Bab 3✍️

"OKEY... Pastikan tugas yang saya bagi pada hari ini siap pada hari esok, sebab saya nak awak semua buat presentation mengikut kumpulan yang sudah saya tetapkan. Itu sahaja. Terima kasih." Pesan pensyarah yang mengajar mereka pada masa pertama itu. Lalu keluar dari kelas tersebut.

"Hari pertama, dah banyak kerja... Dah lah kita terpisah," keluh Siti.

"Tak baik tau mengeluh. Sekarang ni, kita ada masa lagi dua jam sebelum masa pembelajaran kedua bermula. Jadi baik kita pergi kumpulan masing-masing dan berbincang," kata Nurul sambil menyusun buku-buku rujukannya dan menuju ke tempat kumpulannya.

"Jangan mengeluh ye? Aku gerak dulu," kata Dania sambil menepuk lembut bahu Siti. Lalu beredar menuju ke arah kumpulannya pula.

Dania tidak sangka bahawa lelaki yang berkaca mata hitam sebentar tadi adalah sama kumpulan dengannya. Ditambah lagi apabila lelaki itu tidak memakai cermin mata hitam. Terserlah lah kekacakannya. Gatal kau ni kan Dania!

"Okey. Sebelum kita mulakan perbincangan kita, saya nak semua kenalkan diri. Saya Irwan Shah, selaku ketua kumpulan." Kata Irwan.

"Tengku Amir Ezzwan." kata lelaki yang kacak itu memperkenalkan dirinya. Mamat kacak tu anak Tengku? Biar betul? Idaman aku tu. Bebel Dania dalam hati.

"Dania Amanda." Dania pula memperkenalkan dirinya.

"Aleyana," kata Aleyana pula. Salah satu ahli kumpulan mereka. Selepas mereka sudah memperkenalkan diri, mereka pun terus berbincang tentang topik yang diberikan kepada mereka.

"JADI ahli kumpulan kau orang okey tak?" Soal Nurul sambil menyuapkan Nasi Goreng ke dalam mulutnya. Mereka hanya lunch di Cafe yang bersebelahan dengan Universiti.

"Okey." Jawab Dania sepatah. Siti pula sudah memuncungkan bibirnya. Nurul yang sedar akan perbuatannya pantas bersuara.

"Nak mengumpatlah tu," katanya. Siti tersengih.

"Nak mengumpat sikit je lah... Ketua kumpulan kitorang tu ha! Aku tak sukalah, gedik sangat!" Kata Siti geram.

"Lama-lama biasalah tu... Biasalah perempuan," ujar Nurul. Beberapa saat kemudian, tiba-tiba Hariz dan dua orang lagi kawannya menuju ke arah Dania.

"Nia, ikut aku kejap," panggil Hariz.

"Apa?" Soal Dania. Malas dia nak berdiri.

"Sinilah!" Kata Hariz tidak mahu mengalah. Dania pun mengalah lalu menuju ke arah Hariz.

"Apa?" Soalnya sekali lagi setelah dia tiba di hadapan Hariz.

"Kau tahu tak? Mamat yang aku cakap semalam tu, satu kumpulan dengan kau," kata Hariz sambil mengusap belakang tengkuknya.

"Mamat yang mana satu?"

"Baju putih tu," balas Hariz.

"Oh... Mamat kacak yang anak Tengku tu ke? He's my taste... Kau pun tahukan ciri-ciri lelaki yang aku suka..." Kata Dania. Wajah Hariz mula berubah.

"Kau lebih sayang siapa? Aku atau mamat tu?" Soalnya. Dania terdiam seketika.

"Soalan apa kau tanya ni? Dah lah. Aku nak sambung makan... Kesian member kau... Dah bosan agaknya dia orang tunggu..." Kata Dania lalu menapak ke arah Siti dan Nurul.

Hariz hanya berdiam diri. Dia sangat berharap Dania berada di kumpulannya. Tapi malangnya tidak.

"Siapa tu? Pakwe ke?" Soal Siti.


"Tak. Kawan aku... Kenapa? Kau minat ke?" Usik Dania.

"Boleh juga..." Balas Siti lalu tertawa. Nurul hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat sahabat-sahabatnya itu.

Setelah selesai mengisi perut, tiga sahabat itu pun terus masuk ke kelas mereka. Sesampai sahaja di kelas, Dania terkejut apabila melihat Amir yang dengan tenangnya duduk di tempat Dania.

"Err ini tempat aku..." Kata Dania.

"Tahu..." Balas Amir.

"Kalau tahu kenapa duduk kat sini?" Soal Dania.

"Saja..." Balas Amir lalu berdiri.

"Err...awak," panggil Dania lembut. Amir pun menoleh ke arah Dania sambil mengangkat keningnya.

