Latihan Naga

                Naga merah yang garang itu memandang tepat ke arah Melody seperti ingin makan mangsanya. Tapi Melody hanya memandang naga itu dengan pandangan biasa.

'Ganas lagi naga aku.' desis hati Melody.

"Sherik go!!" arah seorang lelaki di belakang Sherik, si naga merah.

Ya,lelaki itu adalah Achille dan mereka ada di padang sekolah untuk jalankan latihan.

                 Sherik dengan ganas menyerang Melody tetapi Melody hanya mengelak dengan menggunakan teleportasi.

Sudah 15 minit Sherik menyerang tapi langsung Melody tetap dengan elakkannya daripada mengeluarkan naganya. Sampailah Achille menegurnya.

"Melody, sampai bila awak nak mengelak? Keluarkan naga awak." ujar Achille dengan tenang.
"Entah² dia tu penakut tak?" soal Sherik kepada Achille.

Melody menjeling naga itu.

"Dia kata aku penakut? Tak guna naga lembik." gumam Melody dengan perlahan.
"Ada cakap ape²?" soal Achille dengan pelik.

Melody hanya tersneyum manis sambil menggeleng.

'Aduhh..kalau aku keluarkan White. Memang cari nahas la.' soal hatinya dengan gelisah.

'Cik muda!! Keluarkan saya sekarang!" Arah White dalam fikiran Melody.

'Macam mana kalau dia tahu? Bongkar rahsia saya kalau macam ni.'

'Saya janji akan bela cik muda! Tolong lah keluarkan! Saya nak beri pengajaran pada naga gila tu!!"

              Tersembur ketawa Melody di hadapan Achille dan naganya, Sherik. Mereka memandang Melody dengan tanda tanya.

"Apesal awak ketawa?" soal Achille dengan pelik.
"Tak adalah. Naga saya buat lawak." ujar Melody sambil ketawa.

               Dalam diam² Achille turut tersenyum melihat telatah Melody. Sherik yang perasan perubahan tuannya hanya menggeleng kepalanya dengan lemah.

"Dah suka tak nak mengaku." gumamnya.

Flashback

              Malam itu selepas pemilihan naga petang tadi, Prof.Xian merangkap pengajar dalam bidang naga sedang berbual dengan Profesor² yang lain untuk membahagikan pasangan masing². Manakala pelajar² lain sedang berbual kosong.

"Mana Melody?" soal Achille.
"Entah la. tadi dia nampak tergesa gesa,tak tahu pergi ke mana." balas Gliria.

"Hey~~" panggil Seseorang.

              Tak payah tengok pun dah tahu dah siapa kan? Tentulah tiga perempuan yang minta penyepak.

"Mana kawan you yang sorang lagi tu?" soal Baby dengan risau. Risau la sangat. Semua, sila angkat kaki sepak perempuan senget ni.

"Entah² takut kot. Yelakan~ naga dia tu mesti lemah nak berlatih." ujar Lisa pula.
"Hey! You all kenapa la ambil dia tu~ Tak sesuai la dengan korang~" ujar Alexa dengan gediksss.

                Manakala The Fighter dan The Legendary pergi dari situ tanpa pedulikan A Princess. Bukan apa, malas nak keluarkan suara. Takut ada yang mati pula.

--skip--

"Baiklah! Saya akan bahagikan pasangan masing²." Ujar Prof.Xian lantas menayangkan Gambar setiap pasangan.
"Jadi seperti yang anda lihat di sini, Sebelah kanan adalah anda manakala sebelah kiri adalah pasangan anda. Sila berangkat sekarang dan kamu semua boleh pilih tempat berlatih sendiri tetapi jangan di bangunan."

Selepas Prof.Xian berkata sebegitu. Ramai pelajar yang memanggil pasangannya dan ada yang sedih krana mereka tidak dapat berlatih dengan idola mereka.

"Woi! Kau pasangan aku!"
"Jom kita berlatih bersama!"
"Aku nak dengan The Fighter.😭"
"Jom kita berlatih atas bumbung."

Daniel dan Rose sudah pergi ke padang untuk berlatih. Gliria dan Mike pergi ke arah Achille yang bersedia untuk pergi. Mike menepuk bahu Achille.

"Melody tak datang. Kau kena berlatih sendirian la." ujar Mike
"Aku okay je. Aku pergi berlatih dulu. Gliria, kau cakap dekat Melody esok supaya malam esok datang. Mungkin dia letih." arah Achille.

Gliria hanya mengangguk.

"Ada orang risau la~~" ujar Mike sambil tersenyum nakal.

Achille memandang tajam ke arah Mike.
"Malas aku layan kau!" Achille pergi situ manakala Mike ketawa kecil.

Gliria menggeleng dengan sikap Mike.

"Tak baik awak tau! Kesian Achille." ujar Gliria.
"Ala..apa salahnya. Achille tu yang ego sangat. Dia tu jatuh cinta pada Melody tapi tengok la. Susah betul nak mengaku. Ego la lagi, nanti menyesal baru tahu." ujar Mike.

Gliria mengikut Mike yang sedang berjalan ke padang.

Situasi Achille~~

Achille mengeluarkan naganya, Sherik. Sherik memandang tuannya yang tengah termenung di atas rumput.

"Kalau suka baik terus terang dekat tuan punya badan." ujar Sherik.
"Apa suka²? Jangan nak mengarut macam Mike pula, cepat kita mulakan latihan!" arah Achille

Sherik memutarkan matanya dengan malas.

"Ego lebih." balas Sherik.

Achille mengecilkan matanya ke arah naganya dengan geram.

"Jangan nak banyak bunyi pulak ye.." tegur Achille.
"Ishhh! Yela²!" pasrah Sherik.

End Flashback

"Jadi? Kenapa tak keluarkan naga awak?" soal Achille
"Saya tak selesa la dengan awak semua. Nanti awak dan yang lain fikir bukan² pula." ujar Melody dengan sedih.

Achille dan Sherik berpandangan.

"Boleh saya tahu apa nama naga cik muda?" soal Sherik dengan lembut. Yela, kena lembut sedikit apabila bercakap. Depan calon wife tuan dia la katakan.

Melody tersenyum manis mmbuatkan Achille terpana dengan kecantikan Melody.

"Kalau awak tahu, sama juga." ujar Melody sambil mengeluh berat.
"Habis tu? Macam mana nak berlatih?" soal Achille

Melody memandang Achille dengan harapan.

"Apa kata kita berlatih sendiri je?  Nanti bila perlawanan awak boleh tengok naga saya. Boleh?" soal Melody sambil buat muka comel.

Achille menelan salivanya dengan kasar. Manakala Sherik mengeluh.

"Tentu la boleh, Tuan saya akan tunaikan apa sahaja kemahuan cik muda."

Setelah Sherik berkata sebegitu, dia langsung menukarkan dirinya kepada loket. Mulut Achille menyumpah serapah kepada naganya.

Melody ketawa kecil dan mengangguk faham.

"Kalau begitu, terima kasih tau Achille!" ujar Melody dengan gembira.

Achille membalas senyuman Melody dengan ikhlas.

'Dah hilang sifat beku ke tuan?'

'senyaplah!'

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top