Parah
Ketua Oasis Pelajar tersenyum melihat The Legendary, Gliria dan Rose yang sudah datang ke arahnya.
"Tahniah. Korang yang pertama sampai. Hebat korang berdua." ujar Ketua Oasis Pelajar
Gliria dan Rose tersenyum malu mendengar pujian Ketua Oasis Pelajar.
"Mana Melody? Bukankah dia adalah ketua kamu?" soal Ketua Oasis Pelajaran.
"Kami telah berpecah sewaktu raksasa tiba² nak menyerang kami semua." jelas Gliria sambil memberikan 10 botol darah kepada Ketua Oasis Cafe.
"Terima kasih."
"Sama-sama" balas Gliria.
"Harap² Melody selamat." ujar Ketua Oasis dengan risau.
"Ketua jangan bimbang. Melody tu orang yang kuat." balas Rose.
Ketua Oasis yang lain mengangguk. Tak lama setelah itu, Vampire² yang lain selamat sampai bersama dengan The Fighter, Mike dan Daniel. Ketua Vampire memberikan 30 botol darah kepada Ketua Oasis Cafe.
"Ini adalah hasil kerjasama kami semua tapi banyak hasil The Fighter dari kami." terang Ketua Vampire.
"Ishh! Mana ada la. Ini semua adalah usaha kita. Okay?" ujar Mike.
"Betul tu!" balas Daniel dengan ceria.
Vampire yang lain tersenyum kepada Mike dan Daniel yang merasa rendah diri. Mereka gembira mendapat sahabat seperti The Fighter.
"Achille pun tak ada dengan korang ke? soal Gliria.
"Kami terpisah. Korang pula?" soal Mike.
Gliria dan Rose mengeluh.
"Kami pun sama. Macam mana la keadaan mereka berdua." ujar Gliria dengan risau.
"Jangan risau la. Pasti mereka selamat. Kan mereka kuat, lagipun kalau mereka terjumpa. Achille pasti melindungi Melody." terang Mike.
"Macam mana awak tahu?" soal Rose.
"Kan Achille cintakan Melody." balas Mike dan Daniel serentak.
"Tu pun kalau terjumpa. Kalau tak?!" marah Gliria.
Yang lain senyap mendengar kemarahan Gliria. Mereka tak boleh lawan, kalau lawan tak pasal² tahi telinga cair. Sebab? Sebab Gliria akan bercakap dan bagi motivasi sampai la dia puas.
Mereka berbual sementara menunggu yang lain sampai. Ketua Oasis Pelajaran bangun dan memerhatikan seorang vampire yang tengah berlari.
"Korang! Panggilkan Ketua Oasis Kesihatan sekarang!" jeritnya dengan panik.
Semua orang di situ turut panik.
"Kenapa?! Apa yang terjadi?" soal Ketua Oasis Cafe.
"Melody! Melody cedera parah! Achille dalam perjalanan ke sini!" balas vampire itu.
"WHAT?!"
---
Achille dan yang lain masih menunggu Ketua Oasis Kesihatan yang sedang merawat Melody di dalam bilik.
"Achille, macam mana Melody boleh cedera?!" marah Gliria.
"Begini.."
Flashback..
Sepanjang perjalanan,Achille dan Melody ternampak seekor raksasa sedang mengamuk dan menyerang seorang vampire lelaki.
"Achille, awak selamatkan vampire tu, saya akan alihkan perhatian raksasa tu." arah Melody.
Achille terus memandang Melody dengan risau.
"Eh- mana boleh nan-" tak sempat Achille bercakap, Melody sudah pergi. Achille mengeluh berat dengan sikap Melody.
'Nasib cinta.'
Raksasa itu ingin menerkam vampire itu tetapi dihalang oleh Melody.
"Sini la raksasa tak guna!" jerit Melody lantas melepaskan anak panahnya. Tetapi disebabkan raksasa itu sangat besar dari yang sebelum ni, anak panah itu tidak mempengaruhi raksasa itu.
