Tasik Galaxy

"Haiwan ni dewa?"

                Soalan Daniel membuatkan para dewa mengeram rendah dan berhasil membuat Daniel kecut perut.

"Jangan nak mengata kami budak mentah."

"Hei!"

Kemarahan Daniel hanya dibiarkan sahaja.

"Saya tak sangka dewa tu haiwan, saya ingatkan ianya dalam bentuk rupa manusia dan ada kuasa magik." terang Rose.

"Ye..tu memang benar dan kami juga boleh bertukar kepada manusia."

                 Jawapan Ketua Dewa membuatkan yang lain mengangguk mantap dan takjup.

"Boleh tak bertukar menjadi manusia?" soal Gliria.

"Maaf. Jika kami menjadi manusia, agak payah untuk kami menjadi haiwan balik."

"Macam tu pula." gumam Rose dengan sedih.

"Tapi kalau nak cepat, dengan bantuan element bintang baru kami mampu menjadi haiwan balik."

Semua terkejut besar.

"Element tu dah pupus." ujar Mike.

Para dewa ketawa besar dengan kata Mike.

"Budak mentah, element tu masih wujud lagi."

"Tak mungkin, siapa yang ada element tu?" soal Rose.

Melody sudah gelabah kerana takut Para Dewa itu memberitahu hal yang sebenar.

"Kami masih baik lagi untuk sembunyikan identiti dia."

Kata² dari Dewa Ray membuatkan yang lain mengeluh berat kecuali Melody. Melody bernafas lega kerana dewa tidak membocorkannya.

"Sebenarnya tujuan para dewa ke sini untuk menunjukkan kita di mana tasik itu berada." ujar Achille.

"Yeke? Bagus la..tak payah susah² kita nak cari lagi kan?" ujar Rose dengan gembira.
Yang lain hanya mengangguk.

"Mari kita pergi..perjalanan kita agak jauh dari sini. Sebab tasik tu berada di hujung hutan di sebelah barat."

Setelah mendengar arahan dari Dewa Ayum. Mereka mula bersiap siap untuk pergi.

---

"Jauh lagi ke Mike?" soal Daniel

"Untuk yang ke dua puluh kali, aku tak tahu!" marah Mike lantas menjentik dahi Daniel.
"Auch! Awak~ Mike pukul saya." adu Daniel lantas pergi ke arah Rose.
"Tsk, gedik." ujar Mike dan menyebabkan Gliria ketawa kecil.

"Dah tak lama dah."

Melody hampir terjatuh jika Achille tidak menyambutnya.

"Kenapa ni Melody?" soal Achille dengan bimbang. Yang lain turut berasa bimbang. Kecuali para dewa.

"Dewa, boleh tak kita berehat dulu? Saya rasa Melody letih ni." ujar Gliria.

"Melody tak letih. Dia cuma berasa lemah apabila hampir sampai di tasik tu."

"Kenapa dia berasa lemah pulak?" soal Mike

Para dewa tidak menjawap soalan Mike dan hanya menyuruh Achille mendukung Melody. Mereka mula memulakan perjalanan mereka kembali.

Tak lama itu, mereka tiba di kawasan agak luas dan mempunyai bukit yang agak tinggi. Para dewa duduk di tebing kawasan itu.

"Kita dah sampai."

"Dah sampai? Tapi tak nampak satu pun tasik?" soal Gliria.

"Kita kena tunggu, tasik tu hanya akan keluar pada tengah malam. Selama 3 jam sahaja tasik tu timbul."

Achille dan yang lain mengangguk.

"Bagi Melody minum air di sana."

Achille memandang kelompak air yang berwarna hijau. Achille langsung menggeleng kepalanya tanda tak setuju.

"Air tu nampak pelik. Saya taknak bahayakan Melody."

"Tenang la..kalau kamu bagi dia minum air tu, dia akan sembuh."

Achille memandang Melody dan mula mengambil air untuk Melody. Setelah berjaya mengambil air itu, Achille terus berlari ke arah Melody dan mula menyuapkan air tersebut.
Cahaya hijau mula merembas keluar dari tubuh Melody dan membuatkan yang lain menutup mata kerana silau.

"Kenapa ni?"

Suara Melody membuatkan semua memandangnya.
"Akhirnya awak dah sedar, syukurlah." ujar Rose lantas memeluk Melody dengan kemas.

Melody tersenyum manis dan menggosok belakang Rose.

"Saya dah okay. Jangan risau."

"Syukur la kalau begitu, kita hanya perlu tunggu tengah malam."

Yang lain mengangguk setuju dan mendirikan khemah untuk berehat.

----

00.00 a.m

             Yang lain terbangun apabila Para dewa mengejutkan mereka dari tidur.

"Bangun budak. Tasik tu dah muncul."

Melody memandang tasik tersebut.
'Sangat indah.'
Itulah yang difikirkannya apabila melihat tasik itu.


(Tasik Galaxy)

"Mana ikannya?" soal Mike dengan pelik.

"Ikan? Kalau nak cari, masuk la dalam tasik tu."

Mereka memandang ke arah Dewa Ayum.

"Apesal kena masuk pulak? Kan dalam tu." ujar Daniel.

Para dewa mengeluh berat dan terus menolak The Fighter dan The Legendary ke dalam tasik tersebut.

"Arghhhhh!!"

-----

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top