Dendam Albert
Gambar di atas adalah Fairy Flo.
"...Se.."
"..Rose.."
"Bangun la pekak!!"
Rose jatuh dari katil kerana terdengar jeritan Melody.
"Aduhhh, sakitnya."
Rose menggosok belakangnya yang sakit dan menjeling ke arah Melody yang hanya memandangnya dengan wajah innocent.
"Jangan buat muka tak bersalah Melody." ujar Rose dengan geram.
Melody ketawa kecil dan membantu Rose bangun.
"Tu la. Saya kejutkan taknak bangun. Pergi siap cepat, kita nak berangkat nanti." ujar Melody lalu keluar dari bilik meninggalkan Rose yang masih mamai.
---
"Melody, sudah kejutkan Rose?" soal Fairy Flo.
Melody mengangguk dan duduk di hadapan Achille.
"Makan la dulu, perjalanan kalian masih jauh." ujar Fairy Flo sambil menghidangkan nasi goreng ala fantasy kepada tetamunya.
"Terima kasih."
---
-Situasi Gliria-
"Lepaskan aku la bodoh!!" marah Gliria sambil memandang tajam ke arah pengawal-pengawal kerajaan kegelapan.
Pengawal² itu hanya diam buat tak tahu.
Tak lama itu, pintu bawah tanah terbuka dan muncullah seorang lelaki yang menutupi mukanya.
Lelaki itu memandang tajam ke arah Gliria.
Sama juga halnya dengan Gliria.
"Kau siapa pula hah?!" marah Gliria.
Lelaki itu tersenyum sinis.
"Aku? Aku adalah orang yang akan menghapuskan korang semua." ujarnya dengan datar.
Gliria membeku.
"Ma-mana Amber?! Bukankah dia yang akan berperang nanti?" soal Gliria lagi.
"Oh? Kenapa nak cari bonda aku?" soalnya.
Gliria membulatkan matanya apabila mendengar perkataan lelaki itu.
"Tak-takkan la ka-kau anak dia?" soal Gliria dengan takut.
Lelaki itu tersenyum sinis.
"Kenapa la korang semua ni lembap sangat? Korang semua ingat bonda aku ke yang akan berperang dengan kalian? Bonda aku dah lama mati! Sekarang ni aku la yang akan balas dendam dekat korang semua!" marah lelaki itu.
Gliria menggeleng kepalanya dengan perlahan.
"Kami tak buat apa² pun pada Amber." ujar Gliria dengan perlahan.
Lelaki itu ketawa sinis mendengar perkataan Gliria.
"Tak buat apa² kau kata?! Tak buat apa²?!!! Kau tahu tak? Bonda aku kena halau dari kerajaan Element! Kena palau dengan rakyat sendiri!! Kena kutuk sampai bawa lari ke sini!! Ammy, adik kepada bonda aku tu selalu kena puji, selalu disanjung tinggi oleh semua orang!! Tapi bonda aku tak! Kenapa bonda aku tak disanjung juga walaupun kuasa berlainan?! Kenapa?! Bonda aku juga darah kerajaan!! Tapi kenapa dilayan seperti sampah!!" marah lelaki itu dengan panjang lebar.
Gliria hanya mampu menangis diam. Dia dapat merasakan kekecewaan pada lelaki itu dan juga marasa hawa panas dalam penjara bawah tanah ni.
"Tapi bagus juga bila tahu Ammy tu dah mati! Dah tak ada di dunia ni lagi! Boleh juga bonda aku kuasai dunia ni tapi lihat la sekarang! Bonda aku dah tak ada sebab Raja Element sendiri yang bunuh bonda aku! Dan waktu tu juga aku masih kecil. Aku juga perlukan seorang ibu! Tapi apa yang terjadi lebih dari apa yang aku bayangkan!! Bonda aku sendiri mati depan muka aku sendiri!!" terangnya lagi.
Flashback
"Bonda, perlu ke bonda pergi ke sana?" soal seorang budak lelaki yang berumur 7 tahun.
Amber tersenyum kepada anaknya.
"Albert jangan risau, bonda tak lama pun. Lepas bonda berjaya, bonda akan balik semula." ujar Amber lantas mencium dahi anak lelakinya.
Albert hanya diam dan memandang Amber yang terbang pergi ke kerajaan Element.
Albert menunggu kepulangan Amber, tetapi Amber tak sampai lagi.
