Junior

              Sepanjang The Legendary berjalan, Gliria dan Rose bersorak gembira.

"Bagus la A Princess tak ada, aman duniaku." ujar Gliria dengan gembira.
"Kan...tak adalah kita asyik bergaduh je. Nanti cepat tua." ujar Rose dengan senyuman manisnya.

               Melody hanya mengangguk senang melihat rakan-rakannya gembira.

               Ketika mereka ingin ke cafe, mereka ternampak The Fighter bersama dengan seorang perempuan. Perempuan itu sedang memegang sebuku coklat nerserta dengan surat.

"Kenapa tu?" bisik Gliria pada Rose. Rose hanya mengangkat bahu tanda 'tidak tahu'.

                 Melody hanya memandang mereka dari jauh walaupun hatinya tengah gelisah dan pelik.

---

Situasi The Figher..

                 Sedang asyik The Fighter tengah berbual, seorang perempuan datang ke arah mereka dengan malu. Wajah perempuan itu merah kerana malu apabila The Fighter pandangnya, walaupun pandang lebih kurang je.

"Ye? Ada apa?" soal Daniel dengan pelik.

                Perempuan itu nampak gugup.
"Er..saya datang nak jumpa dengan Senior Achille. Boleh kita bercakap berdua?" soalnya dengan lembut.

                Wow..nak luahkan perasaan kalau macam ni. A Princess tak ada, langsung berani datang ke arah The Fighter.

                Achille hanya diam dan menggeleng.
"Nak bercakap, bercakap dekat sini. Ada apa?" soal Achille dengan dingin.

                Perempuan itu menggigit bibirnya dengan gugup dan mula menghulurkan surat dan coklat itu, membuatkan The Fighter pelik.

"Untuk apa?" soal Achille. Untuk apa la perempuan tu hulur coklat, dah la Achille tu kurang makanan manis.

"Senior, saya sukakan senior sejak pertama kali saya nampak senior. Harap senior terima coklat dan surat dari saya." ujar perempuan itu dengan berani.

                Mike hanya mengangkat kening kanannya, Daniel sedikit terkejut manakala Achille memandang datar ke arah perempuan itu.
Mike dan Daniel memandang ke arah Achille yang masih dingin.

               Achille membuang nafas beratnya.
"Maaf. Tapi aku takkan terima budak mentah." tolak Achille dengan dingin.
"Ta-tapi tolong la,terima coklat ni pun jadilah. Lagipun saya betul² sukakan senior, saya sanggup buat coklat ni untuk senior." rayunya.

               Achille hanya beriaksi biasa.
"Aku tak suruh pun kau buat coklat, lagipun alu tak makan makanan manis macam tu. Jauhkan coklat tu dari aku!" marah Achille dengan wajah tidak bersalah.

               Perempuan itu menunduk malu dengan Mike dan Daniel yang hanya memandangnya riak biasa sahaja. Ketua dah marah, tak boleh nak buat apa.

               The Legendary yang perasan perubahan Achille, terus menuju ke arah mereka berempat.

                Melody memandang ke arah Achille dan bertanya.
"Kenapa awak marah dekat junior?" soal Melody dengan pelik.

                Perempuan itu menjawap soalan Melody dengan pantas.
"Senior Melody, saya sukakan senior Achille sejak saya bertemu dengannya. Boleh tak senior tolong pujuk senior Achille untuk terima saya?" pujuk perempuan itu dengan sedih.

                Melody yang mendengar luahan perempuan itu langsung terbungkam. Yang lain tidak perasan perubahan wajah Melody kerana perhatikan perempuan itu tetapi tidak bagi Achille. Achille yang perasan perubahan kekasinya terus geram dengan sikap junirnya yang suka hati cakap macam tu. Betul² pada kekasih dia pulak tu!

"Untuk pengetahuan kau, aku dah ada kekasih. Dan kekasih aku ada di akademi ni! Dan aku takkan terima kau faham?" terang Achille dengan kuat.

                  Perempuan itu membeku di tempatnya.
"Se-senior pasti tipu, senior cakap macam tu sebab nak tengok saya macam mana kan? Lagipun, kalau senior ada kekasih, pasti senior akan selalu bersamanya dan pasti dah heboh satu akademi." ujar perempuan itu. Nampaknya dia taknak mengalah.

"Buat apa nak heboh, nanti korang semua akan tahu juga siapa kekasih aku nanti. Antara cepat atau lambat je. Dan aku hanya bersama dengannya bila semua orang dah tidur, kau pasti tahu apa kami buat jika berdua." terang Achille.

                  Perempuan itu yang faham maksud Achille terus menangis teresak esak. Malahan, yang lain juga faham sangat,sangat,sangat,sangat maksud Achille. Achille hanya memandang perempuan itu dengan wajah tidak bersalah. Manakala, Melody memandang Achille dengan geram.

'Sempat lagi dia reka cerita yang bukan².' desis hati Melody.

                    Perempuan itu terus meminta maaf dan meninggalkan mereka. Selepas perempuan itu pergi, Mike dan Daniel memandang ke araa Achille dengan terkejut. Manakala, wajah Gliria dan Rose menahan malu. Tapi Melody hanya beriak biasa.

"Kau-kau lakukan 'benda' tu ke?" soal Daniel dengan wajah terkejutnya.
"Tak adalah, aku saja je cakap macam tu. Rimas la aku dengan perempuan tu." rungut Achille sambil memandang Melody dengan ekor matanya.

                   Daniel, Mike, Gliria dan Rose bernafas lega.
"Habis tu, pasal kekasih tu?" soal Mike pula.
"Oh, yang tu betul la..Dah la, aku nak makan dulu." ujar Achille lantas berlalu pergi meninggalkan yang lain.

                   Tapi sebelum dia pergi, Achille dalam diam membuat isyarat agar Melody mengikutinya. Melody yang faham isyarat Achille terus mengikut meninggalkan yang lain termenung.



















"Sampai bila korang nak termenung! Taknak makan ke?!" jerit Melody dari jauh.

                 Mereka tersedar dan berlari ke arah Melody dan Achille yang sedang beratur untuk ambil makanan dan cuba mengabaikan kata² Achille.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top