Pertemuan Semula ( End )
Pejam celik pejam celik, rupanya sudah tiga tahun mereka belajar di Diamond Academy tanpa Melody. Dan sekarang sudah masuk musim sejuk a.k.a salji.
Dan tahun ini adalah tahun terakhir mereka belajar di sana. Tiga tahun bukan masa yang pendek. Mereka belajar, berlawanan dan berlatih dengan perasaan ganjal dan rindu dekat Melody.
Pasal hubungan Achille dan Melody, semua sudah mengetahuinya setelah Achille menjelaskannya secara terperinci. Junior perempuan itu berasa bersalah kerana pernah katakan yang dia suka dekat Achille depan muka Melody sendiri. Dan tak sangka semua orang menyokong hubungan mereka. Tapi apakan daya mereka tak dapat bersama.
Seperti saat ini, Achille termenung di katilnya. Dia juga makin dingin dengan orang. Hatinya tertutup untuk orang lain. Hatinya hanya ada pada Melody. Dia masih tak percaya bahawa Melody meninggalkannya seorang diri. Padahal dia sudah berniat mahu menikahi Melody setelah habis peperangan.
Tapi nampaknya impiannya tak tercapai. Walaupun begitu, dia selalu berharap yang Melody ada di sisinya kembali. Lamunannya terganggu apabila mendengar ketukan di pintu biliknya.
"Tuan Muda Achille, sudah tiba masanya untuk ke akademi." ujar salah seorang pembantu rumahnya.
Achille hanya berdeham. Dia bangun dan keluar dari biliknya. Untuk pengetahuan semua, dia tidak tinggal lagi dekat dorm bersama kawan²nya disebabkan keluarganya menyerahkan rumah agam ini kepadanya. Sayang la kalau tak guna.
-skip-
Sepanjang Achille berjalan masuk ke akademi, ramai yang terpegun dengannya. Siapa yang tak terpegun, Achille dah la kacak, kaya dan kuat. Tapi sayang, hati dia sudah tertutup.
Sedang asyik berjalan, Achille terlanggar seorang gadis yang berhoodie kelabu.
"Maaf." ujar gadis itu lantas meninggalkan Achille.
Achille pula terpaku mendengar suara gadis itu.
'Suara tu macam..'
Achille hanya memandang gadis itu dari jauh. Jantung Achille berdebar kencang setelah mendengar suara gadis itu.
'Kenapa dengan jantung aku ni?'
---
Ring!!!
Bunyi loceng telah menandakan kelas bermula.
Tapi semua tak ada dalam kelas. Sebab apa? Sebab semua pelajar ada di War Hall. Untuk apa? Untuk melihat perlawanan la.
Walaupun musim sejuk dan ada salji yang turun, itu tidak menghalang mereka untuk berlawan.
Semua peserta berada tengah gelanggang. Mereka ada sesi berkenalan dahulu sebelum memulakan perlawanan antara kita kumpulan.
"Baiklah, seperti yang kita nantikan.Di garisan merah adalah The Fighter!! Yang bermula dari Mike, Daniel dan Ketua mereka adalah Achille!"
Sorakan pelajar perempuan kuat kedengaran di sebelah kanan.
"Di garisan ungu pula, The Protect! Mereka sengaja datang lagi tapi kali ini untuk berlawan secara suka². Di sana terdapat Nill, Zack dan Golden Protect iaitu Andrew!!"
Sorakan pelajar perempuan dan lelaki kedengaran kuat bergema. Hero ada di sana, gembiralah. Bukan senang nak jumpa The Protect sekarang ni sebab mereka sibuk dengan Kerajaan.
Semenjak Andrew dijadikan Raja, kedua dua rakannya menjadi orang kanan Andrew. Dan mereka memang banyak misi untuk dilakukan.
"Dan garisan pink itu pula adalah The Legendary. Mereka terdiri daripada Gliria, Rose dan-- Sorry.."
Semua yang ada di situ menunduk sedih. Bukan sekali mereka sebegini, setiap perlawanan mesti jadi begini. Ingatan mereka kepada Melody sangat kukuh.
"Baiklah. Sekarang mari kita mulakan perlawanan!!"
---
"Tak mungkin...betul ke apa yang dikatakan oleh buku ni?" soal Ray.
"Buku ni adalah buku sejarah Kerajaan Knight yang sudah pupus beribu tahun yang lalu. Buku ni adalah bukti dimana 'dia' akan muncul semula." ujar Jun
"Kalau begitu, kita kena bagitau yang lain."
---
Gliria dan Rose tersenyum bangga melihat The Fighter memenangi perlawanan ini. Sepatutnya The Protect yang memenanginya, tapi Andrew malas nak berlawan. Andrew menggunakan pelindung emasnya untuk melindunginya sendiri. Hanya Nill dan Zack yang bertarung.
"Korang memang terbaik!" ujar Rose sambil trsenyum manis.
"Memang la sebab tak ada Raja Andrew.. Kalau Raja Andrew berlawan, memang kami akan kalah seperti perlawanan² yang lepas." ujar Daniel sambil memeluk bahu kekasihnya.
"KORANG!!"
Jeritan kuat dari Ray membuatkan mereka berpaling ke belakang. Mereka melihat Ray dan Jun berlari dengan gelisah sambil Ray menunjukkan buku lama.
"Ada hal apa kali ni Ray?" soal Andrew.
"Hah..Aku dapat tahu yang..hah..yang...hah..." Ray tak dapat bercakap kerana lelah sangat berlari.
Jun mengambil buku lama itu dan berkata...
"Kami terjumpa buku sejarah milik Kerajaan Knight." ujar Jun.
