3 dewa

"Apa benda tu awak?"

              Soalan Melody hanya dibalas gelengan oleh Achille. Achille ingin pergi ke arah itu tetapi dihalang oleh Melody.

"Awak, kalau tu haiwan ganas macam mana?" soal Melody dengan bimbang.
"Belum tengok, belum tahu. Jom." ajak Achille lalu memegang erat tangan Melody.

              Mereka menuju ke arah bunyi itu dan apa yang dinampaknya adalah seekor haiwan yang nampak gagah dan berkuasa.

( Dewa Ray )

"Haiwan apa tu?" gumam Melody dengan pelik.
"Entah² tu dewa tak?" jawab Achille. Melody menjeling Achille.

"Jangan nak bergurau bo-"

               Tak sempat Melody ingin membalas, haiwan itu terjatuh semasa ingin mengambil buah. Sudah 2 kali dia melompat tetapi langsung tidak dapat buah itu.

                Melody berasa kasihan melihat haiwan itu terpaksa bersusah payah.

"Achille, pergi la tolong ambilkan buah tu, kasihan saya tengok." suruh Melody sambil mencubit lembut lengan Achille.

                 Achille mengangguk dan pergi memanjat pokok buah itu dan mengambil beberapa buah dan pergi ke arah haiwan tersebut.

"Hey." panggil Achille.

                 Haiwan itu berpaling ke arah Achille dan terpandang buah yang banyak di tangan Achille. Achille yang faham riaksi haiwan itu terus memberikan buah itu di hadapan haiwan tersebut.

"Makan la." ujar Achille.

                 Seperti faham apa yang Achille cakapkan, haiwan itu terus makan dengan berselera.
Tak lama setelah itu, haiwan itu memandang Achille kembali.

"Terima kasih anak muda. Siapa namamu?"

                 Achille agak terkejut kerana haiwan itu boleh bercakap selain naganya.

"Saya Achille. Dan tu pulak kekasih saya, Melody." ujar Achille lantas menunjukkan ke arah Melody yang masih asyik memandang haiwan itu dari pokok.

                Haiwan itu ketawa melihat Melody yang masih memandangnya.

"Suruh la kekasihmu kemari."

                 Achille mengangguk dan menyuruh Melody datang ke arahnya. Melody yang faham terus pergi ke arah Achille.

"Perkenalkan, saya salah satu Dewa dalam hutan ini. Nama saya Ray."

                 Melody memandang Achille dengan riak gembira.
"Tak sangka tekaan awak betul tadi, haiwan ni adalah dewa." puji Melody. Dan pujian yang dilontarkan oleh Melody membuatkan Achille bersemu merah kerana malu + happy.

"Kamu berdua pasangan yang secocok."

"Terima kasih dewa Ray." balas Melody dengan wajah yang memerah. Ceyy, malu la ni.

"RAY! RAY!!"

                 Dewa Ray, Melody dan Achille memandang ke arah sisi kanan mereka, Melody memandang 2 ekor dewa yang tengah berlari ke arah mereka.

( Dewa Ayum / Ketua )


                           ( Dewa Jun )

Perhatian kepada readers :

Jika tulisan macam ni 👉( Dewa Ray )
Jika tulisan macam ni👉(Dewa Jun)
Jika tulisan macam ni👉(Dewa Ayum)

                Dewa Ayum memandang ke arah Melody dan Achille dengan pandangan yang sulit diertikan.

"Siapa kalian berdua?"

"Saya Achille dan ini adalah kekasih saya,Melody." jawab Achille dengan tenang. Tak takut ke dia tu?
"Salam kenal." ujar Melody dengan kikuk.
Kedua-dua dewa itu mengangguk.

"Ketua, Achille menolong aku mengambil buah tadi."

"Kenapa tak tunggu kami? Suka sangat berjalan sendiri."

"Jangan la marah Jun, aku kan lapar.."

                Dewa Ayum menggeleng kepalanya melihat rakan-rakannya. Dia memandang Achille dan Melody atau tepatnya Melody. Sepertinya dia tahu sesuatu tentang Melody.

"Untuk apa kalian datang ke hutan ini anak muda?"

"Kalian?"

"Ya, kalian. Saya ternampak rakan² kamu yang lain sedang tidur semasa saya datang ke sini."

Achille dan Melody mengangguk.
"Kami mahu mencari Tasik Galaxy." jawab Melody.

"Untuk apa kalian ingin mencari tasik suci itu?"

"Sebenarnya, kerajaan kami perlukan 2 ekor ikan galaxy untuk mengetahui siapa Rainbow dan Golden Protect." jawab Melody.

"Tapi, kan kalian boleh bertanya langsung pada ikan itu. Kenapa kalian harus membawanya pulang?"

"Itu kerana kuasa kegelapan cuba bunuh ikan galaxy itu. Kalau salah satu yang terbunuh, kami tidak akan mengetahui siapa Rainbow dan Golden protect. Untuk mengetahuinya, kita perlukan masa sekurang-kurangnya 3 hari. Jadi, sekaligus ingin menyelamatkan ikan itu." jelas Achille.

"Magik Galaxy adalah seperti nyawa mereka sendiri, apa kerajaan kalian ada magik itu?"

                  Melody tersenyum dan mengangguk dengan pantas.

"Pengetua di akademi kami mempunyai magik galaxy, jangan risau pasal tu." ujar Melody.

                  Para Dewa saling berpandangan dan memandang kembali ke arah Achille dan Melody.

"Baiklah jika begitu, biar kami yang tunjukkan keberadaan tasik itu."

                  Melody sangat gembira kerana para dewa membantu mereka.

"Terima kasih." ujar Achille dan Melody serentak.

"Sebaiknya kamu berdua tidur. Esok kita akan pergi ke tasik itu."

                 Melody dan Achille mengangguk dan mula berjalan ke arah khemah.

"Selamat datang Rainbow Girl."

                Melody berhenti berjalan kerana terkejut mendengar suara Dewa Ray. Melody memandang Achille yang masih berjalan di hadapan seperti tidak mendengar apa².

"Hanya kamu yang mendengar kami saat ini Rainbow."

"Berjuang laa..Masa sudah semakin suntuk. Kami menyokong kamu dari belakang."

                  Melody mengangguk dan mula melangkah mengikuti langkah Achille. Lara dewa itu memandang Melody dengan pandangan lembut.

Sebenarnya, mereka sudah tahu bahawa Melody ialah Rainbow kerana mereka nampak rambut dan mata Melody yang berwarna warni itu. Mungkin Melody boleh membuat penyamaran dan berjaya mengaburkan mata orang lain tetapi tidak dengan para dewa. Pancaindera mereka sangat tajam.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top