Peperangan Sebenar 1
Melody memandang kosong dari atas bumbung Diamond Academy. Gliria dan Rose pula berada di hadapan akademi. Semua profesor yang terkuat berada di hadapan, kiri, dan kanan akademi. Kenapa tak belakang? Sebab belakang ada lautan.
Dan mereka semua tahu yang kegelapan akan menyerang dari depan.
Mereka tak perlu risaukan penduduk yang lain kerana Andrew sudah menyuruh semua penduduk berlindung dekat kerajaan lain.
Malahan, bukan yang sahaja profesor yang terkuat turut ada di Diamond Academy, malahan pelajar² yang top 5,4,3,2, dan 1 turut datang untuk membantu.
The Protect berada di sebelah kiri akademi kecuali Andrew, sebab dia ada di sebelah Melody sahaja. The Fighter berada di sebelah kanan akademi termasuk Achille.
"Kita kena yakin yang kita akan menang!!" ujar Raja Element dengan semangat.
Semua bersorak dengan kuat dan bersemangat yang berkobar-kobar.
"Ingat semua! Kita tak boleh lemah. Dan kita tak boleh hanya bergantung pada 'yang terpilih' sahaja. Kita kena buktikan juga yang kita juga kuat! Pandang la ke depan semua! Kita semua kena yakin bahawa 'yang terpilih' tu pasti ada sebab kenapa mereka masih tak munculkan diri lagi! Faham?!"
"Faham Tuanku!"
Melody dan Andrew berpandangan.
"Abang, Raja dah tahu ke pasal kita?" soal Melody.
Andrew mengangguk 'ya'.
Yang lain takkan dengar perbualan mereka berdua kerana hanya mereka yang berada di atas bumbung tinggi tu, dan lagi semua mana tahu yang mereka ada di situ.
"Raja kita dah tahu perkara sebenar, sebab tadi Raja sempat berjumpa dengan abang."
Flashback
"Kenapa tuanku panggil saya?" soal Andrew.
Bukan nak kurang ajar tapi dia memang betul² pelik kerana Raja tiba² memanggilnya.
"Andrew, awak dan adik awak, Melody yang akan gantikan takhta beta nanti." ujar Raja dengan senyuman mesranya.
Terkejut Andrew mendengar kata² dari Raja Element.
"Ap-apa maksud tuanku? Saya tak faham."
"Awak jangan ingat beta tak tahu apa yang berlaku pada kerajaan ni. Awak dan Melody adalah 'yang terpilih' tu kan? Mula² beta tak yakin, tapi lepas apa yang beta dengar dari Pengetua Academy, tekaan beta memang betul. Korang berdua jangan bimbang, beta takkan cakap dekat sesiapa. Dan beta takkan tanya kenapa korang tak munculkan diri dari dulu. Beta hormati keputusan kalian. Dan...beta nak ucapkan terima kasih kerana tolong lindungi istana beta dari kena serang oleh cucu beta, Albert."
Andrew hanya diam menanggapi kata² Raja Element.
"Jangankan kalian, beta sendiri pun terkejut apabila mendengar arwah Amber ada keturunan. Dan waktu tu beta sangat yakin yang peperangan besar yang kedua ni akan berlaku. Nak tahu tak? Arwah Ammy sangat sayangkan arwah Amber. Tapi, disebabkan arwah Amber disisihkan oleh rakyat jelata, arwah Amber selalu salahkan arwah Ammy. Bila diingatkan balik, mereka berdua la harta beta yang sangat beta sayang selepas Permaisuri beta. Tapi, takdir berkata lain. Dan beta harap, kalian sebagai yang terpilih, buatlah arwah Ammy bangga dengan kalian."
End Flashback
"...Masa tu perasaan abang bercampur. Di sisi lain abang yakin kita akan menang dan di sisi lain abang tak sedap hati. Abang tak tahu kenapa. Bila difikirkan semula pasal kata² Raja tadi, abang rasa bersalah sebab belum tentu kita akan berjaya." ujar Andrew.
Melody mengangguk setelah mendengar kata² dari Andrew.
"Kita pasti akan berjaya. Kita kan 'yang terpilih'. Kita memang ditakdirkan selamatkan mereka semua dari kegelapan dengan nyawa kita sendiri." ujar Melody.
Andrew mengeluh berat.
"Masalahnya Melody, abang hanya akan memberi perlindungan dekat mereka. Melody yang akan berperang! Abang taknak adik abang cedera, Melody tahu kan yang abang cuma boleh tolong Melody dari jauh." ujar Andrew sambil memandang tepat ke arah mata pink Melody.
Melody turut memandang mata Jingga abangnya.
"Jangan risaukan Melody. Jika kita menang, Melody harap sangat yang Melody boleh tengok abang naik takhta nanti." gumam Melody dengan sedih.
Walaupun perlahan tetapi masih didengari oleh Andrew.
"Jangan nak merapu yang bukan² Melody! Melody akan tengok abang naik takhta dan abang juga akan tengok adik pakai mahkota nanti! T.i.t.i.k." tegas Andrew.
Jantungnya jangan cakap, sudah berdegup 10x ganda selepas dengar kata² dari Melody.
"Harap² apa yang abang cakap tu menjadi kenyataan." ujar Melody dengan perlahan. Kali ni Andrew tak dengar.
Melody memandang semua orang yang sedang bersiap sedia untuk bertarung. Dia melihat ada dari kerajaan Werewolf, Fairy termasuk Star, Vampire, Witch dan ramai lagi.
Pandangannya beralih kepada rakan-rakannya termasuk kekasihnya.
'Pertama kali melihat mereka begitu serius.' desis hati Melody.
"BOOM!!"
Bunyi letupan dari hujung kerajaan Element mengejutkan semua orang. Langit yang cerah serta merta menjadi gelap.
Mata Andrew mula bertukar kepada Jingga. Yang lain mula mengeluarkan kuasa masing² untuk berperang.
"Kita akan mulakan peperangan ini sekarang!"
Selepas Raja Element berkata seperti itu, semua bersiap sedia buat kali terakhir kerana kegelapan semakin menghampiri.
Setitis air mata Melody jatuh ke pipi apabila melihat keadaan tempat yang sangat menggenaskan a.k.a hancur.
'Saya janji saya akan pulihkan keadaan seperti asal.'
Andrew yang mendengar luahan hati Melody hanya membisu.
Air mata lelakinya turut mengalir tanpa dia sedar.
'Tolong jangan lakukan adik...'
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top