Kawan Gliria ( Toru )

Rose dan Daniel mengendap pengawal² istana. Pengawal² istana nampaknya tidak sedar kehadiran mereka berdua.

Rose mengambil batu kecil dan melempar ke arah yang agak jauh dari pengawal² istana itu.

"Siapa tu?!" soal pengawal tersebut lalu mereka pergi ke arah batu yang dilempar oleh Rose.

Rose dan Daniel dengan pantas memanggil rakan² mereka.

"Psst! Cepat la!" jerit Rose dan Daniel dengan perlahan.

Mike,Achille dan Melody terus meluru ke arah mereka berdua. Mike cuba untuk membuka pintu besar itu malangnya tidak berjaya.

"Kenapa Mike?" soal Melody
"Pintu ni terkunci dari dalam. Ambil masa yang lama untuk membuka tanpa kuasa." ujar Mike.

Melody memikirkan cara untuk membuka pintu itu. Mereka memang tak boleh guna kuasa, kalau tak. Habislah.

Mereka membeku apabila mendengar tapak kasut pengawal² istana yang sudah hampir dengan mereka.

"Cepat bersembunyi di sana!" arah Achille.

Mereka dengan pantas bersembunyi di sudut istana. Pengawal² itu mula menjaga semula pintu istana selepas tiada apa yang mencurigakan mereka.

"Rancangan kita tak berjaya kerana pintu tu terkunci." ujar Achille dengan geram.

"Ha! Kita guna rancangan B." ujar Rose dengan gembira.

Yang lain memandang ke arah Rose.
"Kita mana ada rancangan lain." ujar Daniel.

Rose tersengih dan memandang Melody.
"Melody yang akan fikirkan ramcangan tu." ujar Rose dengan riak tak bersalah.

Melody menepuk dahinya dengan geram.

"Saya juga yang kena."

Tak lama itu, Melody memandang di sekelilingnya. Tersenyum dia apabila memandang ke atas.

"Nampak tingkap di atas?" soalnya.

Yang lain turut memandang tingkap istana yang terbuka lantas mengangguk.

"Kita naik melalui tingkap." ujar Melody dengan bangganya.

"Nak naik macam mana. Tinggi kot." ujar Mike.

Dengan pantas Melody menunjukkan ke arah tali yang berada agak jauh dari mereka.
Mereka mengangguk faham.

"Biar saya yang ambil." ujar Achille.

Melody hanya mengangguk setuju. Dia pun tengah malas nak ambil. So, dah ada orang yang tolong ambilkan, dah kira bersyukur.

Achille memerhati tali itu dan memerhati pengawal² istana. Apabila sudah nampak 'line clear', dengan pantas Achille mengambil tali itu.

"Terima kasih Achille." ujar Melody dengan gembira sambil menggosok rambut hitam Achille.

Salah tingkah Achille dibuatnya. Melody memberikan tali itu kepada Mike, memandangkan Mike tinggi 5 cm daripada mereka semua.

Selepas itu, mereka mula memasuki istana itu dengan bantuan tali.

---

Mereka memandang di sekitar istana.

"Tak nampak pun Raja Kegelapan." ujar Daniel.
"Entah² dia tengah tidur kot." jawab Rose.

Mereka mula berjalan untuk mencari Gliria.
Sepanjang mereka berjalan, mereka tak sedar ada seorang pengawal ada di belakang mereka.

"Hei." tegurnya.

Terkejut mereka apabila mendapati seorang pengawal menegur mereka.

Baru hendak melarikan diri, tetapi terbantut apabila mendengar kata² pengawal itu.

"Korang cari Gliria ke?"

Mereka memandang datar ke arah pengawal itu.

"Kau siapa? Macam mana kau boleh kenal Gliria?" soal Mike dengan geram.

"Tenang. Saya tahu di mana Gliria. Lagipun, saya kawan Gliria. Ya, walaupun sye berpihak pada kegelapan tapi saya masih ada rasa simpati." jelasnya.

"Boleh tunjukkan di mana Gliria?" soal Melody.

Pengawal itu mengangguk setuju dan mula mengorak langkah di sebuah pintu. Setelah pengawal iu membuka pintu, mereka kena lalui tangga yang sangat panjang di hanya disinari lilin.

Sepanjang mereka berjalan, mereka berbual. Mereka tahu bahawa pengawal itu bernama Toru. Dan mereka juga berterima kasih kerana menjaga Gliria dengan baik.

"Kita dah nak sampai. Korang semua bersembunyi di sana dulu. Saya nak bercakap dengan pengawal² di sana."

Setelah Toru bercakap sebegitu, mereka dengan pantas bersembunyi.

Mereka bersembunyi tak jauh dari pengawal² tersebut, jadi mereka masih boleh mendengar bualan Toru.

"Hey, biar aku yang jaga tahanan ni, korang berdua pergi makan dulu. Aku dah bercakap dengan Raja tadi." bohong Toru.

Pengawal² tersebut terus mengangguk dan berlalu pergi. Selepas pengawal² itu hilang dari pandangan, mereka pergi ke arah Toru.

Toru langsung membuka pintu itu, mereka berebut untuk masuk. Nak² Mike dan Rose.

"Saya kekasihnya, biar saya yang masuk dulu." ujar Mike.
"Ehhh..banyak cantik. Gliria tu sepupu saya, bagi saya masuk dulu." ujar Rose pula.

Melody menggeleng kepalanya dengan sikap rakan-rakannya. Dia terus menolak Mike dan Rose serentak.

"Auch!"

Gliria terkejut dari tidurnya apabila mendengar bunyi bising. Terkejut Gliria melihat rakan²nya berserta dengan Toru.

"Korang.." panggil Gliria.

Mereka memandang Gliria dan tersenyum manis kecuali Achille.

"Gliria!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top