Peperangan Sebenar 2
Penguasa Element dan Fairy mula mengeluarkan naga mereka dan mula menyerang puak kegelapan yang sudah semakin menghampiri.
Manakala puak werewolf bertukar menjadi serigala dan menyerang pengawal² istana kegelapan dengan cakaran kuku panjang dan gigi tajam mereka termasuk vampire.
Pelbagai jenis pertumpahan darah terjadi, ada yang tembus kepala, putus kepala, badan berlubang dan hancur. Memang tipulah kalau puak element dan puak yang lain tidak cedera parah. Pengawal² istana Element ada yang turut mati.
Disebabkan naga puak kegelapan bersama dengan tuan mereka, penguasa Element dan Fairy turut menunggang naga mereka dan menyerang balas naga milik kegelapan.
Sebenarnya, mereka semua hanya menyerang puak terkuat kegelapan dan semua pengawal² istana kegelapan, Albert belum datang untuk menyerang.Walaupun begitu, bilangan mereka sangat ramai. Mencecah puluhan ribu.
Rose dan Gliria mengeluarkan kuasa mereka dan menyerang pengawal² istana yang lebih besar dari mereka sampai terbelah dua. Tetapi apabila mereka terserempak dengan Toru, mereka hanya berpampasan, pura² tidak nampak. Kawan, nak buat macam mana. Takkan nak bunuh jugak.
Leader of The Fighter, Achille dengan geramnya mengeluarkan pedang halilintar level 4 yang berwarna merah dan menyerang balas orang terkuat kegelapan kerana mencederakan tangan kirinya. Achille memotong kepala orang tersebut dengan pedang halilintarnya dan berjaya mendapat pandangan ngeri dari Mike.
"Ganasnya kau."
Achille menjeling Mike.
"Jangan cakap dekat aku je. Kau tengok Daniel tu."
Mike memandang Daniel yang menggunakan pedang angin dan memotong bahagian pengawal² istana sampai hancur. Darah dan daging melekat di seluar Daniel.
"Uishh! Tu lagi ganas." ujar Mike dan mula menyambung membunuh puak kegelapan.
Para dewa pula, Ray dan Jun menggunakan kemahiran mereka untuk berperang kerana Melody belum lagi menukarkan mereka ke bentuk asal.
Tanpa mereka semua sedar, Andrew dan Melody hanya diam dan memerhati mereka yang sedang bertarung bersungguh sungguh. Andrew ternampak seorang puak kegelapan ingin menyerang Raja di belakang, dengan cepat Andrew menggunakan pelindung emasnya kepada Raja.
Melody bernafas lega melihat Raja selamat dan bangga dengan kepantasan Andrew. Serentak dengan itu juga, seluruh pelindung di kerajaan lain turut bertukar warna emas.
"Yang terpilih Golden Protect telah keluar!!" jerit salah satu dari mereka dengan gembira.
Semua yang berperang sangat gembira mendengar khabar baik itu walaupun mereka tidak tahu siapa gerangan itu.
Andrew dan Melody berpandangan sesama sendiri.
"Adik, abang pergi dulu ya?"
Setelah diangguk oleh Melody, Andrew dengan pantas terbang ke bawah. Dia berhenti betul² di hadapan semua pejuang. Untuk seketika, mereka berhenti bertarung dan menyambung semula apabila puak kegelapan tiba² agresif.
Walaupun mereka tengah berperang, mereka pelik kerana Andrew tiba² sahaja ada di hadapan mereka. Terutamanya Star, Star mengeluarkan pelbagai jenis pari² kecil untuk berlawan dan melindunginya.
"Andrew! Apa yang awak buat tu? Jangan berdiri di situ!" jerit Star dengan risau.
Andrew hanya diam membisu. Tak lama setelah tu, seluruh badan Andrew bersinar terang. Semua menutup mata termasuk puak kegelapan.
Mereka membuka mata kembali apabila sinaran tersebut hilang dan alangkah terkejutnya mereka apabila memandang di hadapan.
"Golden Protect!"
Puak kegelapan yang terkejut melihat Andrew terus melancarkan serangan tetapi tidak nerjaya kerana apabila mereka menyerang Andrew, ada perisai emas halimunan yang melindungi Andrew.
Andrew memandang ke belakang, sekali lagi mereka terkejut melihat wajah Andrew yang berubah terutamanya Star dan Achille. Anak mata dan rambut berubah kepada emas walaupun separuh. Itu dah menjadi bukti yang Andrew memang salah seorang dari 'yang terpilih'.
Andrew yang perasan puak kegelapan ingin menyerang mereka terus mengeluarkan pelindung emasnya kepada semua orang yang ada. Satu akademi dilindungi oleh pelindung emas kecuali satu orang iaitu Melody.
"BOOM!"
"BOOM!!"
"BOOM!!!"
Bunyi letupan makin kuat kedengaran. Dari jauh mereka dapat melihat Albert dan Naga Hitam miliknya sedang memusnahkan kampung dan bandar kerajaan Element.
"Akhirnya, datang pun.."
Melody tersenyum dan riak wajahnya sulit ditafsirkan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top