Rainbow Fish
"Arghhhh!!"
"Hey, dah la jerit tu." tegur Achille dengan tenang. Melody hanya menahan ketawa melihat wajah rakan-rakannya menahan malu.
"Ki-kita kat mana ni?" soal Gliria sambil memandang tempat tersebut.
"Kita masih berada di dunia, tapi dunia ni terbalik. Cuba tengok atas tu." Melody menunjukkan ke atas.
Mereka memandang ke atas dan terkejut melihat dunia mereka dari atas berserta dengan para dewa yang sedang menunggu mereka.
"Waktu di dunia kita malam, dan di sini pula siang. Saya rasa kita kena cari ikan tu di dunia ni. Jom." ajak Melody lantas berjalan ke hadapan disertai oleh Achille.
Sepanjang mereka berjalan, terdapat pelbagai warna pari pari kecil.
"Hey!! Siapakah kalian? Beraninya menjejakkan kaki ke dunia kami!" marah seorang pari pari kecil yang berwarna emas yang mengetuai semua pari pari itu.
Terkaku mereka melihat pari pari kecil, sebesar jari telunjuk mereka sahaja.
"Comelnya~" ujar Rose lantas menangkap pari pari tersebut.
"Woi! Lepaskan aku la! Aku ni ketua!" marah Pari pari tersebut.
Yang lain hanya memandang sadis pari ppri itu apabila melihat sayap pari pari tu hampir keguguran.
"Jangan kacau ketua kami!!" marah sekumpulan pari pari yang lain.
"Ada apa ni? Siapakah kalian?"
(Ratu pari-pari)
Apabila mendengar soalan dari seseorang yang agak berumur, Rose melepaskan pari pari kecil itu.
"Ratu, mereka adalah manusia yang beraninya melangkah kaki ke dunia ini." terang ketua pari pari.
Ratu itu memandang tenang ke arah mereka dan tersenyum lembut.
"Kemari lah anak muda, ikut beta. Beta tahu apa yang dicari oleh kalian."
Mereka mula mengikuti langkah Ratu pari pari. Sebelum itu, Rose memengang kembali ketua pari pari itu dan mengikuti kawan kawannya di belakang.
Ketua pari pari itu pasrah apabila dipegang oleh Rose. Nak lepaskan diri memang sayap dia yang akan tercabut.
----
Mereka telah sampai ke detinasi yang dicari.
"Ini adalah tasik Galaxy yang sebenar. Ikan itu akan muncul jika hati kalian semua betul² ikhlas untuk mengubah duniamu."
Ratu itu memandang The Fighter dan The Legendary.
"Kamu semua nak tahu tak sejarah ikan itu?"
Mereka hanya mengangguk.
"Nama sebenar ikan itu adalah Rainbow Fish. Namanya sama seperti Rainbow yang akan menyelamatkan dunia kalian sebab sejarah mengatakan bahawa ikan itu adalah nyawa Rainbow. Lebih tepatnya, nyawa kedua Rainbow. Jika ikan itu mati, Rainbow akan lupa ingatan dan hanya akan membunuh musuhnya, malah.."
Ratu itu memandang tasik itu dengan sayu.
"Menghancurkan seluruh dunia kalian dan juga dunia kami.
Melody mengangguk faham dan memandang rakan rakannya yang juga nampak serius.
"Silalah duduk di hadapan tasik itu anak muda."
Yang lain memandang Melody manakala Melody menunjukkan dirinya sendiri.
"Sa-saya?"
"Ya, kamu anak muda. Silalah."
Melody mengangguk faham dan mula duduk di hadapan tasik itu. Melody memejamkan mata untuk membuatkan ikan itu timbul dengan kebaikan hatinya.
Tak lama itu, badan Melody mula bercahaya emas.
"Kenapa dengan Melody?" soal Achille.
"Jangan bimbang, dia tengah berkomunikasi dengan ikan itu."
Yang lain mengangguk faham dengan situasi tersebut dan mula memandang Melody.
"Untuk apa kamu mencari kami anak muda?"
Melody membuka matanya dan memandang dua ekor ikan yang tengah berenang di pusaran magik galaxy.
"Kami ingin menyelamatkan kalian dari kegelapan dan juga untuk mengetahui siapakah Rainbow dan Golden Protect." jelas Melody.
