The Legendary & The Fighter

               Setelah The Legendary disahkan pemenang. Perlawanan direhatkan selama sejam. Gliria dan Rose menuju ke arah Melody yang tengah minum air.*dari mana dpt air tu..*

"Hai! Saya Gliria ini sepupu saya Rose." Gliria memperkenalkan dirinya dan Rose dengan senyuman tulus.
"Melody. Korang The Legendary kan?" soal Melody.

               Soalan Melody diangguk oleh Gliria dan Rose.

"Apa kuas-"

               Tak sempat Rose ingin bertanya lebih lanjut, kedengaran ramai pelajar lelaki pergi ke arah mereka.

"Boleh tak nak ambil gambar?"
"Boleh kenalkan kami dengan ahli baru?"
"The Legendary memang hebat!"
"SAYA PEMINAT NOMBOR SATU!!"

                Pelbagai kata² yang dilontarkan kepada The Legendary. Melody yang malas melayan terus teleport ke luar 'War Hall'. Gliria dan Rose pula melayan mereka kerana taknak hampakan peminat la katakan.

               Melody berjalan jalan mencari pejabat memandangkan sudah waktu rehat tetapi bukan pejabat yang dijumpai tetapi sebuah kantin yang luas dan ramai orang.

"Nampaknya aku kena cari makanan dulu." gumam Melody lantas pergi membeli sebuku roti bakar bersalut coklat.

               Semasa Melody ingin pergi, dia terlanggar salah sorang The Figher iaitu Daniel.

"Oh sorry.. Saya tak sengaja." mohon Melody.

'The Fighter rupanya..' bisik hatinya.

"Tak pa. Kenalkan, saya Daniel, Ni leader kami, Achille dan ni pulak Mike. Kami The Fighter." terang Daniel.
"Er..Hai Achille,Mike." sapa Melody sambil senyum mesra. Mike membalas senyuman Melody manakala Achille hanya memandang Melody sahaja.

"Saya pergi dulu ya?" ujar Melody lantas pergi dari kantin tu.

               Selepas Melody tiada, Mike dan Daniel memandang Achille yang sedang memandang tajam ke arah Daniel

"Jealous ke~" soal Mike.
"Ishh kau ni! Terang² dia jealous sebab pujaan hatinya terlanggar orang lain." ujar Daniel sambil ketawa bersama Mike.
"Malas la layan korang yang otak udang!" marah Achille lantas pergi ke arah meja khas mereka.

Meanwhile~~~

             A Princess pergi ke UKS dan menyuruh Healing merawat mereka.

"Tak guna betul dia tu! Macam mana boleh kuat sampai macam tu!" marah Lisa
"Ntah la, ni mesti kerja tenuk dua ekor tu. Mereka pasti sudah rancang awal². Cakap tak cukuo orang tapi tengok lah!" marah Alexa dengan geram.
"Kita kerjakan mereka lagi lepas ni. Rasa skkit je hati aku!" marah Baby dengan gedik.

             A Princess mengangguk setujub dengan cadangan Baby.

"Arghhhh!! Sakitlah!!" marah Alexa kepada Healing yang tengah merawatnya.
"Perlahan tak boleh ke?! Dia tu ketua kami!" marah Lisa pula.

            Healing itu berasa geram dengan sikap biadap A Princess.

"Kalau sakit sangat, buat la sendiri la!! Tu la, lain kali jangan nak berlagak kuat sangat!! Kan dah masuk UKS! Luka memang la sakit, mana ada manis!!" marah Healing lantas berlalu dari situ.

"Yah!!! Luka ni sapa nak rawat ha?!!!" marah Alexa
"Baik tak payah jadi Healing!!" marah Baby pula.
"Malas la aku rawat orang macam kau!! Tak ada faedah!! kalau rasa kuat sangat sembuhkan sendiri!!" balas Healing tu.

               A Princess terdiam dan bergumam tidak jelas.

