Bab 2✍️
Seminggu kemudian
BAGASI berwarna biru milik Dania di angkat oleh Hariz lalu diletakkan dalam bonet kereta miliknya. Hari ini mereka akan bergerak ke Universiti untuk mendaftar.
"Haa... Hariz, nanti kat U, Hariz tengok-tengokkan lah anak mak cik ni... " Pesan puan Rohani kepada Hariz. Dia sudah menganggap Hariz seperti anaknya sendiri kerana Hariz sangat rapat dengan Dania.
Hariz mengangguk. "Baiklah mak cik..."
"Mama ni... Dania tahulah nak jaga diri sendiri... Dania dah besarlah ma..." Ujar Dania sambil memuncungkan mulutnya.
"Yala tu... Kau orang geraklah... Nanti lewat pula." Kata puan Rohani.
"Okey mama... Jaga kesihatan tau... Bila Dania sampai kat KL tu, nanti Dania call... Asalamualaikum..." Dania pun menyalami tangan ibunya.
"Ha... Yala. Walaikumusalam." Balasnya. "Rania, Rafiq, salam kakak..." Arah puan Rohani kepada anak-anaknya. Lalu tanpa membuang masa, mereka pun menyalami tangan kakak sulung mereka itu.
Setelah mengucapkan selamat tinggal, kereta Toyota milik Hariz pun meluncur laju meninggalkan halaman rumah puan Rohani.
"Nia... Aku rasakan, kita ni jodohlah..." Seloroh Hariz.
"Banyaklah kau punya jodoh... Pasal apa pula?" Soal Dania.
"Yala... Dari tadika sehinggalah kat U ni, kita sekelas je... Perasan tak?"
"Hei, tu kebetulan je lah... Jodoh lah sangat," Ujar Dania sambil membetulkan kedudukannya. "Weh, aku tak sabarlah nak jejak kaki kat sana... Mesti banyak mamat kacak..." Sambung Dania dengan terujanya.
"Kau jangan nak gatal sangat ek?" Sindir Hariz.
"Kalau cemburu cakap je lah... Nak sindir kita pula."
"Suka hati kaulah... Tak ada masa aku nak cemburu..."
"Yala tu... Baik aku tidur. Kejutkan aku bila sampai nanti." Setelah itu, Dania pun dibuai mimpi.
"NIA... Bangunlah! Dah sampai ni!" Kata Hariz entah yang keberapa kali.
"Hmm?"
"Kita sampai!" Ulangnya kembali.
Mata Dania terus sahaja terbuka luas apabila ayat tersebut terpacul di bibir Hariz. "Jom!" Ajaknya.
"Eleh minah ni... Cepat betul ye."
"Bawa beg dulu atau mendaftar dulu?" Soal Dania setelah mereka keluar dari kereta milik Hariz.
"Daftar dulu lah..."
"Ha... Yala." Kata Dania lalu menapak ke arah bangunan yang sangat tinggi dan besar itu.
Semasa menuju ke meja pendaftaran pelajar tahun pertama, Hariz secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki.
"Maaf." Ucap Hariz.
"Kau tak ada mata ke?" Sindir lelaki itu. Kaca mata hitam dibetulkan.
"Aku dah minta maafkan?" Balas Hariz. Geram sangat dengan mamat sombong yang kini berada di hadapannya.
"Kau fikir maaf tu boleh puaskan hati aku?" Ucap lelaki tersebut.
"Jadi kau nak apa?" Soal Hariz.
"Ber-lu-tut..." Sebut lelaki itu satu-persatu dengan sombong.
"Aku tak ada masa nak buat semua benda tu... Sekarang ni aku dah lambat nak mendaftar!" Baru sahaja Hariz ingin beredar, lelaki itu terus menolaknya.
"Apa masalah kau!" Bentak Hariz. Dia benar-benar tidak dapat mengawal emosinya.
"Relakslah bro... Aku nak kau berlutut je... Susah ke?"
"Kau..." Baru sahaja Hariz ingin menhadiahkan penumbuk kepada mamat sombong itu, Dania tiba-tiba muncul.
"Hariz! Kau buat apa kat sini... Jom." Katanya lalu menarik lengan Hariz.
"KAU ni kenapa? Ketat je muka..." Soal Dania semasa mereka ingin mengambil beg pakaian mereka yang berada di kereta Hariz.
"Kau nampak tak mamat kat depan aku tadi?" Soal Hariz.
"Tak... Aku tak perasan pun,"
"Okey tak apa... Tapi mamat tadi tu melampau sangat tau... Tadi aku tak sengaja langgar dia... Boleh pula dia suruh aku melutut nak minta maaf? Memang taklah aku nak! Dia fikir dia tu siapa?" Marah Hariz sambil mengepalkan buku limanya.
