Bab 1✍️
9 tahun kemudian
"HARIZ!" Jerit Dania dengan sekuat hatinya apabila sahabatnya itu tidak berhenti mengganggunya.
Hariz hanya ketawa terbahak-bahak melihat baju Dania yang dipenuhi kotoran akibat dibaling lumpur olehnya.
"Kau fikir ini salji ke? Kau ni memang nak kena kan!" Marah Dania lalu mengejar Hariz yang tidak berhenti mengejeknya. "Janganlah lari laju sangat!" Jerit Dania.
Kalau korang nak tahu, Hariz adalah sahabat Dania dari kecil. Mereka sudah seperti adik-beradik kerana susah senang mereka kongsi bersama.
"YA Allah, apa nak jadi dengan anak dara aku yang seorang ni... " kata puan Rohani selepas melihat keadaan Dania yang dipenuhi dengan lumpur. "Busuknya... Dania darimana ni?" Soal puan Rohani.
"Dania dari sawah... Teman Hariz jalan-jalan..." Jawab Dania sambil tersengih seperti kerang busuk.
"Jalan-jalan apanya kotor macam ni... Dania mandi lumpur ke? Dania bukan budak-budak lagi ... Bulan depan dah nak masuk Universiti dah..." Nasihat puan Rohani.
"Orang tahulah... Sebab tu nak main puas-puas kat kampung ni sebelum nak gi KL..." Balas Dania selamba.
"Yala tu, dah... Pergi mandi... Busuk,"
Puan Rohani hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai Dania yang serupa dengan budak tahun 1 itu. Tetapi dia juga sangat bersyukur kerana berjaya mendidik anak sulungnya, Dania Amanda sehingga ke Universiti tanpa seorang suami. Anaknya yang kedua pula, Rafiq Ahmad yang akan menduduki peperiksaan terbesar pada tahun ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala, anak bongsunya, Rania Amenda baru sahaja berumur 16 tahun.
"DANIA dah beli ke semua barang yang Dania perlukan untuk ke U nanti?" Soal puan Rohani pada Dania semasa mereka menjamu selera pada malam itu.
"Dah... Mama jangan risau lah,"
"Mana mama tak risau... Dania tu dah lah pelupa... Muda-muda lagi dah pelupa," katanya
"Hehe... Anak mama juga..." Balas Dania
"Kak... Kalau kat U tu, mesti ramai abang-abang kacak kan?" Sampuk Rania yang dari tadi berdiam diri.
"Hei... Kau tu budak lagi..." Tegur Dania
"Eleh... Orang cakap je...tu pun nak marah..." Balas Rania sambil mencebikkan bibirnya.
"Akak ni bukan nak yang kacak je... Akak nak lelaki yang kaya... Barulah dapat ubah kehidupan kita..." Ayam goreng disua ke mulut.
"Dania... Kalau nak bercinta tu, kena ikhlas... Bukan macam ni..." Tegur puan Rohani.
"Padan muka..." Ejek Rafiq pula.
Dania hanya mencebik.
KEESOKAN harinya, asyik Dania membaca novel di bilik, tumpuannya terganggu apabila mendengar telefonnya berdering minta diangkat.
"Kau nak apa?" Soal Dania sebaik sahaja telefon dilekapkan ke telinganya.
"Asalamualaikum..." Kedengaran suara Hariz dihujung talian.
"Walaikumusalam... Kau nak apa?" Soal Dania semula
"Elehhh... Minah ni... Sepak kang... Err... ni, teman aku gi pekan... Beli barang sikit..."
"Okey... Tunggu kat tempat biasa..." Tanpa menunggu jawapan dari Hariz, Dania terus menamatkan panggilan.
"MINAH ni... aku belum habis cakap, dia dah letak..." Kata Hariz bermonolog.
Tidak lama kemudian, bayangan Dania pun kelihatan. "Hariz!" Panggilnya sambil melambaikan tangan.
Hariz hanya tersenyum melihat gelagat Dania. Perangai kebudak-budakan Dania lah yang membuat Hariz menyukainya. Bukan sahaja Hariz, malah jejaka yang berada di kampung juga tergila-gila akan Dania. Namun perasaannya itu tidak pernah diluah kerana dia tidak ingin Dania menjauhkan diri darinya.
"Barang apa yang kau nak beli tu?" Soal Dania sesudah berada di hadapan Hariz.
"Barang untuk aku bawa Kat U lah... Aku belum beli lagi... Minggu depan kita dah nak gerak kan?" Balasnya.
"Tu lah... Lain kali sedialah awal-awal... Dah lah, jom." Ajak Dania lalu menapak ke arah kereta Toyota milik Hariz.
"Nia, kau excited tak?" Soal Hariz tanpa melihat ke arah Dania. Yela, Harizkan tengah memandu.
"Excited apa pula?" Soal Dania pula. Kepala yang tidak gatal digarunya. Bingung dengan soalan Hariz.
"Kau ni... Buat-buat tak tahu pula... Aku tanya, kau excited ke nak belajar kat U?" Soalnya semula.
Dania pantas mengangguk. "Sangat-sangat... Aku nak juga jejak kaki kat KL tu... Mesti best! Lepas tu mesti ramai mamat kacak... Tak sabarnya..." Ucap Dania dengan teruja.
Riak wajah Hariz mula berubah apabila mendengar ucapan yang terpacul dari mulut Dania. Namun dia cepat-cepat menyembunyikan perasaan cemburu yang menguasai dirinya. Dia tidak ingin Dania tahu bahawa dia cemburu.
"Kau okey ke? Senyap je," soal Dania kehairanan.
"Okey lah... Aku cuma nak tunggu kau sambung ayat kau tu..." Balas Hariz teragak-agak.
Dania hanya menganggukkan kepalanya. "Lepas belajar, aku nak kerja kat KL... Lepas tu..."
"Lepas tu?" Soal Hariz ingin mengetahui lebih lanjut.
"Aku nak kahwin!" Terletus gelak Dania dengan ucapannya sendiri. "Nak kahwin dengan orang KL... Mesti kaya kan?" Sambungnya
"Hei... Belajar pun belum habis tau, ada hati nak kahwin..." Balas Hariz ingin menyembunyikan perasaannya yang sebenar.
"Eleh... Banyak je orang yang dah kahwin tapi masih belajar... "
Tanpa sepatah kata, Hariz terus memberhentikan kereta Toyota miliknya dihadapan Mall yang tidak begitu ramai orang.
"Dah sampai... Jom, jangan nak berangan sangat takut nanti tak tercapai angan-angan kau tu," sindir Hariz lalu keluar dari keretanya.
Dania hanya mendengus geram. Seat belt dibuka lalu keluar dari kereta Toyota milik Hariz.
~~~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top