Posesif Andrew
"Tahniah! Kalian telah berjaya membawa pulang Rainbow Fish." ujar Pengetua dengan teruja.
( Pengetua )
*Jangan ditanya kenapa dia nampak muda.
Pengetua memandang dua lelaki asing di belakang The Fighter dan The Legendary.
"Siapa mereka berdua?" soalnya.
"Oh, mereka yang tolong kami cari Rainbow Fish." ujar Achille dengan tenang.
"Mereka banyak membantu kami." sambung Melody dan diangguk setuju dari yang lain.
Pengetua mengangguk faham.
"Jadi, siapa nama kalian berdua?" soalnya lagi.
Ray dan Jun menunduk hormat kepada Pengetua Diamond Academy.
"Saya Ray tuan."
"Saya pula Jun."
"Baiklah! Jika begitu, kalian akan bersekolah di sini mulai hari ini sebagai ucapan terima kasih dari saya kerana membantu mencari Rainbow Fish. Segala keperluan pihak akademi yang usahakan. Ada bantahan?" soal Pengetua.
Yang lain menggeleng kepala tanda 'tiada'.
"Good. Jadi, kalian boleh rehat dulu. Esok kita akan mulakan perasmian Rainbow Fish." ujar Pengetua sambil menyalurkan energi magik galaxy kepada ikan tersebut.
Rainbow Fish berenang pantas tanda menyukai magik galaxy dari Pengetua.
"Bagus la Rainbow Fish selesa di sini." ujar Ray dengan prihatin.
Pengetua mengangguk setuju sambil tersenyum.
"Kami minta diri dulu Pengetua." ujar Achille bagi pihak mereka.
"Baiklah."
Setelah itu, mereka keluar dan berpandangan sesama sendiri.
"Dewa Ray-"
"Jangan panggil saya Dewa, panggil Ray sahaja. Begitu juga dengan Jun. Nanti orang lain berfikiran pelik." tegur Dewa Ray kepada Gliria.
Gliria mengangguk faham.
"Kan tadi Ray cakap yang Ray akan ikut Melody, jadi Ray betul² akan pulang dengan Melody ke?" soal Gliria dengan pelik.
Ray hanya mengangguk mengiakan soalan Gliria.
"Jun pun begitu?" soal Rose.
"Hmm."
Mereka memandang Melody.
"Awak tak kisah ke Melody?" soal Gliria.
"Saya tak kisah tapi saya kena tanya abang saya dulu." jelas Melody sambil mendail nombor abangnya.
Achille pula berdoa agar Andrew tidak mengizinkan Ray tinggal demgan mereka.
Melody menekan speaker supaya yang lain boleh dengar ucapan Andrew.
"Ye sayang? Kenapa call abang? Melody ada masalah ke?"
"Abang. Melody nak minta izin boleh?"
"Minta izin? Apanya?"
"Er..ada sorang kawan Melody nak tumpang tinggal dengan kita buat sementara boleh tak?"
Andrew terdiam seketika apabila mendengar soalan Melody.
"Boy or Girl?"
"Boy-"
"NO! A big N.O"
Jeritan Andrew menyebabkan mereka menutup telinganya. Kuat giler dia jerit.
"Jangan la jerit abang. Melody hanya tanyalah." Kalau tak boleh tak pe."
"Abang bukan apa sayang. Abang taknak lelaki lain dekat dengan adik kesayangan abang kecuali bakal adik ipar abang."
"Okay². Melody faham abang." pasrahnya.
"Bagus la kalau begitu. Adik kat mana tu?"
"Akademi la, mana lagi."
"WHAT?!!"
Lagi sekali mereka perlu menutup telinga mereka kerana jeritan Andrew.
"Kenapa tak bagitau abang yang adik dah balik? Geramnya dengan adik ni, Kalau abang tahu yang adik dah balik, abang-"
Melody terus menutup panggilan tersebut. Yang lain menahan ketawa melihat wajah cemberut Melody. Melody menghela nafas beratnya.
"Sorry Ray, nampaknya abang saya tak bagi. Dia tu agak posesif sikit. Maafkan dia tau." ujar Melody dengan bersalah.
"Tak pa..Lagipun saya boleh tinggal dengan The Fighter dan Jun." ujar Ray dengan senyuman mesranya.
The Legendary mengangguk setuju termasuk Mike dan Achille. Suka la tu Dewa Ray tak dekat dengan Melody. Kalau Daniel, dia dah cemberut dari awal tadi kerana Dewa Jun akan mengganggu ketenteramannya nanti.
------
Just intro my baby😂
👆
Arnab tu namanya adalah Bunny.😂
Dan dia tu betina. Dia tu suka tidur dari makan. Ad hri tu, sis cri dia sbb tiba² dia x ade. Cri² rupanya dia tgh tidur dalam almari, almari terbuka mase tu. Sejuk kot kt situ.
Ni pulak namanya Chimchim😂
Dia tu jantan. Dia sangat aktif dan kuat makan. Ada hri tu, sis nak ambil dia sbb nk ajak main, tapi dia lari, terus sis kejar. Nak jadi critenya sis trjatuh mase nk ambil dia, laju sgt die lari.
*Ada lagi 2 pasang arnab, namanya Jhope, Suga, Rapmon dan J(Jin). Tpi kecik lagi, so..nanti la ye sye prkenalkan.😂😂
Jangan tanya kenapa nama haiwan kesayangan sis semuanya bts..sbb sis suka bts..😉
*V? V tu nama kucing kesayangan sis.😂😂 Nk ambil gmbar dia, tapi dia tak duduk diam. Asyik nk main je kerja. Sis berjalan ke makan ke dia asyik gigit kaki sis..😂
Dah V tu betina.
Ok..that's all..😂😂 Tq..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top