*Tu la..bnyak ckp lagi..*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
                    -Situasi Gliria dan Rose-

           Mereka bernafas lega apabila selesai melayan peminat mereka. Semenjak Melody sudah disahkan menjadi ahli mereka sekaligus Leader mereka makin banyak pulak peminat mereka. Siap ada club lagi macam The Fighter dan The Protect.

           Gliria dan Rose mencari Melody tetapi tiada.

"Hebat betul Melody kan?" soal Rose dengan gembira.
"Ya!! Tapi kan..takkan teleport je. Mesti ada kuasa lain juga." ujar Gliria.
"Saya pun rasa macam tu..Api ke? Angin? Galaxy? Halilintar?" soal Rose sambil memikirkan ala penyiasat.
"Wey! Kita dah lambat untuk makan la..setengah jam lagi ada perlawanan..jom pergi!"

            Gliria mengheret(?) Rose ke kantin kerana mereka sudah terlambat.
.
.
.
.
.
.
.
"Tahniah atas kejayaan korang." ujar Gliria dan Rose.
"Terima kasih. Kitorang pun ucapkan tahniah atas kemenangan korang." ujar Mike.
"Mana ada la. Tanpa Melody a.k.a Leader kami, pasti kami takkan menang." ujar Gliria.
"Melody?" soal Achille

            Gliria dan Rose mengangguk laju.

"Yup! Perempuan yang tolong kami tu adalah Melody. Setakat ni kami tahu yang dia ada kuasa teleport je." ujar Rose.
"Tak la..bukan hanya teleport, dia juga ada kuasa pembalikan. Tengok rakaman ni semula." ujar Mike sambil memberikan Ipadnya kepada mereka berempat.Yang lain memandang video yang dirakam oleh Mike sambil mendengar penjelasan Mike.

"Dia teleport ke arah Rose dan menghalang serangan A Princess, A Princess mahu menyerang tapi tidak berjaya. Ini kerana dia telah ambil kuasa A Princess dan memantulkan semula kuasa itu kepada A Princess..Jarang orang yang mempunyai kuasa sebegini. Hebat kan?" soal Mike dengan senyuman.

             Yang lain mengangguk faham termasuk Achille.

"Tapi kan..ada yang pelik la." ujar Gliria. Yang lain memandang Gliria dengan tanda tanya.
"Masa dia tengah membalas kata² A Princess, api marak di sekeliling saya tu tiba² je terpadam. Macam ada yang buang dia jauh²." terang Gliria.

            The Fighter termenung memikirkan masalah itu..Bukan ape..mereka pun pelik,macam mana boleh hilang padahal sebelum perlawanan ni..Ada seorang pelajar yang terkena serangan Lisa sewaktu berlawan, Rakan seperjuangnya yang mempunyai kuasa air langsung tidak boleh menghapus api marak itu..Sampai tahap yang kritikal, Pengadil menyuruh A Princess hilangkan api dekat budak tu. Buktinya adalah hanya A Princess yang boleh hilangkan api marak tu tetapi keadaan di sini agak pelik. A Princess tidak hilangkan tetapi ada yang menghilangkan.

"Pening la~" ujar Daniel dengan manja.
"Macam ni la. Kalau korang jumpa dia tanya segalanya okay?" cadang Achille.

              Gliria dan Rose mengangguk faham.

"Oh..jangan lupa minta nombor telefon Melody juga. Si Achille yang nak." ujar Mike

               Terbuntang mata Achille dengan kata² Mike. Daniel ketawa kecil melihat wajah Achille.

"Tapi saya rasa susah sikit la sebab Melody jenis yang tak layan orang sangat. Tadi pun peminat datang dia menghilang." ujar Gliria.
"Tak ada can la kau Achille. Usaha lagi la nampaknya." balas Daniel lantas menepuk bahu Leadernya, Achille.

               Achille menggeleng kepalanya kerana gurauan mereka yang agak nakal.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top