Istana Kegelapan

    Daniel dan Rose saling mengejar antara satu sama lain. Well, mereka tengah bermain kerana excited sangat sebab sudah nak sampai ke kerajaan kegelapan.

    Mike hanya menggeleng kepalanya melihat pasangan muda itu manakala Melody dan Achille tersenyum melihat rakan-rakan mereka.

    Mereka seperti tengah bersiar-siar pula, padahal mereka sekarang dalam keadaan bahaya dan saling bertarung nyawa tak lama lagi.

     Ini lebih baik daripada melihat mereka bersedih. Itulah yang difikirkan Melody sekarang.

     Tak lama itu, mereka berhenti di sebuah pokok yang besar. Di hadapan sana, terdapat satu istana yang besar.

      Suasana di sekitar istana itu sangat menyeramkan, gelap, ada burung gagak yang saling berterbangan dan ada ramai pengawal yang menjaga di sekitar istana tersebut. Sekali pandang, dah nampak macam istana vampire pula.

"Tu la istana kegelapan." ujar Melody dengan yakin.

"Tapi bukankah kerajaan kegelapan seperti kita juga? Tak nampak pun rakyatnya?" soal Rose.

"Sebab kita lalu di jalan belakang. Kalau kita lalu jalan hadapan, mungkin kita akan kena tangkap. Rakyat kegelapan lebih ganas dari yang kita bayangkan." jelas Melody.

Rose hanya mengangguk faham.

"Banyak juga awak tahu pasal kegelapan." ujar Daniel.
"Saya pernah tanya pengetua pasal kerajaan ni." bohong Melody sambil tersenyum kaku.

Dan bertuahnya dia kerana Daniel percaya.

"Dah tu? Takkan kita nak duduk di sini je. Jom la kita masuk." ujar Mike dengan tidak kesabaran.

     Achille menghalang Mike dari pergi ke istana tersebut.

"Jangan. Pengawal terlalu ramai. Kita perlu ada rancangan dulu, kita tak boleh masuk sembarangan. Silap hari bulan, kita yang kena tangkap. Sabar dulu." ujar Achille.

     Melody mengiakan kata² Achille. Daniel dan Mike mengangguk faham manakala Rose melompong setelah mendengar perkataan Achille.

"Kenapa Rose?" soal Melody dengan pelik.

"Tak la, cuma...First time saya dengar Achille cakap panjang lebar macam tu." luah Rose.

     Mendengar kata² Rose membuatkan Melody ketawa. Achille pula menjeling tajam ke arah Rose dan berjaya membuat Rose kecut perut.

"So..apa rancangannya?" soal Daniel.

Mereka kembali fokus..

"Rancangannya ialah...."























tbc....

+++++++

Tunggu chapter seterusnya pula..

😉😉

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top