Tak sedap hati

Di tempat yang sangat jauh dan gelap, terdapat seorang lelaki atau dikenali sebagai Raja Kegelapan memandang tajam ke arah utusannya kerana meganggu upacara makan daging manusia.

"Maaf jika saya meganggu Raja. Tapi saya ada khabar mengenai Naga White."

Setelah Raja Kegelapan mendengar kata² utusannya, serta merta mata yang sudah berwarna merah menjadi merah pekat.

"Aku tak sangka naga tu dah keluar, kat mana dia sekarang!" marah Raja Kegelapan.

"Naga tu sekarang ada di Kerajaan Element. Tapi naga tu tinggal dalam badan perempuan dan perempuan tu laagsung tidak ada ciri² Rainbow." ujar utusannya itu.

Dahi Raja Kegelapan berkerut seribu.

"Kau pasti ke perempuan tu bukan Rainbow? Kalau dia tu Rainbow macam mana?!"

"Saya yakin Raja, malah sangat yakin. Gadis tu bukan Rainbow kerana rambut dan matanya berwarna pink dan dia juga mempunyai satu element iaitu ais. Saya sudah selidik semasa dia berlawan dengan witch. Kalau Raja berperang sekarang pun buat rugi je sebab dia takkan muncul." terangnya.

Raja Kegelapan berasa murka.

"Jadi naga tu saja nak mainkan aku ke apa?!" marah Raja Kegelapan dengan geram sampai burung gagak yang ada terbang melarikan diri.

"Mungkin juga naga tu nak kelirukan kita dengan tinggal bersama orang lain atau mungkin dia hanya menumpang dalam badan perempuan tu untuk mencari Rainbow." terangnya lagi.

Raja Kegelapan mengangguk faham.

"Saya dapat tahu bahawa akan ada perlawanan naga di Fairy Academy nanti. Ada apa² yang patut saya buat?" soalnya.

Raja tersebut tersenyum sinis.

"Kau pergi kacau perlawanan tu dan bawa naga tu ke sini! Kalau boleh culik seseorang untuk jadikan tebusan. Kemungkinan Rainbow akan selamatkan tebusan tu dan kita akan umumkan peperangan!"

Utusannya mengangguk faham manakala Raja Kegelapan ketawa jahat.

"HAHAHAHAH!!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Melody termenung sendirian sampai Achille berasa pelik.

"Sayang? Awak okay tak?" soal Achille dengan lembut.

Melody mengangguk dan mula termenung lagi. Mereka hanya berdua saat ini, rakan mereka yang lain sudah dibuai mimpi.

"Cuba awak cakap, ada apa dalam hati dan fikiran awak tu?" soalnya lagi.
"Dalam hati dan fikiran saya hanya ada keluarga dan awak je." balas Melody dengan senyuman manis.

Achille membalas senyuman Melody.

"Pandai awak sekarang ye." ujar Achille sambil menggeleng kepalanya.

Melody memengang lengan Achille sambil menggoyangkannya.

"Achille, saya lapar la." ujar Melody dengan wajah sedih.
"Tak payah nak buat sangat muka macam tu. Saya ambilkan cupcake untuk awak. Tunggu tau."

Achille pergi ke kaunter untuk memesan pesanan. Melody memandang Achille yang masih memesan makanan lantas mengeluh berat.
















'Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?'

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top