Pelik
Setelah beberapa minggu mereka pulang ke Diamond Academy semula.
"Susah kan korang je tolong hantarkan kami." ujar Rose.
"Tak susah pun..Senang jela." gurau Daniel dengan mengibas tangannya seperti perempuan.
Gliria dan Melody menjeling Daniel yang gedik tersebut. Selepas The Legendary masuk ke dalam dorm, The Fighter pergi ke arah dormnya.
"Wey Achille!" panggil Mike.
"Hm?"
"Aku rasa baik kau cakap terus terang dekat Melody yang kau sukakan dia." ujar Mike.
Achille berhenti berjalan, automatik Mike dan Daniel turut berhenti.
"Kau tahu tak? Aku ada dengar ramai yang sukakan Melody." ujar Mike.
"Betul tu. Kalau Melody suka dekat orang lain, jangan salahkan kami ye.." ugut Daniel.
Mereka ingatkan Achille sedih tapi sebaliknya, Achille tersenyum sinis lantas masuk ke dalam dorm.
"Dia buat derk je." ujar Daniel.
"Dia tu suka ke tak dekat Melody?" soal Mike.
"Korang nak tidur dekat luar ke?!" soal Achille dengan kuat.
Cepat² Mike dan Daniel masuk ke dalam dorm. Perkataan Achille tidak boleh buat main² sebab Achille akan betul² membuatkan mereka tidur di luar.
---
Gliria dan Rose ternganga melihat sekuntum bunga berwarna ungu yang sangat cantik diletakkan di atas meja milik Melody.
"Hey korang, siapa yang letak bunga atas ni?" soal Melody kepada ahli pasukannya.
Gliria dan Rose menggeleng kepalanya kerana tiada clu siapa yang bagi malahan mereka masih terkejut melihat bunga itu.
"Kenapa korang terkejut sangat?" soal Melody dengan pelik.
Serentak itu, Gliria dan Rose memandang tepat ke arah Melody.
"Bunga tu adalah bunga yang paling mahal di kerajaan ni!" balas Gliria dengan gembira.
"Harga bunga ni mencecah 15 juta tau tak?! Orang yang bagi bunga tu adalah oraag yang sangat kaya!" sambung Rose.
Melody hanya mengangguk dan mengambil sepucuk surat dan mula membacanya.
Morning sayang. You know what? I love you~
Harap sayang suka bunga ni okay?
Your Boy~
-Achille-
Melody tersenyum manis. Melody tak sangka Achille sanggup bagi bunga yang mahal macam ni.
"Siapa yang bagi?" soal Rose
"Secret." balas Melody dengan senyuman lantas meletakkan surat dalam poket seluarnya.
Gliria dan Rose cemberut. A Princess datang lalu menjeling bunga yang dipegang oleh Melody.
"Mesti yang bagi bunga tu orang hodoh dan gemuk kan? soal Alexa dengan sinis.
Ahli A Princess mengetawakan The Legendary.
'Habis tu, dia juga la yang tergila gilakan orang hodoh dan gemuk tu selama ni.'
Melody hanya tersenyum manis.
"Aku malas nak gaduh. Tak ada mood. Kenapa kau tak berlatihbdari sekarang sebab esok kan kita akan berlawan dengan Witch Academy?" cadang Melody.
"Ntah dia tu. Dah rasa diri tu kuat agaknya." sambung Gliria.
The Legendary pula ketawakan A Princess. A Princess menjeling The Legendary dan berlalu pergi dengan geram.
"Hey. Apa yang korang suka sangat tu?" soal Daniel.
"Ni haa..Melody dapat bunga dari seseorang. Siapa la kan?" ujar Gliria sambil menjeling ke arah Achille.
Daniel dan Mike tergamam melihat bunga itu.
"Wait! Tu kan.."