"Okey... Kau tenang dulu... Lepas tu angkat beg aku sekali ye... Aku tunggu kau kat depan pagar asrama perempuan," arah Dania lalu beredar meninggalkan Hariz yang terkulat-kulat.
"Cantik muka minah ni... Dia fikir aku kuli ke apa?" Kata Hariz bermonolog sendiri.
Sesampai di hadapan bilik yang ditetapkan untuknya, Dania pun menarik nafas. Haraplah roommate aku ni baik-baik orangnya ucap Dania di dalam hati. Sebelum Dania memasuki bilik tersebut, dia pun menelefon ibunya bahawa dia sudah sampai di Universiti. Selepas menamatkan panggilan, Dania perlahan-lahan menolak daun pintu bilik tersebut. Kelihatan dua orang gadis yang sibuk mengemas pakaian mereka. Nampaknya mereka pun pelajar tahun pertama.
"Asalamualaikum..." Ucap Dania. Kedua-dua gadis tadi menoleh ke arahnya. Lalu mereka pun tersenyum.
"Walaikumusalam, masuklah," pelawa gadis yang berambut paras bahu itu. Dania pun masuk ke dalam bilik tersebut.
"Tahun pertama?" Soal gadis yang berambut panjang pula. Lalu Dania mengangguk. "Samalah..." Sambungnya.
"Saya Nurul Balqis... Panggil Nurul je..." Kata gadis yang berambut paras bahu itu. Kulitnya cerah. Berbeza pula dengan yang berambut panjang, kulitnya hitam manis seperti kulit Dania.
"Saya Siti Umairah... Panggil Siti je." Giliran yang berambut panjang pula memperkenalkan diri.
"Saya Dania Amanda... Boleh panggil Dania..." Kata Dania pula.
"Barang awak mana?" Soal Nurul. Hairanlah juga Dania masuk je tadi tak bawa barang pun.
Dania tersengih. "Nanti datanglah... Kawan yang bawa," balasnya. Kejam sangat kau ni kan Dania? Pandai-pandai je kau suruh anak orang bawa barang kau... Dah lah berat. Bebel hatinya sendiri.
"Boyfriend ek?" Gurau Siti.
"Bukanlah... Kawan." Nafi Dania. Tiba-tiba telefonnya berdering. "Hello?" Sapa Dania selepas telefon dilekapkan ke telinganya.
"Weh... Aku kat depan pagar asrama perempuan dah ni... Cepat lah turun." Kedengaran suara Hariz di hujung talian.
"Okey." Jawab Dania sepatah lalu menamatkan panggilan. "Err... Saya turun ambil barang dulu ye?" Kata Dania kepada rakan sebiliknya. Selepas mereka mengangguk, Dania pun meninggalkan bilik tersebut.
"Terima kasih tau... Susah-susah je kau ni..." Ucap Dania kepada Hariz.
"Kepala kau! Kalau tahu susah, yang kau suruh aku apa hal?"
"Alahh... Tu pun nak marah... Orang gurau je. Dah lah... Bye! Terima kasih!" Ucap Dania lalu beredar.
"Tak ikhlas punya orang," kata Hariz lalu menuju ke asrama lelaki.
KEESOKAN harinya, jam tujuh lagi, Dania dan rakan-rakannya sudah bangun untuk bersedia ke kelas. Kelas mereka akan bermula pada pukul lapan setengah. Tak sangka mereka bertiga ni mengambil course yang sama.
"Dah siap ke?" Soal Nurul sambil membetulkan tudungnya.
"Jom..." Ajak Siti pula. Lalu mereka bertiga pun meninggalkan bilik tersebut dan menuju ke kelas.
Sesampai di kelas, mereka pun mengambil tempat masing-masing. Asyik tiga orang gadis itu bersembang, tiba-tiba suasana menjadi riuh.
"Kenapa ni?" Soal Dania yang kebingungan. Begitu juga Siti Dan Nurul. Tiba-tiba mata mereka tertumpu pada seorang lelaki yang kemas mengenakan baju berwarna putih dan memakai kaca mata hitam.
"Kacak gila mamat tu..." Puji Dania tapi tidak didengari oleh Nurul dan Siti.
"Dia fikir dia tu artis ke? Dengan kaca mata hitam dia tu..." Sindir Siti.
"Wei... Tak baik cakap orang macam tu tau... Baik kita jaga diri kita sendiri," nasihat Nurul pula. Walaupun baru sehari kenal, Dania sudah kenal akan sikap Nurul dan Siti ni. Nurul seorang yang matang dan baik. Siti pula, dia lebih kepada kebudak-budakan. Macam Dania lah. Haha.
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top