Posesif Achille

        Perlawanan antara Werewolf Academy dan Fairy Academy berlangsung dengan sempurna semalam. Pemenangnya adalah Werewolf Academy. Mereka menepati janji mereka kepada The Legendary. The Legendary gembira kerana Werewolf Academy menang, walaupun hanya menang tipis.

        Dan hari ini adalah hari di mana semua sibuk dengan majlis tari menari yang akan berlangsung tak lama lagi. Ada yang memilih pasangan, ada yang memilih pakaian dan ada juga yang memikirkan cara untuk memenangi pertandingan 'Pasangan Paling Romantik' pada tahun ini.

         Yup! Mereka membuat pertandingan itu untuk menarik perhatian semua orang. Dan ia berjaya kerana ramai yang ingin memenangi hadiah misteri tersebut termasuk The Legendary.

"Saya nak menang! Saya nak hadiah tu!" ujar Rose dengan gembira.

"Nak menang?" soal Gliria.
Rose mengangguk.

Gliria tersenyum nakal.
"Jangan harap! Saya yang akan menang. Saya akan menari dengan Mike dan akan membuat korang terpukau!" ujar Gliria sambil menari seorang diri.

         Rose menjeling ke arah Gliria manakala Melody tersenyum lucu memandang mereka berdua.

"Kalau nak menang, kalian mesti menari dengan penuh cinta."

        Mereka bertiga memandang gerangan tersebut.
Melody tersenyum manis kepada Star dan Andrew.

"Maksud senior?" soal Gliria.

Star tersenyum mesra.
"Kalau kalian ingin menang, kalian mesti menari dengan penuh cinta. Kalian mesti menari dalam satu degupan jantung. Masing² perlu merasa cinta yang kuat." terang Star dengan lemah lembut.

Andrew memandang Melody.
"Sayang mesti berpasa--hmpphh!"

        Melody menutup mulut Andrew sambil memandang tajam ke arah abang 'tersayang'nya.

"Abang lupa ke Melody suruh rahsiakan hubungan kami?" bisik Melody dengan geram.

        Andrew mengangguk faham. Melody melepas tangannya dan tersenyum manis kepada yang lain.

        Gliria dan Rose mengangkat bahu mereka tanda 'tak kisah'. Selama ini, Melody memang selalu pelik dengan mereka.

"Jadi, apa patut kami buat?" soal Rose pula.

        Soalan Rose membuatkan Star tersenyum mesra.

"Pertama sekali, korang mesti memakai gaun yang cantik supaya berjaya menarik perhatian ramai orang. Kalian boleh buat gaun di bilik peribadi akak. Malam nanti kita pergi." terang Star.

         The Legendary hanya mengangguk faham dengan cadangan Star.

"Tapi kan? Abang dan Kak Star mesti menang nanti. Abang dan Kak Star pasangan yang sepadan kan?" soal Melody.

         Star dan Andrew hanya ketawa kecil dengan soalan Melody.

"Kami tak masuk tahun ni, Kami akan jadi juri untuk kalian semua. Kalau kalian ingin hadiah, kalian mesti memenangi pertandingan itu dahulu." ujar Andrew.

"Apa hadiahnya?" soal Gliria.

"Rahsia. Menang dulu, baru tahu." ujar Star.

       Andrew mengajak Star dan Melody ke dewan untuk melihat persiapan majlis nanti, tapi ditolak lembut oleh Melody. Akhirnya, mereka pergi berdua sahaja.

"Mereka pasangan yang sepadan. Sama matang sama baik." puji Rose.

'Matang? Abang tak matang langsung. Depan Kak Star je tu.' kutuk Melody dalam hati.

"Mereka tu adalah pasangan popular di akademi ni." ujar Melody.

"Seriusly!!" jerit Gliria dan Rose serentak dan dibalas anggukan oleh Melody.

---

       Melody ingin menjamu selera memandangkan tiada orang di cafe waktu ini. Baru je cheese cake ingin masuk ke mulutnya, seseorang trlah memanggilnya.

"Melody!"

       Melody memandang gerangan yang mengganggu upacara makannya.

"Achille?"

        Achille duduk di hadapan Melody lantas makan cheese cake yang dipegang oleh Melody. Melody? Hanya tersenyum memandang kekasihnya.

"Bukankah awak tak suka makan makanan manis?" soal Melody dengan pelik.
"Memang pun. Tapi kalau dengan sayang, saya makan je." ujar Achille dengan senyuman.

         Well, Achille hanya tersenyum pada Melody. Dengan orang lain susah nak senyum. Sama mahal harga senyumannya dengan Andrew.

"Sayang.."

         Suara serak basah Achille membuatkan Melody merinding. Melody memandang tepat ke dalam mata Achille.

"Will you be my partner?" soal Achille sambil memengang tangan Melody dengan lembut.

         Melody tersenyum manis. Mukanya sudah merah menahan malu. Baru sahaja Melody ingin menjawab--

"Melody!!"

