Peperangan Sebenar 4
"BOOM!!"
Andrew tersenyum sinis apabila terdengar boom untuk kali ke-2.
"Kau ingat boom kau tu berkesan ke dekat pelindung aku?" soal Andrew dengan sinis.
Albert ketawa jahat.
"Oh..aku saja je nak testing. Mana tahu kan pelindung kau tu lemah. By the way..mana Rainbow Girl? Rindu pulak dekat dia." ujar Albert dengan senyuman sinis.
Andrew hanya diam.
"Kau memang buta. Dia ada je padahal dekat sini." balas Andrew dengan tak kalah sinis.
Albert memandang tajam ke arah Andrew apabila Andrew bermain 'panas' dengannya.
"By the way, aku tak sangka kau dah buat perlindungan di seluruh kerajaan. Tak sangka kau ni boleh tahan bijak jugak, ingatkan bodoh." ujar Albert.
"Kau diam la mangkuk!" marah Gliria.
Albert memandang tajam ke arah Gliria yang menyibuk halnya. Kemudian matanya memandang ke arah Raja Element.
"Wah..Lama tak berjumpa pembunuh." Albert menekankan perkataan pembunuh itu.
Raja menggeleng kepalanya.
"Albert, tolong la sedar. Jadilah baik seperti dulu, kita boleh mulakan dari awal." pujuk Raja.
Albert memandang sinis ke arah Raja.
"Apa? Aku tak salah dengar ke ni? Kau suruh aku jadi baik selepas nampak kau bunuh bonda aku depan mata aku sendiri!! Suka hati kau je suruh aku jadi baik dan mulakan dari awal?!" marah Albert.
Melody memerhati tingkah Albert di bawah sana. Dia bersiap sedia sebelum Albert mengamuk menjadi teruk. Ya walaupun hatinya tengah berdegup kencang sekarang ini.
"Albert! Bonda kau kena bunuh sebab dia tak mengaku ayah dirinya sendiri! Dalam undang² ada mengatakan seperti tu!" balas Mike.
Albert mengangkat kening sebelahnya dan tersenyum sinis.
"Dia tu Raja kan? Kenapa nak ikut undang² pula?! Ubah jela undang² tak berguna tu! Lagipun sanggup orang tua tu bunuh bonda aku, padahal tu anak dia sendiri, darah daging dia sendiri! Kenapa nak ikut undang²? Beri jela apa yang bonda aku nak!" marah Albert sambil melemparkan kuasa gelapnya pada pelindung emas itu.
Pelindung emas itu berubah menjadi hitam tetapi sesaat selepas itu, berubah menjadi emas kembali.
Star memengang tangan Andrew sejak dari tadi. Dia betul² berasa agak takut. Star asyik memikirkan keselamatan Melody di luar sana.
"Hentikan Albert."
Suara merdu itu membuatkan Albert menghentikan serangannya. Semua orang memandang Melody yang berada di atas.
Albert tersenyum sinis. Akhirnya dia ketawa besar.
"Woah..tak sangka kau baru muncul. Kenapa lama sangat? Aku jadi rindu dekat kau." ujar Albert dengan 'baik' dan suaranya menjadi menyeramkan ketika itu juga.
"Kau jangan buat macam² dekat dia!" marah Achille.
Andrew menghalang Achille daripada menyerang Albert.
"Jangan. Albert bukan tandingan kamu."
Ungkapan Andrew yang normal dari biasa membuatkan Achille terdiam.
"Kenapa? Takut? Jangan risau, kekasih cantik kau tu hanya nak bermain seketika sebelum pergi dari dunia ni." balas Albert.
Semua terkejut mendengar kata² Albert. Mereka terkejut apabila mendengar Albert bercakap tentang 'kekasih'.
Gliria, Rose, Mike dan Daniel memandang tepat ke arah Achille yang mengetap gigi.
"Kau--kau dengan Melody tu--"
"Kau diam sebelum aku cincang kau!" marah Achille kepada Daniel.
Dia tak ada mood nak bahas mengenai itu.
Manakala Daniel menelan air liur kesat. Takut dengan perubahan ketuanya.
Berbalik kepada Melody, Albert mula mengeluarkan kuasa kegelapan dan menyerang Melody tetapi berjaya ditempis olehnya.
"Woah..pandai kau elak ya?" puji Albert.
"Terima kasih."
"Kenapa tak turun je? Lagi seronok bila semua orang boleh nampak kematian kau nanti." ujarnya dengan sinis.
Melody tersenyum misteri.
"Aku memang nak turun pun. Tapi..aku rasa yang lain akan saksikan kematian kau." ujar Melody dengan mata yang menatap tajam ke arah Albert.
Melody turun ke bawah dan mula membuka sayapnya.Tapi, betapa terkejutnya semua orang apabila sayap sebenar Melody keluar.
"Siapa sebenarnya Melody?" soal Rose dengan pelik.
"Sayap..dia lain sangat..Dan sangat cantik." ujar Star dengan perlahan
Andrew menghela nafasnya dan memejamkan matanya dan berdoa supaya adik tersayangnya selamat dan berjaya memenangi perlawanan ini.
Kembali ke Melody, Albert tersenyum sinis untuk yang keseribu kalinya.
"Taknak keluarkan harta berharga kau ke?"
soal Albert.
Melody menaikkan keningnya.
"Harta? Oh! Kau maksudkan yang ni ke?" soal Melody lantas mengeluarkan Naga White.
"Berubah sekarang!!"
White terus berubah kepada bentuk dan warna asalnya setelah Melody menyerunya.
( Naga White )
Lagi sekali, semua orang terkejut besar.
"Tu Naga White?! Orang yang berjaya menukar naga White kepada asal adalah--"
"RAINBOW GIRL!!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top