The Fighter Vs The Witch 2

              Melody berasa gembira apabila menjejakkan kaki ke War Hall Witch. Melody tertarik dengan warna War Hall yang berwarna ungu itu.

"Cantik."

              Hanya itu perkataan yang dikeluarkan oleh Melody apabila memandang War Hall.

"Good luck! Hope you win babe!" jerit A Princess sambil bersolek.

               The Fighter buat tak endah dan melihat The Legendary yang rancak berbual.

"Nanti kami berlawan dengan siapa?" soal Mike
"Dengan The Witch 2." ujar Gliria.
"Kenapa nama group Witch ada nombor di belakang?" soal Melody
"Itu tanda kedudukan mereka. Kedudukan pertama adalah yang paling kuat." ujar Gliria.
"Kita akan berlawan dengan The Witch 1." ujar Rose dengan risau.

'Nampaknya aku kena kawal kuasa aku kalau situasi jadi teruk.' desis hati Melody.

"Hati² dengan Witch. Mereka tu ada banyak muslihat. Salah sikit,kita akan kalah." pesan Mike.

               The Legendary mengangguk faham dan mula berbual dengan The Fighter.

"Hati² tau." bisik Achille di telinga Melody.

                Mereka berdua duduk di belakang, jadi orang lain tidak perasan apabila Achille dan Melody berbual.

"Awak pun hati², jangan cedera pula." balas Melody dengan risau. Achille tersenyum dan mengangguk faham.

---

                 The Fighter memasuki gelanggang serentak dengan The Witch 2.

"Baiklah! Kedua² kumpulan telah berkumpul di gelanggang. Seperti yang penonton lihat, The Witch 2 dianggotai 3 orang iaitu diketuai oleh Nick serta ahlinya adalah Damy dan Jack. Manakala The Fighter, diketuai oleh Achille serta ahlinya Mike dan Daniel." terang MC.

Riuh War Hall dengan sorakan yang diberikan. Daniel melambai tangannya kepada Nick, Nick hanya menggeleng kepalanya sambil tersenyum mesra.

"Tak ubah lagi perangai kekanakan kau ye?" soal Nick sambil ketawa.
"Biarlah! Nama pun sepupu paling muda. Of course la ceria." jawab Daniel.

Mereka ketawa besar tanpa mempedulikan yang lain.

"Wahhh! Ini adalah kenyataan yang mengejutkan! Daniel, penguasa taufan adalah sepupu kesayangan kepada Nick,leader of The Witch 2!!" terang MC dengan riuh.

Sekali lagi riuh gelanggang apabila mendengar kata² MC tersebut.

"Okay! Baiklah semua! Nampaknya seperti mereka sudah bersedia! Dalam kiraan satu, dua..TIGA!!"

Apabila selesai MC berbicara, Achille mula menyerang mereka.

"Pedang halilintar!!"

Achille menyerang The Witch 2 dengan teleport ke arah mereka yang masih belum menyerang. Nick yang mengetahui Achille menggunakan teleport terus menggunakan sihir apinya.

"Arghh!"

Achille menjerit sakit apabila sihir api itu tepat terkena lengannya. Automatik pedang halilintar milik Achille terjatuh.

Jack ingin menyerang balas ke arah Achille tetapi terganggu akibat taufan yang sangat kuat dari Daniel. Daniel tersenyum sinis manakala Mike menggunakan kuasa apinya untuk memerangkap The Witch 2.

---

Situasi The Legendary..

"Achille akan okay ke? Dia terkena sihir tu." soal Melody dengan risau.
"Tenang la. Sihir tu akan sembuh selepas 10 minit. Mereka hanya ingin melemahkan musuh sahaja." ujar Gliria dengan tenang.

Melody hanya mengangguk faham.

---

"Kita tidak boleh menyerang mereka jika begini. Taufan terlalu kuat malahan api juga sentiasa memercik keluar." ujar Damy sambil menutup matanya kerana terdapat debu di sekeliling mereka.

Nick ingin menyerang The Fighter dengan tongkat saktinya tetapi tongkatnya tercampak jauh kerana ulah Achille. Achille menggunakan pedangnya untuk melempar tongkat sakti tersebut. Achille tersenyum sinis melihat The Witch 2 yang kelam kabut ingin berhentikan angin kencang milik Daniel dan api milik Mike.

Damy mendapat idea dan menggunakan matra kesakitan kepada Mike. Mike terus jatuh dan batuk darah dan automatik api dan angin berhenti. Achille dan Daniel yang perasan Mike jatuh terus meluru ke arah Mike.

"Mike! Kau okay tak ni?!" soal Daniel.

Mike memandang tajam ke arah Damy.

"Kau memang nak kena!" marah Mike lantas mengeluarkan aura api yang sangat panas. Mata Mike berubah menjadi merah kerana terlalu marah.

Achille dan Daniel yang perasan perubahan Mike hanya membiarkan sahaja. Nanti berhenti juga. Achille membuat perisai halilintar di sekeliling tubuhnya manakala Daniel membuat perisai taufannya agar tidak merasa kepanasan milik Mike. Bukan mereka berdua sahaja, Melody juga mengeluarkan pelindung ais untuk group mereka manakala A Princess mengeluarkan kipas kerana berasa panas.

"panasnya~"
"Kenapa panas sangat?"
"Nak pengsan rasanya."
"Argh! Panas la kerusi ni!"

Tidak terkecuali The Wicth 2, mereka lagilah berasa kepanasan seperti dipanggang kerana dekat dengan Mike. Tak lama itu, mereka terbaring lemah kerana kehilangan tenaga. Mike memandang tajam ke arah The Witch 2 sebelum kembali ke asal. Selepas Mike kembali ke asal, automatik War Hall kembali seperti asal. Dan serentak itu, MC mengumumkan pemenangnya.

"The Winner is The Fighter!!"

Diamond Academy bersorak gembira kerana kemenangan The Fighter.

"Nick?! Kau okay tak? Jangan mati dulu weyy! Siapa nak bergurau dengan aku nanti!" pujuk Daniel.

Nick ketawa kecil.

"Aku okay la. Cuma rasa lemah sikit je. Lepas berehat nanti okay la. Jangan risau la cousin." ujar Nick.
"Maafkan aku kalau ada yang cedera. Aku tak bermaksud tadi." mohon Mike.
"Nahhh..Its okay. Salah aku juga sebab gunakan matra tu." terang Damy dengan senyuman.

The Fighter dan The Witch 2 bersalaman dan mula memasuki bilik berehat masing².









Sorry kalu sekarang baru update. Pagi hingga tengah hri tadi, sye tolong kwn sye buat assignment dia,sbb ahad ni dia pulak yang kena present..HAHAHAHA! Padam muka. Bru tau rse mcm mne debaran ckp sorang² dkt depan nanti. Lps tu, sye balik dan trus tidur..Asar sye bngun, lps sye smbhyang,sye cri idea utk update chapter ni. And then, sye bru update.. Skrang ni pun..sye tgh cri idea utk perlawanan The Legendary.

Mybe esk sye update..

Maaf tau..utk hri ni hanya chapter ni shj yg keluar.

😊

Sye rasa nk tidur lps cri idea nanti..Masih mengantuk..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top