Sungai

The Fighter berserta dengan Melody dan Rose masih lagi berjalan dalam hutan itu, mereka berjalan sudah melebihi 1 jam 30 minit tetapi masih tidak menjumpai sungai yang dikatakan oleh Fairy Flo.

"Kenapa tak nampak lagi sungai ni? Dah jauh kot kita berjalan." ujar Rose sambil mengeluh berat.

Melody tersenyum memandang Rose yang acah letih. Mereka takkan letih sebab sudah minum setitis penawar yang diberikan oleh Fairy Flo.

"Sabar la..kita jalan sedikit lagi. Saya dapat dengar bergemuruh seperti air terjun sebentar tadi. Itu tandanya kita sudah hampir sampai." ujar Mike dan dibalas anggukan dari Rose.

"Tu ke sungai yang dikatakan oleh Fairy Flo?" soal Daniel sambil menunjukkan ke arah aliran air yang agak jauh dari mereka.

Tersenyum kecil Achille melihat sungai yang dicari mereka.

"Betul la tu."

Selepas Achille berkata seperti itu, Daniel berlari ke arah sana dengan pantas.

"Eh? Tunggu la!" marah Rose lantas mengejar Daniel.

---

Mereka memandang sungai itu, ingatkan kecil je..rupanya besar nak mampus sungai tu.

"Macam mana kita nak menyeberang?" soal Rose sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Mereka memandang tepat ke arah sungai yang berwarna pink itu.

"Pelik sungai ni, warna pink. Fairy Flo cakap tadi, ada sejenis makhluk macam buaya. Tak sangka boleh hidup dalam air warna pink." ujar Melody dengan kening terangkat.

"Entah² makhluk tu warna pink tak?" gurau Daniel.

Mereka tergelak besar. Tetapi terhenti apabila mendengar suara.

"Kalian siapa?! Kenapa datang sini?!"

Mereka memandang ke arah sungai itu sekali lagi. Betapa terkejutnya mereka melihat makhluk itu. Makhluk itu berupa wajah buaya tetapi badan badak sumbu. Bayangkan sendiri. Besar dia 5 kali ganda lebih besar dari buaya tembaga. Tapi..

"Makhluk tu memang warna pink!!" jerit Rose. Tak sangka gurauan Daniel menjadi kenyataan.

Yang lain terdiam memandang makhluk besar itu. Patutlah sungai besar, rupanya tuan rumah besar.

"Ehem! Kami datang sini nak melintas sungai ini. Boleh berikan kami laluan?" soal Mike, sebagai wakil kepada mereka semua.

Makhluk itu ketawa sinis.

"Kalau kalian nak lalu, kalian kena jawab soalan aku dulu sebanyak 3 kali! Kalau kalian salah satu dari soalan aku, kalian akan aku makan!"

Bergedik geri mereka mendengar perkataan buaya berbadan badak sumbu itu kecuali Melody dan Achille.

"Baik! Kami setuju!" ujar Achille dan Melody serentak.

Terkejut rakan mereka mendengar perkataan Achille dan Melody.

"Psst! Korang berdua ni biar betul! Padahal kita boleh je nak gune kuasa!" marah Daniel perlahan.

Achille dan Melody menjeling Daniel.
"Lupa ke kita dekat mana sekarang? Nak saya ketuk kepala awak dengan muka dia ke?" soal Melody lantas menunjukkan ke arah 'buaya' tersebut.

Buaya itu memengang wajahnya apabila Melody menunjuk ke arahnya. Maybe dia ingat Melody nak pancung dia. Manakala Daniel menggeleng kepalanya dengan laju.

"Baik! Cepat la soalan tu." ujar Melody dengan percaya diri.

Daniel dan Rose berdoa supaya Melody dan Achille tak kalah nanti.

"Apa yang ada warnanya merah, kuning dan hijau? Dan ianya mempunyai sebatang kaki sahaja. Haa..apa dia? Cuba jawab!"

Melody berfikir keras manakala Achille hanya diam.

Mike, Daniel dan Rose berpandangan sesama sendiri.