"Bukankah kamu adalah Rainbow? Kenapa masih ingin mengetahuinya?"
"Mereka tidak tahu saya adalah Rainbow. Saya meeyembunyikan diri ini agar Raja Kegelapan tidak melakukan peperangan."
"Hatimu sangat suci murni anak muda. Baiklah, jika begitu. Kami akan mengikuti kalian semua."
Tak lama itu, cahaya emas semakin hilang dan Melody membuka matanya secara perlahan lahan. Yang lain menunggu ikan itu dengan debaran.
"Tahniah anak muda..Ikan itu sudah muncul."
Mereka memandang dua ekor ikan yang sedang berenang. Gliria dan Rose memeluk Melody kerana berjaya membuatkan ikan itu setuju mengikuti mereka.
"Sudah tiba masanya kalian pulang ke dunia kalian."
Mereka mengangguk faham dan meletakkan ikan itu dalam aquarium(?) kecil yang telah disediakan.
Ratu Pari-pari menteleport mereka ke atas semula.
---
"Mereka dah pulang ketua."
Para dewa menyambut kepulangan mereka.
"Ingatkan tak jumpa jalan pulang."
Daniel menjeling ke arah Dewa Jun. Entah kenapa dia rasa jengkel dengan dewa tu. Dia berharap, lepas ni dia takkan jumpa lagi dengan dewa Jun.
"Maaf jika kami lama..Ada kekacauan sedikit." ujar Melody.
Para dewa mengangguk faham.
"Setelah kalian masuk ke dalam tasik itu tadi, kami telah berbincang."
"Berbincang?"
"Ya..Dewa Ray dan Dewa Jun akan mengikuti kalian pulang. Ini juga untuk keselamatan kalian."
"What?!"
Jangan salah sangka, yang menjerit itu tidak lain melainkan Daniel.
"Ada masalah ke?"
Suara berat Ketua Dewa itu membuatkan Daniel sedikit takut. Nak atau tak nak, dia harus terima juga.
"Tak ada apa-apa." balas Daniel dengan murung.
"Ketua yakin ke?"
"Kan kita dah bincang hal ini tadi? Jangan risaukan saya, saya akan jaga hutan ini. Lagipun masih ramai puak kita."
"Habis tu? Takkan dewa nak muncul seperti ini? Kan tak pasal² kena tangkap free." ujar Gliria.
"Kami akan bertukar menjadi manusia."
Semua excited apabila Dewa Jun berkata seperti itu. Memang tak sabar nak lihat wajah mereka.
(Dewa Jun)
(Dewa Ray)
Terkejut mereka melihat dewa itu.
"Pelik ke?"
"Tak pelik pun, Dewa Jun dan Dewa Ray seorang yang kacak." ujar Rose.
Melody dan Gliria hanya mengangguk, Tanpa sedar membuatkan kekasih mereka cemburu.
"Dah lupa kami ke apa?" soal Mike
Gliria ketawa kecil.
"Comelnya awak cemburu. Apa la awak ni, dengan dewa pun nak cemburu." ujar Gliria.
"Entah, macam budak²." sambung Rose.
Melody hanya menggeleng kepalanya.
"Cukup la mengusik tu." tegur Melody. Gliria dan Rose hanya ketawa besar melihat kekasih mereka cemberut.
"Tak ku sangka Dewa Jun lelaki rupanya." ujar Daniel.
"Kau ingat aku perempuan? Di sini dewa semuanya lelaki."
Daniel dan Dewa Jun saling menjeling.
"Dah la tu. Jun, awak akan tinggal bersama Achille, saya akan tinggal bersama Melody."
Terkejut Achille mendengar penyataan itu tetapi dikawal riak wajahnya. Dia 'agak' cemburu jika ada lelaki dekat dengan Melody kecuali Andrew. Biarlah dewa skalipun. Melody hanya tetap miliknya.
Melody yang perasan perubahan aura Achille hanya mengeluh.
'Harap² nanti semuanya baik.' desis hati Melody.
"Saya akan teleport kalian semua ke akademi. Semoga berjaya yang 'terpilih'.
Mereka agak pelik dengan ayat Dewa Ayum
kecuali Melody, Dewa Jun dan Dewa Ray.
Terus mereka hilang sekelip mata.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top