Perlawanan Naga 2
Setiap peserta berlawan dengan bersungguh sungguh. Setakat ini, Diamond Academy lebih maju daripada Fairy Academy.
____________________________________
Fairy Academy - 800 markah
Diamond Academy - 900 markah
_____________________________________
Tetapi disebabkan ada peserta dari Diamond Academy mengaku kalah disebabkan naganya cadera, Markah Fairy Academy dan Diamond Academy menjadi sama.
_____________________________________
Fairy Academy - 900 markah
Diamond Academy - 900 markah
______________________________________
Baiklah! Peserta terakhir yang akan berlawan adalah GG dari Fairy Academy dan The Legendary dari Diamond Academy!"
Sorakan kuat dari seluruh penonton termasuk Werewolf Academy. Werewolf turut memberi sokongan kepada idola mereka.
"Peserta kali ini akan menentukan keputusan pada hari ini!! Siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah. Jadi!! Dengan tidak membuang masa, saya akan perkenalkan peserta berikut." ujar Pengacara.
"Ketua GG adalah Key. Ahlinya adalah Rain dan Sky. Ketua The Legendary adalah Melody, ahlinya ialah Gliria dan Rose. Perlawanan ini sangat menarik pada pandangan saya kerana perempuan akan berlawan dengan lelaki. Kita boleh tengok siapa yang paling kuat!" sambung Pengacara itu lagi.
(A/N tak letih ke mulutnya bercakap..😩)
Penonton juga bersetuju dengan Pengacara yang banyak cakap tu.
Key memandang ahlinya yang turut memandangnya. Lantas, mereka pergi ke arah The Legendary.
"Hai Saya Key." ujar lelaki berambut hijau.
"Saya Rain."
"Saya Sky, gembira bertemu dengan kalian." ujar Sky dengan kenyitan mata.
Melody hanya memandang datar ke arah mereka manakala Rose membuat muka jijik dan Gliria hanya mengangguk.
"Mana satu ke-"
"JANGAN DEKAT DENGAN THE LEGENDARY! MEREKA MILIK THE FIGHTER!"
Jeritan kuat dari Werewolf Academy apabila melihat GG cuba untuk mengorat The Legendary.
The Legendary menahan ketawa manakala GG hanya menjeling Werewolf.
-Situasi Lain-
"Kali ni aku berterima kasih kepada Werewolf." ujar Mike.
Daniel hanya mengangguk bersama dengan Achille.
"Baiklah! Cukup sesi perkenalan! Sekarang mari kita mulakan perlawanan!!" jerit Pengacara itu dengan kuat.
"Oh, mereka dah nak mula." ujar Daniel.
The Fighter memandang skrin di ruang rehat untuk melihat perlawanan itu.
---
Key tersenyum kepada Melody lantas mengeluarkan naga berwarna jingga disertai oleh ahlinya.
Gliria dan Rose turut mengeluarkan naga mereka. Hanya Melody yang tidak buat sebegitu. Tahu² jela.
"Kenapa tak keluarkan naga?" soal Key dengan pelik.
Melody hanya tersenyum kecil.
"Kalau saya keluarkan, nanti kami akan menang sekelip mata. Tak seronok la kalau begitu." ujar Melody.
Terdengar seperti sombong, tetapi itulah kenyataannya. Walaupun semua orang tak kenal warna naga White sebenar, tetap sahaja dia malas.
"Jenny!! Go!!" arah Rose dengan kuat.
Naga Rose pergi menyerang ke arah GG. GG yang tak sempat bersedia terus terjatuh atas tanah.
"Kami belum bersedia la!!" marah Rain.
Rose menjeling Rain dengan tajam.
"Macam mana nak bersedia kalau tak fokus! Nak berlawan, buat cara nak berlawan. Bukan menggatal!" marah Rose.
Rain mendengus geram.
"Baiklah, playboy² sekalian. Mari kita mulakan perlawanan ini." ujar Gliria.
GG tersenyum dan mula mengarahkan naga mereka untuk menyerang The Legendary.
Naga Gliria dan Rose menghalang naga GG dengan menggunakan kuku panjangnya.
Naga mereka saling bertarung antara satu sama lain kecuali naga Key. Key yang perasan Melody hanya diam tanpa berlawan terus tersenyum sinis.
"Serang dia!!"
Naga Key terus meluru ke arah Melody yang hanya memandang datar ke arah Key. Gliria dan Rose terkejut dengan serangan tiba² dari Key.
"Melody! Lari!!" jerit Gliria dengan kuat.
Melody hanya diam manakala Naga Key sudah membuka mulut untuk mengeluarkan api. Gliria dan Rose menutup matanya dengan erat sambil terisak.
---
"Aduhhh..kenapa mereka tinggal Melody seorang diri?" soal Mike dengan pelik.
Achille pula tak senang duduk melihat keadaan Melody yang hanya diam tanpa membuat apa².
'Kenapa dia tak keluarkan naga lagi?' soal hatinya dengan geram.
"Pss..ada orang risau la.." ujar Daniel kepada Mike. Walaupun perlahan tetapi masih didengari oleh Achille.
Achille menjeling tajam ke arah Daniel.
"Kalau suka, baik cakap. Jangan dipendam." saran Mike.
'Masalahnya, Melody memang dah jadi milik aku kawanku tersayang.' desis hatinya.
Mereka menyambung melihat perlawanan tersebut.
"Kenapa Melody tak lari?!" jerit Daniel dengan kalut.
Terbuntang mata Achille melihat Melody dalam bahaya. Dia terus bangun untuk menolong Melidy tetapi membeku apabila mendengar jeritan Daniel sekali lagi.
"Melody dah keluarkan naga!!"
---
Gliria dan Rose membuka matanya apabila tidak mendengar apa². Terkejut mereka malahan semua orang melihat seekor naga hijau yang gagah perkasa terbang di hadapan Melody.
Yang paling terkejutnya apabila melihat naga GG seperti menunduk hormat kepada Naga Melody. Melody hanya beriaksi biasa.
"Woah!! Sungguh mengejutkan!! Naga GG seperti menghormati naga Melody!!" jerit Pengacara itu dengan bersungguh-sungguh.
"Sekarang." arah Melody.
Naga White terus meluru ke arah Naga GG dan mengatakan sesuatu yang semua orang tidak boleh dengar.
"Rahsiakan perkara ini." - White
"Baiklah."
Melody terus menaiki atas badan Naga White dan tersenyum sinis kepada GG.
"Sekarang, nak mengaku kalah atau tak?" soal Melody.
GG memandang naga mereka yang langsung tidak bergerak dan hanya menunduk. Key mengeram kesal dan memandang Melody dengan tajam.
"Kita lawan berdua." cabar Key lantas meluru ke arah Melody.
Melody hanya menaikkan keningnya dan menghela nafas beratnya.
Key terus mengeluarkan sihir tanahnya dan menyerang Melody tetapi tidak berjaya kerana Melody telah membekukan tangannya serta kakinya.
"Ini bukan perlawanan kita. Ini perlawanan naga. Maaf." ujar Melody dengan datar.
Gliria dan Rose tersenyum mesra kepada Melody.
Rain dan Sky pergi ke arah Leadernya dan mencairkan ais tersebut.
"Baiklah. Sa-saya mengaku kalah." ujar Key lantas mengibarkan bendera putih.
Sorakan kuat dari penonton kerana The Legendary brjaya memenangi perlawanan ini terutamanya Werewolf Academy.
"Sungguh tak disangka!! Jadi, ini bermakna--"
"Warghhhhhhhh!!!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top