"Tu bunga paling mahal di kerajaan ni! Dan bunga ni harganya berjuta juta dan bunga ni limited edition tau. Bunga ni hanya tumbuh 10 tahun sekali, tu pun kalau cuaca okay..Kalau tak kena tunggu 20 tahun lagi!" terang Daniel dengan bersungguh sungguh.
Achille menggeleng kepalanya apabila melihat perangai ahlinya. Melody hanya tersenyum lucu melihat kesungguhan Daniel.
"Tapi..siapa yang bagi?" soal Mike dengan tanda tanya.
"Secret." balas Melody.
"Jawapan yang sama." ujar Gliria dan Rose serentak.
"Melody..abang awak cari awak tadi." ujar Achille.
"Boleh teman saya cari kelas abang saya tak?" soal Melody. Achille mengangguk setuju.
Melody memandang Achille dan mengangguk.
"Kami pergi dulu." ujar Melody dan mula meninggalkan yang lain.
Setelah mereka pergi, ahli mereka berpandangan sesama sendiri.
"Korang tak rasa pelik ke?" soal Mike
Yang lain mengangguk.
"Saya rasa Achille dah move on la." ujar Rose.
"Ish! Memang tak la dia nak move on. Awak kan tahu yang Achille tak mudah mengalah." jelas Daniel.
"Habis tu? Takkan dia dah ada kekasih? Yelakan? Mana tahu dia nak cemburukan Melody ke apa ke?" soal Gliria.
Yang lain mengangguk lagi.
"Maybe la kan?"
--
"Sebenarnya kan, kenapa perlawanan Diamond Academy dan Witch Academy ditangguhkan bulan lepas?" soal Melody kepada Achille.
"Sebab.. War Hall Witch Academy perlu diperbaiki supaya lebih besar." jawab Achille dengan senyuman.
Sekarang ni mereka tengah berjalan ke arah kelas Andrew.
"So, good luck." ujar Melody sambil tersenyum manis.
"Thank you and good luck to you too my love." balas Achille sambil mencium singkat pipi Melody.
Tak lama tu, mereka sampai ke kelas Andrew. Kelas Andrew yang agak bising, membuatkan Melody dan Achille tahu bahawa Profesor tiada dalam kelas tersebut.
"Saya tunggu di sini. Masuk la." ujar Achille. Melody mengangguk dan masuk ke dalam.
Nampaknya, pelajar dalam kelas tu tak perasan kehadiran Melody termasuk Andrew.
"ABANG!!" jerit Melody dengan kuat.
Seluruh kelas Andrew memandang Melody.
"SAYANG?!!"
Andrew berlari ke arah Melody lantas memeluk kemas adiknya yang hampir sebulan tak kelihatan.
"Weyy, bukan ke Andrew bercinta dengan Fairy ke?"
"Cantiknya dia tu."
"Perfect."
"Andrew curang ke?"
"Sayang?! Kenapa tak balik ke rumah malam tadi? Sayang tak tau abang risau separuh mati." terang Andrew.
"Sorry la abang. Semalam Melody letih sangat dan buat keputusan tidur dekat dorm." mohon Melody dengan wajah comelnya.
Melody tak sedar bahawa muka comelnya itu membuatkan seluruh pelajar lelaki dalam kelas itu blushing. Andrew tak dapat menahan geram melihat muka comel adiknya terus memeluk kembali Melody.
"Kenapa adik abang comel sangat?! Dah tentu la abang maafkan! Nanti balik dengan abang." ujar Andrew dengan gemas.
"Adik beradik rupanya."
"Dua² popular."
"Jadi Andrew tu abang ipar aku la."
"Ada can nak buat wife ni."
"Kalaulah dia kekasih aku."
Melody ketawa kecil melihat wajah abangnya yang menahan amarahnya.
"Jangan nak berangan sangat. Aku dah ada adik ipar." balas Andrew dengan gelengan.
"What?"
"Tak ada peluang la ni?"
"Siapa lelaki bertuah tu?"
"Aku la adik ipar kau."
Andrew menggeleng kepalanya mendengar kata² rakan kelasnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top