Naga White
Sebelum tu sye lmbat update hri ni sbb ptg tadi sye tgh discuss psl project besar kami. So, saya tulis awal² ye.. yang saya mybe sibuk utk minggu ni dan minggu depan..lps tu ok mcm biasa..jika sye ada hal yg penting mybe kurang update..jgn risau ok sbb sye akan CUBA update jika ada masa terluang..
Happy Reading~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Melody berjalan menuju ke 'War Hall' untuk memilih naga. Sepanjang Melody berjalan, dia terdengar sekumpulan pelajar perempuan mengeluh berat.
"Geramnya! Kenapa aku tak dapat Naga White? Kalau aku tak dapat confirm The Fighter pandang aku." ujar perempuan berambut hijau.
"Kan..Aku hanya dapat naga biasa je Sakitnya hati aku ni." ujar perempuan berambut merah pula.
"Untung la siapa yang dapat Naga White tu." ujar gadis berambut oren pula.
Melody hanya mendiamkan diri dan pergi ke arah dewan dengan pantas kerana Andrew sedang menunggunya.
Kebetulan Melody masuk ke dalam dewan, dia berjumpa dengan Prof.Han.
"Hai prof." ujar Melody.
"Oh! Hai Melody. Macam mana dengan akademi ni? okay?" soal Prof Han.
"Okay je."
Korang jangan pelik kalau jika mereka rapat kerana Melody sentiasa menolong Prof.Han untuk teleport file² di bilik pengetua.
"Prof, nak tanya ni. Naga White tu macam mana?" soal Melody straight the point.
Prof.Han terkejut dengan soalan Melody dan bawa Melody ke penjuru dewan.
"Serius kamu tak tahu?" soal Prof.Han dengan pelik. Melody hanya menggeleng.
Prof.Han mengeluh berat.
"Kenapa prof? Terkenal ke Naga White tu?"
"White adalah nama naga tu sebab naga tu berwarna putih. Dengar kata lagenda, naga itu adalah naga kesetiaan diraja kerajaan ni. Naga tu sangat kuat apabila dirinya menjadi putih. Dan orang yang berjaya buat Naga White berubah kepada asal automatik orang tu adalah Rainbow." terang Prof.Han.
Melody mengawal dirinya daripada terkejut.
"Dah tu siapa orangnya?"
"Semua orang tak tahu lagi, entah lelaki atau perempuan..dan belum tentu dia wujud lagi." ujar Prof.Han.
'Memang dah wujud pun Prof..depan Prof je ni.' bisik hati Melody.
"Contoh la, kalau saya yang dapat Naga White tu tapi saya tak boleh ubahnya, macam mana pula?" soal Melody
"Kalau macam tu tak adalah peperangan sebab kamu bukan Rainbow." ujar Prof.Han.
Melody mengangguk faham.
"Habis apa warna White sebelum dia bertukar?" soal Melody dengan tanda tanya.
"Hijau..sama besar dengan Naga Sherik. Tapi disebabkan dia tak keluar lagi, orang tak tahu kelebihan Naga White." terangnya lagi.
Melody mengangguk lagi. Tak penat ke asyik mengangguk?
Prof.Han mengajak Melody ke tengah gelanggang. Prof.Han menghulurkan tangannya ke udara, tak lama lepas itu, pelbagai warna diamond yang terapung di sekeliling Melody.
"Tutup mata kamu dan biarkan Naga yang tentukan kuasa kamu dan keupayaan mereka." ujar Prof.Han.
Melody mula memejamkan matanya. Diamond itu mengelilingi Melody dan berhenti. Yang tidak sesuai mula menghilang secara perlahan. Dan akhirnya tinggal diamond berwarna putih di hadapan Melody.
"Boleh buka mata kamu sekarang." arah Prof.Han
Melody tersenyum dan bersyukur ada naga yang memilihnya.
"Sila sebut 'Keluarlah Naga' dan dia akan keluar dari diamond. Kamu boleh suruh dia bertukar menjadi apa sahaja supaya kamu boleh menyimpannya. Cubalah sekarang." arah Prof.Han
Melody mengangguk dan menarik nafasnya sebelum memanggil naga untuk keluar.
"Keluarlah naga!" panggil Melody.
Diamond putih itu mula mengeluarkan cahaya yang sangat terang membuatkan Melody dan Prof.Han menutup mata mereka.
"Warggghhhhhhhh!!!"
