat." puji Kiriha,Leader of The Witch 1. Nampaknya Kiriha sudah terpesona dengan pada Melody.
Melody membalas senyuman Kiriha.
"Tak adalah sampai macam tu hebatnya. Kalau tak ada apa² kami pergi dulu. Oh,sebelum terlupa, pastikan lepas ni korang berendam dalam air panas selama 3 jam, baru kesejukan tu akan hilang." terang Melody.
The Witch 1 mengangguk kepalanya dengan senyuman mesra. The Witch 1 tak menyangka The Legendary adalah group yang baik dan tidak sombong seperti yang mereka fikirkan.
Semasa The Legendary berjalan, Gliria dan Rose tak habis² mengusik Melody.
"Ceyy, ada yang sukakan awak la." ujar Gliria.
"Melody, dia dah jatuh cinta dekat awak.Pandangan dia tu lain macam je bila tengok awak." sanbung Rose.
Melody hanya menggeleng kepalanya.
"Dia tu boleh tahan kacak juga..Apa kata awak try?" soal Gliria.
"Kan? Lagipun awak kan cantik pastu single-"
"Saya tak single."
Jawapan Melody membuatkan Gliria dan Rose terbuntang mata.
"What?!!"
"Siapa kekasih awak Melody?!"
Melody hanya tersenyum.
"Orang yang awak betul² tak sangka kalau saya cakap."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top