"Kerajaan Knight? Kerajaan yang dah lama pupus tu ke?" soal Nill
"Ya..kami dapat tahu yang 'dia' akan muncul semula." ujar Jun.
Mereka terkejut besar apabila mendengar kata² Jun.
"What?! 'Dia' tu Albert ke?! Bukankah dia sudah dihapuskan?!" soal Gliria dengan panik.
Ray dan Jun menggeleng kepalanya dengan laju.
"Bukan la! 'Dia' tu adalah Melody!!" jerit Ray dengan geram.
Mereka berlapan di situ terbungkam mendengar kata² Ray. Lagi² Achille dan Andrew.
"Habis apa buku tu katakan?!" soal Andrew dan Achille serentak.
"Buku ini mengatakan bahawa apabila 'yang terpilih' tu sudah tiada. Dia akan muncul semula selepas 2 tahun. Tapi akan ada perubahan iaitu rambut dan matanya. Aura, kuasa, suara dan bentuk badan itu takkan hilang. Ingatan dia *bahagian yang koyak*"
"Tu la apa yang terkandung dalam sejarah pahlawan, bahagian yang selebihnya terkoyak. Mungkin sebab buku ni dah lama sebab tu mudah terkoyak. Tapi, Sekarang ni dah 3 tahun, jadi bermakna Melody sudah ada." ujar Jun.
Achille terdiam.
"Jadi gadis tadi--"
Yang lain memandang Achille.
"Kenapa?" soal Rose.
"Abang..takkan la gadis yang saya langar tadi tu--" Achille memandang Andrew yang membulatkan matanya.
Achille terus berlari entah ke mana. Yang lain ingin mengikuti Achille tetapi ditahan oleh Andrew.
"Kenapa Raja tahan kami?" soal Mike.
"Biarkan Achille yang urus sendiri. Dia tahu apa yang dia lakukan." ujar Andrew dengan senyuman.
---
Seorang gadis berhoodie kelabu berjalan santai di taman akademi.
Di sebalik hoodienya, dia tersenyum manis.
Sampailah seorang lelaki yang sangat dia rindukan memanggil nama penuhnya.
"MELODY ROSELL!!"
Gadis itu hanya terdiam.
"Siapa awak?" soalnya kepada Achille.
"Jangan nak berpura-pura hilang ingatan Melody! Awak tahu tak yang saya sangat rindukan awak! Awak buat saya hampir gila!" ujar Achille sambil memeluk erat gadis itu.
Tak lama itu, gadis itu tersenyum dan membalas pelukan Achille.
"Tak sangka awak kenal saya lagi..Achille." ujarnya lantas membuka hoodienya.
Melody tersenyum ke arah Achille. Achille menangis kerana gembira Melody ada di hadapannya.
Dia kembali memeluk Melody di taman yang dipenuhi salji Ya, betul apa yang dikatakan dalam sejarah knight itu, Melody memang berubah. Matanya telah bertukar menjadi warna biru gelap dan rambutnya bertukar kepada warna silver.
Bagi Achille ianya sangat cantik dan sesuai dengan Melody.
"I love you sayang. Please dont leave me again." ujar Achille yang masih lagi memeluk Melody.
"Me too Achille and I promise.." balasnya.
---
Masa terlalu cepat, dan sekarang semua jemputan telah memasuki sebuah dewan besar untuk meraikan perkahwinan Andrew dan Star.
Melody memeluk erat Star setelah menjadi isteri kepada Andrew sekaligus kakak iparnya.
"Kak Star rindu sangat dekat Melody. Lain kali jangan korbankan diri lagi." ujar Star dengan lembut.
"Ya..Melody janji kak Star. Haish! Semua pesan benda sama." ngeluh Melody dengan ketawa kecil.
"Tu tandanya semua orang sayangkan Melody. Kami taknak kejadian dulu terjadi lagi. Mujur Achille tak berniat bunuh diri masa tu." ujar Gliria.
Melody mengangguk dan tersenyum manakala Achille memandang datar ke arah Gliria. Untuk pengetahuan readers, Achille dan Melody sudah bertunangan. Tak lama lagi mereka akan berkahwin.
Andrew memeluk erat adiknya dari belakang.
"Abang betul² rindukan adik.." ujar Andrew dengan sedih.
Melody menjeling Andrew yang manja.
"Abang ni pun. Dah ke beribu kali abang sebut benda sama." tegur Melody.
"Yah! Melody senyap la!" ujar Andrew dengan muncung.
"Awak tak payah buat mulut macam tu..menggelikan la." usik Star.
"Sayang~~!"
Yang lain ketawa melihat kemanjaan Andrew dengan Star.
Dalam ketawa mereka, Achille diam² mengautkan tangannya dan tangan Melody.
"Let's dance?"
"Okay.."
Mereka menari dengan gembira bersama pasangan lain.
Senyuman Achille dan Melody tak pernah luntur semasa mereka menari.
"You know what? Saya kunci pintu hati saya hanya untuk yang layak. Dan yang layak tu adalah awak, Melody. Awak pemengang kunci hati saya. I love you forever." bisik Achille di telinga Melody.
Melody tersenyum malu.
"And you know what? Dalam hati saya hanya ada keluarga saya, dan ada awak. Tapi awaklah pemengang kunci utama hati saya. Takkan ada yang lain boleh buka hati saya selain awak. And I love you too forever." balas Melody.
Mereka berpelukan setelah itu. Siapa sangka setelah 3 tahun penantian Achille tak sia². Orang yang diharapkannya ahirnya ada di sisinya.
Happy Ending..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top