Star
Melody meletakkan bagasinya ke dalam bilik. Bilik besar yang didiami oleh The Legendary. Gliria dan Rose sudah sampai dari tadi dan sekarang tengah makan. Melody? Melody malas nak makan, dia nak cari bakal kakak ipar dia nanti.
---
Melody berjalan-jalan di akademi untuk mencari Magic Garden tetapi tidak dijumpainya. Dia ingin pergi ke sana kerana Star memang suka habiskan masa di situ.
Akhirnya, Melody menjumpai sebuah group lelaki yang sedang berbual di sebuah pokok.
Melody terus menegur mereka.
"Maafkan saya, di mana Magic Garden?" soal Melody.
Mereka memandang Melody seketika dan saling berpandangan.
"Pelajar dari Diamond Academy atau Werewolf Academy?" soal salah seorang dari mereka, yang berambut merah.
"Diamond Academy."
"Oh, kenapa nak cari Magic Garden? Dekat sana hanya orang tertentu sahaja boleh masuk." ujar lelaki berambut jingga.
"Saya nak jumpa Kak Star. Dia bakal kakak ipar saya." ujar Melody dengan senyuman dan menyebabkan tiga orang lelaki itu ter'suka'kannya.
"Wait, awak adik Andrew ye?" soal lelaki berambut merah yang tadi.
"Lama kita tak jumpa Andrew tu kan?" soal lelaki yang berambut ungu.
"Andrew makin sibuk nampaknya. Dia kan popular dan hebat. Star memang pandai pilih kekasih." ujar lelaki yang berambut jingga.
Melody hanya memandang mereka dengan pelik.
'Diorang kenal abang ke?'
"Er..mana tempatnya?" soal Melody dengan kening kanan terangkat.
Mereka memandang Melody.
"Ohh..sorry, kami teruja sekejap." mohonnya.
"Awak terus je jalan, lepas awak jumpa kolam ikan, awak pusing kiri. Awak pergi ke depan sikit, awak jumpa la magic garden." ujar lelaki berambut ungu.
Melody mengucapkan 'terima kasih' dan pergi ke Magic Garden yang ditunjukkan oleh mereka.
-skip-
Melody memandang papan tanda kayu yang bertulis...
' Welcome to Magic Garden'
Dah macam 'Welcome to Mobile Legend'. Hahaha.
Melody masuk ke dalam taman itu dan matanya ternampak satu bunga yang sangat cantik yang berjaya menarik perhatiannya. Korang bayangkan bunga itu bercahaya, berkilauan dan berwarna putih jernih seperti ais. Bunga itu terletak di tepi bunga ros kuning.
Melody ingin menyentuh bunga itu tetapi dihalang oleh seseorang.
"Jangan sentuh. Bunga itu cantik tapi berbahaya."
Melody memandang ke belakangnya dan terkejut memandang 'gerangan' itu.
"Kak Star!" Panggil Melody lantas memeluk kemas bakal kakak iparnya.
Star hanya ketawa kecil dengan sikap manja Melody.
"Tak berubah Melody ye. Mama dan papa sihat?" soal Star.
"Sihat. Mereka ajak Kak Star datang rumah bila kak ada masa." ujar Melody dengan ceria.
Star mengangguk faham dan memandang bunga jernih itu semula buat seketika.
"Seperti yang kak cakap tadi, bunga itu cantik tapi berbahaya." ujar Star lantas memandang wajah bersih Melody.
Melody pelik dengan kenyataan Star.
"Melody tak faham la kak, ada juga bunga yang macam tu?" soal Melody dengan tanda tanya.
Star tersenyum dan mengangguk.
"Dah tentu ada. Mari kita duduk di situ dulu." ajak Star lantas duduk di kerusi berserta dengan Melody.
"Bunga tadi namanya Hurt Flower. Bunga itu sangat cantik kerana berjaya menarik ramai orang. Tetapi, ia juga berbahaya kerana apabila orang cuba mengambilnya, bunga itu akan membunuh mangsanya hanya dalam 3 saat." ujar Star.
Terkejut Melody memdengarnya.
"Tapi bunga tu nampak biasa je? Macam mana ia nak bunuh?" soal Melody.
"Duri. Duri Hurt Flower lebih tajam dan 2x ganda besar dari duri bunga ros. Duri itu tidak nampak dengan mata kasar kerana duri itu halimunan. Duri tu hanya akan nampak apabila sudah terkena pada sesuatu benda atau seseorang." ujar Star dengan lembut.
"Habis kenapa tanam juga bunga berbahaya macam tu? Kan boleh menyebabkan orang lain cedera." ujar Melody dengan bimbang.
Star tersenyum mesra.
"Sebab bunga itu spesis yang sudah musnah. Hanya itu yang tinggal. Dan sebab itulah Magic Garden ni hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk." terang Star.
Melody mengangguk faham dan memandang bunga bunga yang lain. Dan lagi, mata Melody ternampak bunga berwarna hitam.
"Tu bunga apa? Kenapa berwarna hitam? soal Melody pelik.
Star memandang ke arah bunga yang ditunjukkan oleh Melody.
"Oh, tu Black Flower. Bunga tu hanya terdapat di dalam gunung berapi. Pihak garden yang ambil Black Flower hampir cedera sebab ada naga penjaga Black Flower di sana." terang Star lagi.
"Wah. Macam² sejarah yang ada pada bunga." ujar Melody dengan gembira.
Star mengangguk setuju. Daa akhirnya, terlintas sesuatu di fikiran Star.
"Andrew mana?" soal Star
"Abang? Entah la. Melody tak perasan dia pergi mana. Rindu ehh." goda Melody dengan senyuman nakal.
Merah muka Star apabila digoda oleh bakal adik iparnya.
"Siapa yang tak rindu kekasih." ujar Seseorang di belakang Star.
Star dan Melody memandang Andrew dan Achille.
"Sayang, maaf tau baru dapat datang ke sini.Banyak sangat latihan dekat akademi." mohon Andrew.
"Tak pe. Saya faham la. Tu siapa?" soal Star sambil menunjukkan jarinya kepada Achille.
"Ni Achille, kekasih Melody. Bakal adik ipar kita." ujar Andrew sambil menepuk bahu Achille.
Achille menunduk hormat kepada Star. Star hanya tersenyum.
"Melody tak cakap pun yang Melody dah ada kekasih." ujar Star lantas mengerling nakal ke arah Melody.
Melody hanya tersenyum kaku.
"Kak Star tak tanya pun." balas Melody.
"Sayang² sekalian, jom kita pergi makan? Tengah lapar ni." ujar Andrew lantas memengang tangan Melody dan Star dan menarik mereka keluar disertai oleh Achille yang turut ditarik oleh Melody.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top