Merajuk

Sye nk update dh chapter ni sbemarnya..tapi bila sye buke je wattpad, langsung x mnjadi..sye x tau apa masalah wattpad ni..skrang ni bru la boleh update..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.  
.
.
           Peserta² dari Diamond Academy akan bermalam di Witch Academy untuk berehat selepas pertandingan ditamatkan.

--

*[The Fighter vs The Witch 2] - The Fighter

*[The Legendary vs The Witch 1] - The Legendary

*[The Protect vs The Witch 3] - The Protect

*[A Princess vs The Witch 5] - The Witch 5

*[The Hack vs The Witch 4] - The Hack

--

          List di atas menunjukkan bahawa Diamond Academy menang secara keseluruhan pertandingan ini. A Princess akan menang kalau dia tak pandang rendah pada The Witch 5 yang juga terdiri daripada gadis² gedik seperti mereka juga.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
        Melody ingin pergi ke arah bilik The Protect untuk berjumpa dengan abangnya. Tu pun abangnya yang gatal sangat nak jumpa dengan dia kalau tak memang malas dia nak keluar dari bilik. Letih.

         Sewaktu naik tangga untuk ke tingkat 5, Melody terjumpa dengan Kiriha yang sedang membaca buku sambil berjalan.

"Kiriha?"

          Kiriha langsung mendongak apabila mendengar suara yang dirinduinya. Kiriha terus tersenyum manis yang boleh membuatkan sesiapa sahaja yang terpesona kecuali Melody.

"Hai Melody. Awak buat apa naik tangga? Bukan ke bilik awak tingkat 3 ke?" soal Kiriha
"Abang saya nak jumpa dengan saya. Bilik dia tingkat 5." jawab Melody sambil berjalan dengan Kiriha.

          Kiriha menutup bukunya dan memandang Melody semula.

"Siapa abang awak?" soal Kiriha lagi. Nampak macam nak bercakap lama je dengan Melody. Maaf. Tapi Melody sudah berpunya. Ke ada readers yang setuju nak Melody dengan Kiriha?

"Andrew,Leader of The Protect." Selepas Melody memberitahu abangnya, Kiriha menjadi gembira.

"Wah! Saya betul² suka cara abang awak apabila berlawan. Sama macam awak. Sangat bersemangat!" puji Kiriha.

         Melody hanya tersenyum mesra apabila Kiriha memuji abangnya.

'Ni kalau abang dengar, boleh kembang setahun.' bisik hati Melody.

"Oh! Dah sampai bilik abang awak." ujar Kiriha sambil menunjukkan pintu bilik berwarna biru dan ada tulisan emas 'the protect'.

          Melody mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada Kiriha. Selepas itu, Kiriha meminta diri untuk ke biliknya. Tanpa Melody dan Kiriha tahu, Seseorang tengah memandang mereka dengan pandangan yang sulit diertikan.

           Melody mengetuk pintu dan dibuka oleh seorang ahli pasukan abangnya, Nill. Nill tersenyum melihat Melody.

"Cari Andrew ke?" soal Nill.

Melody hanya mengangguk.

"Andrew keluar sekejap. Masuk la dulu." ujar Zack dari ruang tamu.
"Er..takpe la. Saya tunggu kat luar. Saya nak tunggu abang datang." ujar Melody lantas duduk di kerusi yang terdapat di hadapan bilik The Protect.

         Nill tersenyum manis dan mengangguk lantas dia masuk ke dalam dengan pintu yang masih terbuka.

          Tak lama Nill masuk, Melody ternampak Achille yang lalu di situ.

"Achille!" panggil Melody lantas pergi ke arahnya.

          Achille hanya memandang datar ke arah Melody. Melody yang perasan perubahan Achille terus pelik.

"Bilik awak tingkat ni juga ke?" soal Melody.

Achille hanya mengangguk.

"Kenapa dengan awak? Ada masalah ke?"

         Achille hanya diam dan berlalu pergi.
Melody pelik dengan perangai Achille.

"Kenapa dengan dia? Lain macam je." gumam Melody.

"Adik!"

          Melody yang terdengar Andrew memanggilnya terus berpaling ke arahnya.

"Abang."
"Mari la masuk. Buat apa kat situ sorang²? Jadi model?" perli Andrew lantas gelak.

            Melody menjeling abangnya dan masuk ke dalam bilik itu selepas menolak Andrew sampai jatuh.

--

"-Abang rasa sangat marah, lepas tu abang lepaskan kuasa abang yang dah masuk level 4. Power tak? Sayang nak tahu tak? Abang hampir nak keluarkan kuasa-"

           Andrew yang seronok bercerita perlawanan groupnya dengan The Witch 3 terus terdiam sewaktu perasan Melody tidak sepenuhnya tumpu perhatian dan lebih banyak termenung.

"Adik."
"Sayang?"
"MELODY!"

            Selepas Andrew menjerit, automatik Melody terjatuh dari atas katil kerana terkejut.

"Abang! Terkejut Melody!" marah Melody sambil mengembung pipinya.
"Dah abang panggil tak dengar. Sayang fikir apa sampai termenung macam tu? Abang rasa abang bercakap dengan dinding pula." ujar Andrew dengan pelik.