*anggap la tu bunyi naga..😂tak tahu nak buat macam mna lagi.*
Bunyi gauman yang sangat kuat itu membuatkan Melody dan Prof.Han membuka mata mereka. Prof.Han terkejut memandang naga tersebut.
"Naga White?!!"
"W-what?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sampai di rumah, Melody terus masuk ke dalam biliknya. Andrew yang perasan perubahan adiknya terus masuk ke bilik Melody dan duduk di birai katil.
"Kenapa ni? Lain je aura hari ni?"soal Andrew.
Melody mengeluh.
"Abang nak tahu? Macam ni cerita dia..."
Flashback~~
"Naga White?!!"
"W-what?"
Terus Melody tergagap bila Prof.Han menyebut nama naga White. Prof.Han menggeleng kepalanya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Prof. Han menunduk hormat terhadap naga tersebut manakala Melody masih lagi terkaku. Tak lama itu, Prof.Han memandang Melody. Melody memandang Prof.Han dengan riak yang buat² terkejut.
"Melody, cuba awak tukar Naga White pada rupanya yang sebenar." arah Prof.Han
'Tolong bagi kerjasama White..saya taknak orang tahu pasal ni.' bisik hati Melody.
Melody mencuba menukar Naga White tapi langsung tidak berjaya. Banyak kali Melody buat tapi langsung tak berubah. Prof.Han mengeluh lega.
"Bagus la kalau kamu bukan Rainbow. Terkejut juga saya tadi, tapi bila kamu tak boleh menukar naga White jadi kamu bukan lah orang yang dicari." ujar Prof.Han
"Jadi prof? Macam mana sekarang? Nanti mereka ingat saya Rainbow kalau Naga White ada di sisi." ujar Melody.
"Apa kata kamu jangan tunjukkan lagi Naga White pada naga lain. Orang lain tak tahu yang Naga White adalah berwarna hijau sebelum bertukar menjadi putih, so baik kamu elakkan daripada Naga White keluar. Kalau kamu keluarkan juga Naga White...Smua orang akn tahu apabila semua naga menunduk hormat pada seekor naga." terang Prof.Han.
"Tapi tak lama lagi akan ada pertandingan, Saya pun masuk prof.Han..macam mana?" soal Melody.
"Terpaksa la guna dulu buat sementara. Lagipun Rainbow belum ada lagi..Jangan risau laa.." ujar Prof.Han sambil tersenyum kepada Melody.
End Flashback~~
" Nasib baik White tak berubah..kalau tak pecah rahsia kita." ujar Andrew sambil mengeluh lega.
"Nak tengok White tak?" soal Melody.Manakala yang ditanya mengangguk semangat.
Melody memengang rantainya dan menyeru Naga White untuk keluar. Melody tukar Naga White kepada rantai.
"Keluarlah naga!"
(Naga White)
Akhirnya Naga White keluar yang gagah perkasa yang berwarna hijau membuatkan Andrew terpegun.
"Nampak gagahnya White ni." puji Andrew.
Melody menunduk lemah dan kembali baring.
"Macam mana ni abang.. Melody taknak orang tahu Melody adalah Rainbow." ujar Melody dengan suara bergetar. Hanya tunggu menangis sahaja. Andrew menenangkan adiknya yang tidak mahu peperangan terjadi.
"Saya akan rahsiakan perkara ni Cik Muda."
Melody dan Andrew berpaling ke arah Naga White yang bercakap ke arahnya.
"Naga boleh bercakap?" soal Melody dengan pelik.
"Sudah tentu, Tuan Muda tidak beritahu kelada Cik Muda ke?" soal Naga White.
Melody menjeling tajam ke arah Andrew.
"Sorry sayang~ Tak ingat nak beritahu bahawa semua naga boleh bercakap." mohon Andrew sambil tersenyum sumbing.
Melody memandang Naga White semula.
"Tak apelah, Tapi White betul² rahsiakan perkara ni kan?" soal Melody dengan penuh harap.
"Saya berjanji pada cik muda. Saya hanya akan bertukar bila tiba masanya sahaja." ujar White dengan tulus.
Melody tersenyum gembira setelah mendengar kata² dari Naga White. Naga White terus menjadi rantai semula.
"So..tak adalah yang perlu dibimbang okay?" ujar Andrew.
Melody mengangguk lucu.
"Goodnite dear my one." ucap Andrew
"Goodnite too.."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top