          Mereka memandang Ketua Werewolf yang berlari ke arah Melody. Serta merta Achille menguatkan lagi pegangan tangannya dan Melody sambil menatap tajam ke arah Ketua Werrwolf.

          Ketua Werewolf juga tak kalah tajam menatap Achille. Bagaikan ada petir di tengah² mata mereka.

"Er..korang?"

          Panggilan Melody membuatkan mereka tersedar. Mereka berdua memandang Melody secara serentak.

"Melody, sudi tak awak jadi pasangan saya nanti?" soal Ketua Werewolf sambil tersenyum.

         Achille memandang sinis ke arah Ketua Werewolf manakala Melody terpaku di tempatnya.

         Melody membalas genggaman Achille. Achille memandang Melody yang seperti meminta bantuannya.

"Maaf. Tapi, Melody sudah menjadi pasangan aku. Kau terlambat 31 saat. Cari la orang lain." perli Achille.

         Ketua Werewolf kembali menjeling tajam ke arah Achille.

"Tapi tak salah pun kalau Melody pilih saya. Nanti kita boleh share kan? Melody boleh menari dengn saya dulu baru dengan lelaki ini." cadangnya dengan lembut.

Melody hanya menggeleng perlahan.

"Maaf. Tapi saya tak boleh sebab--"
"Sebab aku ni kekasih Melody. Kau siapa nak ambil 'hak' aku?" soal Achille dengan geram.

Kening Ketua Werewolf terangkat sebelah.
"Betul ke Melody?" soalnya.

Melody tersenyum mesra dan mengangguk.
"Tapi kalau awak nak menari dengan saya. Awak boleh tanya abang saya." ujar Melody dengan lembut.

         Berbinar mata Ketua Werewolf apabila mendengar kata Melody. Untuk seketika Achille memandang Melody dengan terkejut tetapi apabila berfikir semula dia tak kisah sebab tahu sangat perangai Andrew.

"Betul ke?"
"Ya. Abang saya nama Andrew, dia ada bersama dengan kekasihnya, Star di Taman Fairy."

"Goodluck." ujar Achille dengan senyuman sinisnya.

         Ketua Werewolf tersenyum sinis dan pergi ke taman Fairy untuk meminta izin Andrew.

"Dia memang berani ambil risiko." ujar Melody lantas menggeleng kepalanya.

Achille ketawa kecil.
"Pasti dia takkan berani dekat lagi dengan sayang lepas ni. Tapi....."

        Melody memandang Achille dengan tanda tanya.

"Tapi apa?" soal Melody.

        Achille mendekatkan dirinya pada Melody dan tersenyum manis dan itu berjaya membuatkan Melody merona hebat.

"Sayang nak kan? Jadi pasangan babe untuk majlis tari menari nanti?" soal Achille.

"Dah tentu la saya nak." balas Melody dengan gembira.

        Achille mula menghapuskan jarak mereka setelah Melody menerimanya. Melody yang mula terkejut dengan ciuman Achille secara tiba² mula memejamkan matanya.

---

       Andrew memandang datar ke arah Ketua Werewolf yang berada di hadapannya. Star pula menyambung kerjanya iaitu menyembuh pokok. Sesekali memandang ke arah mereka yang sedang berbincang.

"Kenapa datang sini?" soal Andrew.

        Yela, tengah syok² tolong kekasihnya tadi, ada orang kacau.

"Saya nak minta izin boleh?" soalnya.

         Terangkat kening kanan Andrew mendengar soalan Ketua Werewolf.

'Apa benda la dia nak...'

"Nak minta izin untuk apa?" soal Andrew semula.

"Sebenarnya saya nak minta izin supaya boleh menari dengan Melody untuk majlis tari menari nanti. Boleh?" soal Ketua Werewolf.

Serta merta Andrew terdiam.

"Bukankah Melody sudah ada kekasihnya? Kenapa kau nak menari dengan adik aku pula?" soal Andrew lantas mengeluh.

Ketua Werewolf tersenyum kaku.

"Melody yang cakap dekat saya supaya minta izin pada senior." terangnya.

       Andrew memandang datar ke arah Ketua Werewolf.

"Oh..kekasih dia jawab apa?" soal Andrew sambil duduk di kerusi. Letih berdiri lama.

"Dia tak beri saya menari dengan Melody." ujarnya dengan sedih.

Andrew tersenyum sinis dalam diam.

"Kalau itu jawapan adik ipar aku, tu juga jawapan aku. Dah la, jangan kacau Melody lagi. Dia tu ada tanggungjawab yang besar." ujar Andrew lantas menepuk bahu Ketua Werewolf.

Ketua Werewolf mengangguk faham. Dia kena hormati keputusan itu. Akhirnya dia pergi ke dorm semula.

Star dan Andrew saling berpandangan.

"Kesian dia. Saya rasa dia sangat sukakan Melody." ujar Star.

"Biarkan jela dia tu. Melody dah jadi milik Achille. Lagipun, saya hanya percayakan Achille sorang sahaja."

       Star mengangguk faham dan setuju dengan kata² Andrew.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top