"Boleh saya nak bercakap dengan awak?" Soal Dania.

"Sure... Apa dia?"

Dania pun menghulurkan telefonnya. Amir mengangkat kening tidak faham. Dania sudah tersengih seperti kerang busuk.

"Nak no..." Belum sempat Dania mengakhiri percakapannya, tiba-tiba telefonnya dirampas oleh  seseorang dan itu adalah Hariz. "Apa ni! Bagi balik!" Marah Dania.

"Kau nak minta nombor telefon mamat ni? Dia nak ke? Kalau nak pun, tak payah! Aku tak suka kau rapat dengan mamat ni!" Marah Hariz lalu beredar tanpa mengembalikan telefon Dania.

"Woi kerek! Bagilah sini!" Jerit Dania sambil mengejar Hariz. Amir tersenyum melihat Dania.

"Comel..." Katanya.

Hariz ni kacaulah! Baru je nak nombor Amir! Terpaksalah aku tunggu hingga kelas habis ni... bebel dalam hati Dania.

"Kau okey ke?" Soal Nurul. Lalu Dania mengangguk.

"Kenapa ni? Mamat kacak tu tak bagi nombor dia ke?" Soal Siti pula.

"Taklah... Mamat kerek tu lah! Memandai je rampas telefon aku!" Marah Dania sambil menunjuk ke arah Hariz yang leka bersembang dengan beberapa orang kawannya sambil memegang telefon milik Dania.

"Untunglah dapat kawan lelaki yang protective..." Kata Siti sambil menongkat dagu dengan tangannya.

Dania diam. Tiba-tiba Dania terkejut dengan kehadiran Amir yang kini berada di hadapannya.

"Ke... Kenapa?" Soal Dania tergagap-gagap. Siti dan Nurul hanya membuat hal masing-masing.

Tiba-tiba Amir menghulurkan telefonnya. Dania mengerutkan dahinya.

"Nombor telefon awak..." Katanya. Hati Dania hampir gugur mendengar kata-kata Amir. Betul ke? Tak mimpi ke? Getusnya dalam hati. Perlahan-lahan Dania menyambut huluran Amir lalu menyimpan nombornya.

"Terima Kasih." Ucap Amir lalu beredar.

"Wah... Hari pertama dah ada peminatlah..." Seloroh Nurul.

"Mana ada..." Jawab Dania malu-malu.

"Malu lah tu..." Usik Siti pula.

SELEPAS kelas terakhir selesai, Dania pun menghampiri Hariz.

"Telefon aku..." Kata Dania sambil menadahkan tangannya.

Tanpa banyak cakap, Hariz pun menghulurkan telefon tersebut. Setelah itu, Dania beredar.

"Beredar macam tu je?" Kata Hariz.

"Awek ke?" Soal Azam, rakan sebiliknya.

"Harap macam tu lah... Tapi apa boleh buat kalau orang tak sudi..." Balas Hariz.

"Sedih juga cerita hidup kau ni kan..." Gurau Azam lalu tertawa.

"Aku tumbuk kang..." Kata Hariz lalu meninggalkan Azam yang masih tertawa.

Uknown
Hai... Ini Amir ni

You
Ouhh...hai

Amir❤️
Tadi tu pakwe awak ke?

You
Yang mana ek?

Amir❤️
Yang rampas fon awak tadi

You
Ouhh Hariz... Taklah. Kawan saya...

Amir❤️
Ouhh... Yela...btw awak comel...😊saya nak off dah ni... Esok jumpa kat kelas... Awak buatlah apa yang patut untuk persediaan esok... Bye. Selamat malam!

You
Terima kasih😂

You
Bye! Selamat malam juga!

Arkh! Dia kata aku comel? Dania benar-benar bahagia. Kenapa tak dapat berhenti senyum?

"Senyum-senyum ni mesti ada berita bahagia ni... Betul tak?" Soal Siti. Dari tadi dia sedar bahawa Dania tidak berhenti tersenyum.

"Adalah..." Jawab Dania. Namun senyuman masih terukir dibibirnya.

"Kedekutnya dia ni..." Gurau Siti. "Dah... Tidur... Lambat pula bangun esok." Sambungnya sambil menguap.

"Tak apalah... Esokkan kelas mula pukul sepuluh..." Balas Dania

"Lagi bagus kalau kita gerak awal... Dapat juga kita buat persediaan untuk presentation nanti..." Kata Nurul yang dari tadi hanya berdiam diri.

"Dengar tu? Tidur..." Sampuk Siti. Dania hanya tersengih.

"Okeylah... Selamat malam." Ucap Dania lalu ubatnya yang terletak di dalam locker dicapai dan ditelan bersama air kosong. Siti dan Nurul hanya memandang Dania dengan pelik.

~~~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top