Sejarah

Hey! Miss me? No one miss me actually..😂😂😂
.
.
.
.
.
.
.
"Wey! Apesal awak tak pergi latihan semalam?" soal Gliria selepas masuk ke kelas.

             Dahi Melody berkerut apabila mendengar soalan Gliria.

"Ada apa semalam?" soalnya. Gliria dan Rose menepuk dahinya.
"Semalam kan ada latihan naga. Kenapa tak datang?" soal Rose pula.

Terkejut beruk Melody apabila mendengar soalan maut itu.

"Alamak! Saya tak ingat la." ujar Melody sambil gigit kuku.
"Tak pe. Mujur Prof.Xian tu baik tau." ujar Rose.
"Dan awak akan berpasangan dengan Achille masa latihan nanti. Kesian dia sorang²." terang Gliria.

Melody mengeluh berat.

"Bila latihan tu?"
"Malam ni. Jangan lupa lagi tau." pesan Gliria dan dibalas anggukan oleh Melody.

                 Tak lama itu, Profesor perempuan datang ke kelas dengan senyuman manisnya.

"Okay kelas! Saya adalah profesor yang akan mengajar sejarah pada kamu semua. Kalian boleh panggil saya Prof.Sha." ujar Prof.Sha sambil menekan butang merah di mejanya.

                 Serta merta kelas menjadi gelap dan muncul gambaran² kerajaan Witch yang terapung di depan kelas. Semua pelajar terpegun termasuk Melody. Mana taknya gambar tersebut bergerak macam real.

"Baiklah, seperti yang kalian lihat di hadapan, kerajaan ini adalah kerajaan Witch. Kerajaan yang agak kecil.Kerajaan ini sangat terkenal sehingga ke kerajaan kita disebabkan para Witch yang sangat baik hati dan pemurah." ujar Prof.Sha.

                   Seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya.

"Apa kena mengena kerajaan Witch dengan kerajaan kita?" soalnya.

Prof.Sha tersenyum lembut.

"Begini kisahnya, sebenarnya Raja kita yang dahulunya adalah seorang putera telah jatuh cinta pada seorang gadis di kerajaan Witch. Gadia itu sangat cantik dan baik hati. Kamu semua mesti dah kenal kan. Siapa lagi kalau bukan Permaisuri kita." ujarnya dan mengalihkan layaran itu kepada gambaran peperangan antara Witch dan Element.

                   Melody diam dan memberi sepenuh perhatian pada pelajaran ini..Dia perlu mengetahui banyak benda lagi sebelum tiba masanya.

"Waktu itu, tengah hujan lebat dan sekumpulan Witch dengan Element melakukan peperangan dengan serius. Satu demi satu yang mati dibunuh. Raja kita habis habisan membunuh para Witch kerana tujuannya hanya satu."

                  Semua pelajar terdiam dan kelu kata² apabila melihat layaran seterusnya. Layaran itu adalah gambaran seorang perempuan cantik yang sedang menangis di sebuah bilik bawah tanah sambil memeluk gambar keluarganya.

"Inilah tujuan Raja kita yang sebenar. Selepas Raja kita dapat tahu Witch bertindak kasar membunuh para Witch berdarah suci. Para element dan Raja kita mengambil keputusan untuk menyerang para Witch yang kejam."

"Kenapa para Witch membunuh para Witch berdarah suci?" soal Gliria.

Prof.Sha senyum sedih.

"Sebab darah." Kata² Prof.Sha membuatkan Melody terbungkam.

"Darah Witch berdarah suci sangat sesuai untuk meluaskan lagi kuasa kegelapan." jawap Prof.Sha dengan tenang.

"Kuasa Kegelapan? Ada lagi ke sampai sekarang?" soal Rose pula.
"Ada sampai sekarang. Malah ramai pengikut mereka." balas Prof.Sha.
"Sambung cerita tadi Prof.Sha." Prof.Sha mengangguk faham.

"Selepas para Witch yang kejam tu larikan diri. Raja kita mencari Permaisuri dan akhirnya ketemu. Raja kita terus membawa permaisuri ke istana dan melamarnya. Setelah baginda berkahwin, baginda dikurniakan sepasang anak kembar perempuan. Seorang yang mempunyai kuasa kegelapan dan seorang lagi mempunyai kuasa cahaya. Walaupun begitu, baginda tetap menyayangi mereka.Puteri² itu bagai langit dan bumi. Puteri Amber, sang kakak kegelapan telah menjadi ketua di kerajaan kegelapan dan Puteri Ammy, sang adik tenat sakit. Raja dan Permaisuri sudah membayar doktor untuk merawat  Puteri Ammy tapi langsung tidak berjaya." terang Prof.Sha dengan oanjang lebar.

"Habis lepas tu, Puteri Ammy meninggal ke?" soal seorang perempuan.

"Tak lagi. Tapi puteri Ammy sangat menderita. Akhirnya setelah hujan, muncullah pelangi yang sangat indah. Puteri Ammy mengambil peluang itu untuk membuat Diamond Rainbow dan Diamond Light di hadapan Raja dan Permaisuri. Sebelum dia meninggal, dia meletakkan sepenuhnya kuasa Light di dalam Diamond Light dan begitu juga dengan Diamond Rainbow. Dan dia berkata kepada Raja dan Permaisuri-"

Prof.Sha berhenti bercakap dan menekan butang biru bagi mendengar suara Puteri Ammy.

"Di dalam diamond Rainbow mempunyai pelbagai element yang mampu memusnahkan dunia manakala diamond Light ini adalah sepenuhnya kuasa anakanda. Maafkan anakanda jika anakanda tidak mewarisi takhta ayahanda dan bonda tapi ingat la bahawa akan ada pelindung dan penyerang yang akan mengalahkan Amber. Mereka yang akan menggantikan anakanda nanti. Selepas Ammy pergi, kedua dua Diamond ini juga akan turut menghilang kepada orang yang terpilih..."

                     Selepas itu Prof.Sha menekan semula butang biru supaya tidak mendengar suara² yang lain kerana waktu itu adalah perkara kematian Puteri Ammy.

Semua pelajar sedih termasuk Melody. Melody sekrang tahu tanggungjawab dia dan abangnya sangat berat kerana mereka perlu melindungi semua orang walaupun mengadaikan nyawa.

'Aku akan tetap melindungi mereka. Dan aku janji pada Puteri yang saya akan mengalahkan Puteri Amber walaupun nyawa tergadai.' desis hati Melody.

"Habis tu kedua dua Diamond tu pergi ke siapa?" soal Gliria.

"Tak ada sesiapa tahu, yang tahu adalah diri yang terpilih. Entah lelaki atau perempuan. Tapi kamu semua tahu bahawa selagi orang² terpilih tidak munculkan diri, jadi tidak akan ada peperangan." ujar Prof.Sha.

"Habis tu, Takkan kerajaan kegelapan tak buat apa²?" soal gadis yang duduk di belakang Melody.
"Mereka pun macam kita juga. Ada yang bekerja, ada yang belajar dan mungkin juga ada yang telah buat persiapan untuk peperangan akan datang untuk menghancurkan kita semua sedikit demi sedikit bila orang² terplih iu muncul." jawap Prof.Sha sambil buat² ketawa jahat.

"Tak kelakar Prof.Sha." ujar Melody dengan datar.

Seluruh kelas turut memandang kosong dan datar ke arah Prof.Sha yang sedang ketawa malu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top