"Tsk! Tak berkesan langsung!" marah Melody.
Manakala Achille selamatkan vampire itu dan biarkan vampire itu berehat di pohon besar.
Kembali ke Melody...
Raksasa itu marah dan mula menyerang Melody. Melody yang tengah mengumpul tenaganya untuk menyerang raksasa itu tidak sempat mengelak menyebabkan Melody terhempas di pokok dengan kuat.
"Melody!!" panggil Achille lantas teleport ke arah Melody yang terbaring lemah dan mula tak sedarkan diri.
"Sayang? Bangun la..Jangan buat saya risau." ujar Achille sambil menepuk pipi Melody.
Achille marah kerana raksasa buat Melody tak sedarkan diri.
"Kau! Cepat suruh yang lain panggilkan Ketua Oasis Perubatan!" arah Achille kepada vampire itu.
Vampire tu terus mengangguk dan mula berlari pantas ke arah akademinya. Achille mula mengeluarkan tenaganya untuk menyerang raksasa itu. Disebabkan raksasa tu besar, jadi agak susah untuk dikalahkan walaupun dia memang hebat.
Achille menggunakan kuasa halilintar level 4 yang berwarna merah untuk menyerang raksasa itu. Terus raksasa itu mati kerana kepanasan dan eletrik yang sangat kuat. Kelemahan raksasa hanyalah halilintar.
Achille mula mendukung Melody ala bridal style dan mula berlari ke arah akademi. Dia tak boleh menggunakan kuasa teleportnya kerana sudah menggunakan banyak tenaga untuk mengeluarkan halilintar level 4.
End Flashback..
" Macam tu la ceritanya." ujar Achille lalu mengeluh berat.
"Tsk! Tak guna punya raksasa berbulu!" marah Rose.
"Awak, dah la tu." ujar Daniel.
Gliria menahan amarahnya. Tu pun Mike yang tahan Gliria dari membebel. Pintu bilik rawatan dibuka. Mereka pergi ke arah Ketua Oasis Perubatan.
" Macam mana dengan Melody?" Gliria orang pertama yang tanya keadaan ketua mereka.
Ketua Oasis Perubahan tersenyum manis.
"Mujur la tulang belakang Melody tak patah. Lebam dan luka yang ada sudah saya sembuhkan. So, jangan risau. Sila lah masuk. Melody dah sedar sewaktu saya ubatkan dia." ujar Ketua Oasis Perubatan.
"Hm. Terima kasih." balas Achille dengan dingin. Achille orang yang pertama masuk ke dalam bilik rawatan.
Ketua Oasis Perubatan pelik dengan perangai Achille.
"Kenapa dia dingin semacam je?" soalnya.
"Dia cemburu la tu." jawab Daniel dengan smirknya.
"For what?"
"Ketua kan lelaki. Melody pula orang yang disukainya. Tentu la dia cemburu. Dekat akademi kami, healing adalah perempuan." terang Mike.
Ketua Oasis Perubatan mengangguk faham.
"Macam tu. Tapi dekat sini bukan saya sorang yang tertarik pada Melody, ramai vampire yang tertarik pada Melody. Kalau tak ada apa², saya pergi dulu." ujarnya lantas pergi dari situ dengan senyuman khasnya.
Mike, Daniel dan Rose ternganga mendengar kata² Ketua Oasis Perubatan.
"Baik korang suruh Achille sampaikan perasaannya pada Melody cepat. Kalau tak,memang melepas la nampaknya." ujar Rose dan disetujui oleh Mike dan Daniel.
"Aku pun rasa begitu. Daniel, nanti kita bercakap dengan ketua kita yang suka teka teki tu." ujar Mike.
Daniel hanya mengangguk faham.
"Korang buat apa lagi tu? Cepat la masuk." ajak Gliria dengan geram.
Cepat² mereka masuk ke dalam sebelum singa mengamuk. Melody hanya tersenyum lucu melihat telatah rakan rakannya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top