Peperangan Terakhir
Mereka saling memandang tajam dan mula mengeluarkan kuasa mereka.
"Aku seru kuasa kegelapan aku!!"
Albert menghidupkan kuasa kegelapannya dengan pantas dan mempoint ke semua arah. Badannya bercahaya hitam untuk mengeluarkan kuasa hitamnya.
Dengan itu juga Melody membalas serangan Rainbownya.
"Kalian serang dia! Jangan bagi dia keluarkan kuasa tu! Cepat!!" arah Melody.
Setiap guardiannya menyerang Albert, Albert terus berundur dengan pantas.
"Tsk! Kau ni kan!"
Albert terus menyerang Melody dengan kuasa bayangannya. Dia mengeluarkan tangan bayang dan mengikat tangan dan kaki Melody.
Melody hampir terjatuh jika dia tidak pandai mengawal keadaan sayapnya.
"Hmpph! Lemah." ujar Melody lantas menghilangkan tangan bayang itu dengan mudah.
Terbuntang mata Albert melihat kejadian itu.
"Ma--macam mana kau boleh--"
"Boleh buang tangan bayang kau tu? Dah lupa ke siapa aku?" soal Melody dengan menekankan perkataan 'siapa aku'.
Albert menggigit bibirnya dengan geram.
"Kau!!!"
Albert menjerit kuat dan itu berjaya menyebabkan seluruh kerajaan element musnah kerana teriakkannya yang terlalu kuat. Melody tak sangka Albert ada kuasa bunyi yang kuat.
Melody menutup telinganya dengan geram.
'Sial!! Kenapa aku tak tahu dia ada kuasa bunyi?!' desis hati Melody dengan geram.
Albert ingin menyerang Melody lagi tetapi dirinya dikepung oleh guardian² Melody.
"Aku rasa aku perlu tamatkan kau secepatnya Albert. Kau dah banyak buat kerosakan." ujar Melody dengan datar.
Albert tersenyum sinis.
"Langkah mayat aku dulu!!"
Melody menaikkan keningnya sambil tersenyum misteri.
"Nak langkah la ni."
Jawapan Melody membuatkan Albert terdiam. Tak lama itu, dia tersenyum sinis.
"Kau jangan lupa pulak, bukan aku seorang yang akan mati, kau pun akan mati juga. Dah lupa dengan kuasa kau tu?" soal Albert sambil ketawa jahat.
Berubah wajah Melody apabila mendengar kata² Albert.
"Aku tahu..Dan aku tak pernah lupa." ujar Melody dengan perlahan.
Albert dan Melody sekali lagi berpandangan sebelum Melody menutup matanya sambil membaca matra yang pelik.
Mulut Melody berkumat kumit membaca matra, Manakala Albert ingin menyerang balas Melody tetapi terhenti apabila dia muntah darah yang berwarna biru.
"Ap--apa yang ka--kau laku--kan!!" marah Albert.
Melody membuka matanya. Melody memandang datar ke arah Albert.
"Kau..perlu lenyap. Guardians!!"
Para Guardians mula menyerang ke arah Albert yang sudah lemah. Albert diserang dengan parah dan sadis. Badan Albert terluka dalam kerana para guardians menyerangnya tanpa henti.
Setelah itu, Albert terjatuh ke tanah. Matanya sudah hampir tertutup. Melody turun ke bawah dan menutup mata Albert.
Dan disitulah juga Albert telah mati. Mayat Albert terapung ke udara dan menjadi abu².
Melody memandang di sekelilingnya. Dia nampak mayat orang² yang tak bersalah.
Dia memandang ke belakang. Dia nampak ada yang menangis dalam pelindung emas milik Andrew kerana keluarga atau kawan² mereka sudah tiada di dunia ini lagi.
Melody membalikkan semula badannya ke hadapan. Hatinya sangat dan terlalu sakit untuk melihat kesedihan semua orang sekarang ini.
---
Andrew tersenyum melihat Melody berjaya kalahkan Albert walaupun dibantu oleh oara guardians.
Semua orang bersorak gembira kerana kejayaan itu dan ada yang menangis pilu melihat keluarga, kekasih dan kawan² mereka yang telah mati kerana dibunuh oleh puak kegelapan.
"Kita dah menang!!"
"Puak kegelapan sudah tak ada lagi!"
"Kenapa ayah sanggup berperang?! kenapa ayah?"
"Kakak, bangun la, adik sayang kakak..jangan tinggalkan adik..hikkss.."
"TOLONGLAH KEMBALIKAN SUAMI SAYA SEMULA!"
Pelbagai rintihan dan kata² yang dikeluarkan oleh semua orang.
Andrew menutup matanya, setelah itu semua pelindung emasnya hilang sekelip mata.
The Fighter dan The Legendary saling berpelukan bersama dengan Star kecuali Andrew.
"Andrew?" panggil Star.
Mereka memandang ke arah pandangan Andrew. Mereka melihat Melody yang sedang bercahaya emas.
"Melody..kenapa.."
Andrew terdiam mematung di tempatnya. Air matanya mengalir sambil melihat Melody.
-situasi Melody-
Melody memejamkan matanya setelah melihat rintihan orang² di sana. Air matanya jatuh di pipi.
Melody telah membuat keputusan untuk menyembuhkan segalanya.