Jadi, Albert mengambil keputusan ingin pergi ke kerajaan Element deegan sayap kecilnya.
Sepanjang perjalanan, Albert sentiasa melihat mayat bergelimpangan di sana sini. Darah yang banyak dan mampu membuatkan mual.
"Ayahanda tak sangka anakanda jadi seperti ini!" marah Raja Element.
Albert yang mendengar percakapan Raja Element dengan Amber terus bersembunyi di sebuah guni yang agak besar.
"Ni salah ayahanda juga! Kalau ayahanda bela anakanda dan hukum rakyat yang mengutuk anakanda, anakanda takkan jadi macam ni!" marah Amber.
Raja Element menggeleng kepalanya dengan perlahan.
"Ayahanda bela anakanda, tapi kalau nak hukum rakyat, ayahanda tak sanggup.Dalam undang² tiada hukuman nagi mereka. Mereka juga berhak hidup di luar sana. Ayahanda taknak menjadi Raja yang kejam. Tolong la faham." rayu Raja Element.
Raja Element ingin mendekat tetapi Amber menghulurkan pedang ke arah wajah Raja Element.
"Jangan dekat. Kalau tak aku bunuh kau! Kau bukan ayah aku! Aku tak kenal kau!" marah Amber.
Hati Raja Element seperti tertusuk sebilah pisau. Dia langsung tak menyangka, anak kesayangannya selepas arwah Ammy tidak mengakunya sebagai ayah.
"Amber, maafkan ayahanda. Ayahanda terpaksa lakukan semua ni." ujar Raja Element lantas membuang paksa pedang Amber dan menikam tepat ke arah jantung.
Amber jatuh tak bernyawa. Raja Kegelapan menangis teresak esak manakala Albert menutup mulutnya kerana tak menyangka datuknya membunuh bondanya.
"Maaf anakanda. Menurut undang², jika seorang anak tak mengaku salah satu keluarganya, ia akan dihukum mati. Tenang la di sana anakanda Amber."
Selepas Raja Element berkata seperti itu, tubuh Amber diangkat ke langit.
End Flashback
Albert menitiskan air matanya lantas mengesat dengan kasar.
"Waktu tu, aku dengan beraninya ingin membunuh Permaisuri Element supaya dia tahu macam mana hilangnya orang tersayang. Tapi semuanya gagal. Nak tahu sebab apa?" soal Albert.
Gliria hanya diam memandang Albert itu.
Albert terus menampar wajah Gliria.
Menitis air mata Gliria kerana sakit di pipinya.
"Sebab adanya orang trpilih tu la!! Si Golden tu telah hancurkan rancangan aku! Dia pergi letak pelindung di istana tu sampai aku tak boleh nak masuk! Dan selepas ni, aku akan hapuskan mereka berdua dengan kejam! Dan dunia ni hanya akan jadi milik aku! Aku akan tunaikan cita² bonda aku selama ni! Rasanya tak sabar nak berperang! " terangnya lantas ketawa jahat.
Gliria menunduk takut.
"Jaga dia! Jangan sampai terlepas! Aku tak sabar nak tunggu kehadiran Rainbow." ujar Albert.
Pengawal itu mengangguk faham. Selepas tu, Albert keluar dari situ meninggalkan Gliria seorang diri.
---
"Terima kasih kerana tumpangkan kami." ujar Melody dengan gembira.
Fairy Flo mengangguk kepalanya dengan senyuman.
"Ini sudah tugas saya. Jangan risau. Nah, ini adalah sedikit penawar untuk kalian. Penawar itu akan bangkitkan tenaga kalian." ujar Fairy Flo.
Mereka mengambil penawar masing- masing.
Mereka tersenyum kepada Fairy Flo.
"Terima kasih. Kami hargainya." ujar Mike dengan gembira.
Fairy Flo mengangguk.
"Ikut je laluan pokok besar. Dekat sana kalian akan nampak sungai. Kalian perlu melintas sungai itu barulah kalian semakin hampir dengan kerajaan kegelapan. Tapi, hati². Sungai itu ada makhluk seperti buaya. Dan dia boleh makan awak dalam masa 1 saat sahaja. "terang Fairy Flo.
Mereka mengangguk faham dan mula meninggalkan Fairy Flo yang tersenyum mesra memandang mereka.
++++++++++++++
Rajin sgt nk update
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top