"Tu soalan ke teka teki?" bisik Daniel.
"Dua- dua kot." jawab Mike.

"Lampu isyarat." jawapan Achille membuatkan yang lain gembira tetapi tidak Si Buaya itu.

"Tsk! Ni baru satu budak. Jangan nak bangga diri sangat. Soalan yang kedua adalah....Bunga apa warna hitam? Bunga tu hanya ada satu dalam dunia ni."

Yang lain pelik dengan soalan tersebut.

"Ada ke bunga warna hitam?" bisik Rose kepada Daniel.

"Entah la. Tak pernah dengar lagi." balas Daniel sambil menggaru keningnya.

"Haa..jawab la, ke nak mengaku kalah?"

Melody menjeling ke arah buaya giler + sombong tu.

"Black Flower!" ujar Melody dengan bersemangat.

"Betul.."

Rose menepuk tangannya kerana Melody berjaya menjawab soalan tu.

"Baiklah, soalan yang terakhir."

Mereka menanti soalan yang mendebarkan itu.
Ini menentukan hidup mati mereka.

"Soalannya ialah....


























...3+3= berapa?"

Mereka memandang datar ke arah buaya itu. Soalan yang langsung tidak menguatkan minda.

"Kenapa dia bagi soalan yang macam tu?" soal Mike dengan geram.

"Dah lama hidup agaknya buaya jadian ni." ujar Daniel.

"Haa! Jawab la! Semua haiwan di sini langsung tak boleh jawab soalan aku! Soalan ini yang paling susah di antara soalan lain!"

Melody dan Achille mengeluh berat.

"Jawapannya 6." jawab Melody dan Achille secara serentak.

Buaya itu memandang mereka lantas ketawa besar.

"Salah! Jawapannya ialah 7!"

"Jawapannya 6 la bongok!" marah Rose.

Buaya itu menjeling Rose, baru nak membalas tetapi terhenti apabila mendengar suara yang dia kenal.

"Betul la jawapan mereka tu buaya. Jawapan kau tu yang salah."

Mereka terkejut memandang seekor tupai yang sangat besar.

"Salah ke jawapan aku? Bukan 7 ke?"

"Jawapannya 6 la..dah la tu. Biarkan mereka menyeberang."

Tupai besar itu terus terbang ke dalam hutan semula.

"Jom..aku hantar kalian ke sana. Naik la atas badan aku ni."

Mereka dengan gembiranya naik ke atas badan buaya badak sumbu tu.

---

Gliria mengeluh berat. Dia terus memikirkan rakan-rakannya sejak dari tadi.

Tak lama selepas itu, seorang pengawal membuka pintu dan menghulurkan nasi goreng dan air mineral kepada Gliria.

"Nah, aku tahu kau belum makan. Maaf tau, ni je yang mampu aku bagi." ujarnya dengan kasihan memandang Gliria.

Gliria mengangguk.

"Terima kasih Toru. Ni pun dah cukup daripada nasi kosong." ujar Gliria lantas minum air mineral.

Pengawal itu mengangguk.
"Aku pergi dulu la ya. Aku takut nanti terbongkar pula aku bagi makanan ni dekat kau." ujar Toru.

Gliria mengangguk sambil tersenyum. Selepas itu, Toru pergi dari situ.

Sebenarnya, Toru adalah seorang pengawal kerajaan kegelepan. Walaupun dia berpihak pada kegelapan tapi dia juga ada rasa kasihan pada orang.

Gliria kenal Toru selepas Albert meninggalkannya semalam. Waktu tu, memanh Toru ditugaskan untuk menjaga Gliria, hari tu jela. Hari lain dia kena jaga istana.

Selepas Gliria makan, dia mengeluarkan kuasa tumbuhannya. Dia mengeluh berat kerana tumbuhannya tak banyak yang keluar sebab dia tak ada tenaga.

+++++++++++++++

Akhirnya! Berjaya update!! HAHAHHAHAAH  *ketawa mcm org x betul*

Ehem! Excited sgt..sorry..😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top