         Melody mengeluh berat dan baring atas katil abangnya.

"Melody pelik la dengan Achille tu." luah Melody.

          Dahi Andrew berkerut mendengar luahan Melody.

"Kenapa dengan adik ipar abang?" soal Andrew. Sebenarnya Andrew sudah tahu hubungan Melody dengan Achille.

Sekali lagi Melody mengeluh.

"Tadi Melody tegur dia. Dia nampak macam marah, tak tahu sebab apa. Melody tanya kenapa, dia diam je pastu terus pergi." terang Melody dengan sedih.

            Andrew memandang adiknya dengan mata yang dibuat kecil.

"Sayang ada buat apa² ke sampai dia jadi begitu?" soal Andrew.

Melody hanya menggeleng.

"Cuba fikir masak². Pasti ada sesuatu Melody buat sampai dia marah."ujar Andrew sambil minum air. Dahaga sebab rancak bercerita tadi.

            Melody meletakkan jari telunjuknya ke dagu seperti gaya detektif.

"Selepas Melody menang bertanding...Dia okay,siap ucap tahniah..Dan...masa Melody datang ke sini...er...Melody jumpa Kiriha dan bercakap sampailah ke bilik abang.Haa..tu jela sebelum sikap dia berubah." terang Melody

"Melody bercakap dan berjalan berdua dengan Kiriha ke sini?" soal Andrew dengan menekan perkataan berdua.

          Melody hanya mengangguk polos dan mendapat tepukan lembut di dahinya oleh Andrew.

"Adik! Tu tandanya dia cemburu. Adik kan kekasih dia, memang la dia marah kalau adik berjalan dengan lelaki lain." terang Andrew.

         Terbuntang mata Melody mendengar kata² Andrew. Rasa bersalah muncul dalam hatinya.

"Macam mana ni abang. Pasti Achille masih marahkan Melody. Melody mana tahu pasal cinta ni. Apatah lagi cemburu. Melody nak buat apa abang?" soal Melody dengan gelisah.

         Andrew memandang sekeliling dan tersenyum memandang kertas dan pen.

"Apa kata adik tulis surat maaf. Sebagai seorang lelaki, abang yakin dia takkan marah lama² pada orang yang dicintainya. Tapi, kalau boleh adik tanya dia dulu kenapa sikap dia berubah. Mana tau dia stress ke? Okay?" cadang Andrew.

          Melody mengangguk laju dan meminta diri untuk ke biliknya.

--

"Gliria? Rose?"

          Tiada sahutan dalam bilik itu apabila Melody memanggil rakan²nya. Melody ternampak Ipad yang sedang menyala. Tanpa membuang masa Melody membuka chat dari Gliria.

'Melody,kami tengah makan sekarang ni. Datang la dekat cafe. Kami tunggu.'

          Tanpa membuang masa, Melody terus pergi ke cafe.

-skip-

           Melody meminta diri untuk ke biliknya kerana terlupa mengambil novel yang dipinjamnya dari perpustakaan.

            Sepanjang Melody berjalan, dia terlanggar seseorang dan orang itu adalah Achille. Melody akan terjatuh jika Achille tidak menahan pinggang langsing Melody.

"A-Achille."

           Achille memandang Melody dan baru dia ingin pergi, Melody menahan Achille.

"Achille, kenapa dengan awak? Saya ada salah ke? Kalau ada bagitau saya. " ujar Melody dengan sedih.

           Achille ingin pergi lagi tetapi Melody memengang tangannya dengan kuat.

"Tolong la Achille.Bagitau saya." mohon Melody.

Achille menghela nafasnya.

"Saya tak suka awak dekat dengan Kiriha. Saya cemburu!"

             Lepas Achille berkata sebegitu, Achille terus pergi dari situ meninggalkan Melody.

'Betul la apa yang abang cakap.'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
          Melody menekan loceng bilik Achille, tapi tiada jawapan. Lebih dari 3 kali Melody menekan tapi tetap tiada jawapan. Melody mengeluh dan memberikan surat di bawah pintu.

"Achille, saya minta maaf tau."

            Lepas Melody berkata begitu, Melody terus pergi. Tak lama selepas itu, pintu dibuka dan Achille mengambil surat dan mula membacanya.

            Achille memandang Melody yang masih lagi berjalan dan mula mengejar Melody.

            Melody terkejut apabila Achille memeluknya secara tiba².

"Saya pun cintakan awak, sayang."

            Kata² Achille membuatkan Melody tersenyum gembira.

"Terima kasih. Dan maaf sekali lagi saya tak faham perasaan awak." mohon Melody.
"Salah saya juga. Saya tak boleh tengok awak bersama dengan orang lain. Saya cepat..cemburu."

             Perkataan di belakang disebut secara perlahan tetapi didengari oleh Melody. Melody memandang Achille dan membalas pelukan Achille.

"Salah kita berdua."

              Serta merta Achille ketawa kecil mendengar 3 patah perkataan dari Melody.




















----

Achille..

Maaf kalau saya buat awak cemburu. Saya tak bermaksud buat awak macam tu. Jujur, saya tak pandai dalam bercinta. Tapi percayalah, saya cintakan awak. Hanya awak..

Maafkan saya...babe..

                                                             Your Girl
                                                              -Melody-

---

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top