Dia membuka matanya dan seluruh matanya bercahaya emas bahkan badannya turut bercahaya emas.
Melody terapung di udara.
"Saya Melody Rosell menyerahkan seluruh tenaga dan nyawa saya untuk dunia ini--"
"MELODY!!"
Jeritan Andrew tidak membuatnya berhenti.
"Tolong sembuhkan seluruhnya."
Setelah Melody berbicara seperti itu, kuasa penyembuhnya yang berwarna emas mengelilingi seluruh dunia.
Langit yang gelap bertukar menjadi cerah. Bunga² dan pokok² yang mati hidup segar semula. Rumah² yang hancur dan hangus terbakar turut menjadi asal semula. Orang² dan pengawal² istana kecuali puak kegelapan yang mati telah dihidupkan semula.
Semua kehidupan yang bernyawa dan tidak bernyawa telahpun dipulihkan. Tak ada yang tertinggal.
"Semuanya sudah kembali ke asal!!"
"Terima kasih Rainbow Girl!"
"Abah!! Syukurlah!"
"Kakak jangan tinggalkan adik lagi.."
"Abang!!"
Cahaya emas pada badan Melody hilang secara perlahan-lahan. Melody membuka matanya.
Melody tidak rasa apa² pun, tapi beberapa saat itu, jantungnya terasa amat sakit. Tapi dikawal riak wajahnya supaya tidak nampak apa².
"Melody!!" panggil Andrew.
Melody berpaling ke belakang dan tersenyum kepada Andrew.
Dia nampak Andrew berlari ke arahnya lantas memeluknya.
Dia akui abangnya nampak lagi kacak apabila berambut dan bermata emas.
"Mujur la adik abang tak apa². Tak ada rasa sakit kan?" soal Andrew dengan bimbang.
Melody tersenyum. Dirinya berasa lemah untuk bersuara. Tetapi digigihkan juga.
Dia tahu semua orang risaukannya. Tapi dia buat tak tahu.
"Abang..panggilkan Achille." ujar Melody dengan senyuman.
Andrew mengangguk dan memanggil Achille. Achille dengan pantas pergi ke arah mereka berdua.
"Melody, tolong la jangan buat saya bimbang lagi lepas ni." ujar Achille dengan lembut.
'Entah saya boleh bertahan ke tak lagi lepas ni..Maaf Achille..' bisik hati Melody.
Melody hanya tersenyum kepada Andrew dan Achille.
Melody mengambil tangan kanan Andrew dan tangan kanan Achille dan meletakkan di kedua pipinya.
"Boleh tak..Melody nak dengar 'terima kasih' dari abang dan Achille?" soal Melody dengan perlahan.
Andrew dan Achille pelik dengan Melody tetapi dilakukannya apa yang disuruh oleh kesayangan mereka.
"Terima kasih adik.."
"Terima kasih Melody.."
Melody tersenyum lagi.
"Tolong cakap serentak boleh?" pinta Melody.
Hati mereka tiba² tidak sedap hati. Tetapi ditepisnya.
"Terima kasih sayang." Ujar Andrew dan Achille serentak.
Melody tersenyum manis. Air matanya terus gugur.
"Sama². Sekarang boleh la adik pergi dengan tenang.."
Perkataan Melody membuatkan mereka terbungkam.
"Apa maksud adik? Adik kan okay sekarang ni?" soal Andrew dengan kalut.
Achille terlalu terkejut sampailah dia menitis air matanya.
Mereka semua nampak perubahan Melody sedikit demi sedikit.
Dari kaki, badan dan muka Melody hampir hilang. Melody terapung di udara. Achille terus mengejar kekasihnya sambil terisak.
"MELODY! JANGAN PERGI !! SAYA MOHON!! SAYA CINTAKAN AWAK!"
Melody tersenyum manis dan berkata..
"Saya pun cintakan awak.."
Setelah itu, Melody hilang dan hanya berterbangkan bulu² sayapnya.
Semua yang menjadi saksi perpisahan antara sepasang kekasih dan adik beradik itu turut menangis.
"Kenapa?!! Kenapa semua ni terjadi?!!!" marah
Achille dengan tangisannya.
Semua memandang iba ke arahnya. Achille betul² kacau.
Dia melepaskan kuasa halilintar di sekelilingnya tanda ia marah dan sedih.
Andrew pergi ke arah Achille dan menenangkannya.
"Tenang la Achille. Achille tetap adik abang.." ujar Andrew sambil menepuk bahu Achille.
Achille masih lagi menangis teresak esak.
"Sakit abang..Hati Achille sangat sakit."
Mike dan Daniel berlari ke arah Achille yang sedih.
"Aku tak tahu apa yang terjadi tapi..tenang la. Kau tak boleh jadi lemah macam ni." ujar Mike.
"Betul tu ketua! Kalau Melody nampak kau macam ni, mesti dia sedih. Tolong la." pesan Daniel.
Achille mengendahkan kata² kawan² nya. Hatinya terlalu sakit untuk menerima kenyataan ini. Rasanya baru semalam dia berjumpa dengan Melody dan sekarang harus berpisah.
+++++++++++
Okay..Sis tanya..
Korang nak sad ending ke Happy ending?
Saya bagi pilihan khas utk korang...
Maybe lepas ni saya update esk pulak sebb nk ulangkaji hari ini.
😝😝
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top