Hampir Terbongkar
😭Pening....
Melody mengeluarkan White dengan malas setelah mengunci pintu biliknya. Melody baring di atas katil dengan mata yang tertutup.
"Macam mana jalur emas boleh ada?" soal Melody
"Tu sebab jiwa saya sudah serasi dengan cik muda. Apa yang dirasakan oleh cik muda juga akan dirasakan oleh saya." jelas White
Melody mengeluh berat.
"Macam mana ni, para vampire dah tahu awak keluar."
"Memang mereka tahu tapi tak semuanya. Mereka tak dapat mengenalpasti siapa Rainbow yang sebenar. Banyak alasan boleh diberikan pada mereka semua. Lagipun kalau mereka tahu, mereka berpihak kepada kita." terang White dengan tenang.
Melody membuka matanya dan memandang White.
"Betul ke sisik awak tak pernah calar?" soal Melody setelah teringatkan cerita Daniel.
"Ya, sisik saya masih utuh sehingga sekarang cuma...dekat bahagian ekor tercalar sedikit, tapi tak nampak dengan mata kasar." jelasnya.
"Sebab?"
"Sebab saya pernah menjerit pada arwah puteri yang masih berumur 3 tahun, dia pukul ekor saya dengan pedangnya semasa saya kejutkan dia untuk bangun." terang White dengan sedih.
Melody meng'O'kan sahaja dan mengangguk. Terdapat satu idea untuk kenakan naganya.
"Kesiannya dia, mari sini. Tukar balik jadi rantai." ujar Melody dengan raut wajah yang tidak bersalah. Manakala White menjeling tuannya yang sedang ketawa terbahak bahak.
--situasi lain--
Mesyuarat besar besaran dilakukan oleh semua Ketua Oasis Vampire Tahap Tinggi sewaktu The Fighter, The Legendary dan A Princess berehat. Semua Ketua Oasis di situ adalah lelaki.
"Saya rasa dia adalah Rainbow kerana dia mempunyai jalur emas di rambutnya." terang Ketua Oasis Asrama
"Saya rasa tak mungkin la, takkan sebab dia ada jalur emas terus cakap dia adalah Rainbow. Kemungkinan dia hanya warnakan sahaja." balas Ketua Oasis Pelajar.
Mereka berbincang dengan rancak manakala Pengetua hanya mendengar sahaja apa yang dikatakan.
"Pasal jalur emas yang ada di rambut dia tu, saya rasa itu adalah Rainbow, kerana hanya Rainbow yang mempunyai jalur emas. Dekat sallon mana ada pewarna emas yang berkilauan seperti itu. Dan tanda emas itu adalah tanda kemunculan Naga White." terang Ketua Oasis Sukan dengan penjang.
"Tapi bukankah Rainbow rambutnya berwarna warni?" soal Ketua Oasis Cafeteria.
"Memang benar, saya rasa dia telah warnakan rambutnya supaya kegelapan tak menyerang kerajaan lain." balas Ketua Oasis Sukan.
"Mata dia pula? Kan mata dia jelas² warna pink. Saya langsung tak nampak warna warni tu." ujar Ketua Oasis Pelajaran.
"Kemungkinan dia hanya pakai koteklen atau apa² yang sepatutnya. Kerajaan Element kan banyak kuasa Element jadi tak hairan lah kalau mata dia warna pink." ujar Ketua Oasis Asrama.
"Saya cuma hairan satu hal, dia sedar tak yang dia tu Rainbow?" soal Ketua Oasis Cafeteria.
"Dah tentulah dia sedar. Dan kita semua perlu yakin pada dia. Dia tahu apa yang dia lakukan. Kita mesti bekerjasama dengan dia supaya kuasa kegelapan tak menemuinya." balas Pengetua.
"So,kamu semua yakin la bahawa Melody orangnya?" sambung Pengetua.
Semua ketua Oasis mengangguk. Tetapi ada seorang Ketua Oasis mengangkat tangannya.
"Saya bangkang dengan kenyataan itu, Maafkan saya jika kurang ajar tapi bukankah mata Rainbow akan tetap berwarna warni walaupun pakai keteklen atau apa²? Saya baca sendiri buku sejarah yang menunjukkan bahawa mata Rainbow tetap akan berwarna warni dengan apa sekalipun." terang Ketua Oasis Kesihatan.
"Saya pun rasa begitu. Pasti White hanya menumpang seketika bersama Melody supaya dapat kelirukan kegelapan." sokong Ketua Oasis Academy.
Semua memikirkan keterangan mereka berdua.
"Okay, jadi kita tetap akan mencari mereka berdua. Sesiapa yang menemukannya sila bagitau saya secepatnya." arah Pengetua.
"Baik tuan!!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Manakala White tengah gelisah di dalam rantai Melody.
"Hampir sahaja terbongkar. Mujurlah mereka tidak lagi syak Melody adalah Rainbow. Kalau tak, kegelapan akan menyerang Vampire Academy dulu. Dah la, kerajaan Vampire dekat dengan Kerajaan Element. Semoga peperangan berlaku semasa Melody dapat sayap sebenarnya. Tanpa sayap itu, Melody takkan lengkap untuk bertarung. Dan semoga Tuan Muda Andrew kuatkan kuasa pelindung emasnya."
😭😭😭😭
Esok 25/2
-saya akan present!!
-saya takut..
-doakan saya berjaya.
-kalau saya berjaya dpt markah byk saya janji akan update byk² lepas mid term.
-lps mid term, sya cuti seminggu.. dalam seminggu saya boleh update byk²..tu pun kalau sya dpt markah byk laa..
-so....
😁doakan sya ye...sye prsent pasal 'benefits eating chocolate'..semoga saya ingt apa yg dihafal..
Cau!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top