BAB 3

"Mana pulak majalah ni." Hana mengomel sendiri sambil memunggah keluar semua barang-barang yang terkandung di dalam kontainer plastik tempat dia menyimpan barang-barang sekolahnya. Hanya ada majalah sekolah semasa dia di tingkatan 2 hingga tingkatan 5.

"Ada sesiapa pinjam ke?" Hana garu kepala. Seingatnya semasa dia mengemas tiga bulan lepas majalah itu ada lagi.

Entah kenapa hatinya meronta-ronta hendak tahu bagaimana rupa Wazif ketua pengawas mereka semasa di tingkatan 1. Hana capai telefon bimbitnya. Terus dia dail nombor kawan baiknya, Tina."

"Hello babe." Hana memulakan bicara sebaik sahaja talian disambungkan.

"Tak reti bagi salam ke. Nak kata kau bercampur dengan mat salih kau belajar kat Jepun." Selamba sahaja Tina menyindir.

"Assalamualaikum." Hana tersengih. Teruja sangat sehingga dia terlupa memberi salam.

"Ha... Waalaikumsalam. Ada apa?" tanya Tina.

"Kau ada pinjam majalah Gemilang aku tak?"

"Majalah apa tu?"

"Majalah sekolah kita lah. Aku ada simpan semua tapi sekarang ni majalah masa kita form one takde. Kau ada pinjam ke? Bukan dulu kau kata nak pinjam ke?"

Suasana senyap seketika. Tiada jawapan dari Tina.

"Babe... kau ada kat situ lagi ke?" tanya Hana tidak sabar.

"Bila masa kau bagi aku pinjam. Kau kan kedekut punya manusia. Lagi-lagi majalah masa kita form one. Ada crush kau kan."

Sebut fasal crush, Hana terus tersenyum. Dia meniarap atas katil. Kepalanya cuba membayangkan jejaka berbaju biru yang sering menjadi mangsa matanya yang nakal.

"Majalah tu lah yang hilang. Aku lupa muka crush aku tu. Sebab tu aku cari majalah tu. Nak recall balik muka dia." Hana tukar posisi. Dia baring pula. Matanya menghala ke arah siling. Majalah itu satu-satunya yang dia ada untuk mengingat kembali bagaimana wajah Wazif.

"Apalah kau ni. Nama aje crush. Boleh lupa muka dia. Crush acah-acah ye. Atau kau dah ada crush lain. Mencurang lagi dengan mata sepet." Sindir Tina.

"Kau tak ada ke majalah tu?" Hana tidak perdulikan sindiran Tina. Memang dia ada ramai kawan mata sepet di universiti tetapi tiada satu pun yang jadi teman istimewa.

"Kau dah lupa ke rumah aku kebakaran dulu. Habis semua majalah aku terbakar. Kau ni banyak sangat makan semut ni. Semua lupa."

Hana ketawa. Memang dia terlupa tentang itu. Mungkin dia boleh tanyakan kepada kawan-kawan mereka yang lain tentang majalah itu. Tetapi siapa agaknya. Pasti timbul gosip kalau dia bertanya kepada kawan-kawan mereka yang lain.

"Kenapa kau tiba-tiba sebut fasal Wazif. Dah berbelas tahun kot. Mesti muka dia dah lain. Entah-entah dah ada pulau kat kepala dia. Ataupun perut dah ke depan."

Hana tergelak. Memang kalau difikirkan ada kebenarannya kata-kata Tina. Tetapi rasa tidak logik pun ada. Kalau ikutkan umur ketua pengawas mereka beza enam tahun bermakna baru berumur 31 tahun.

"Mama aku upah tukang kebun. Nama dia Wazif. Tiba-tiba aku teringat kat head prefect kita." Wajah tukang kebunnya bermain di fikiran. Kacak sungguh. Memang sah dia gila bayang saat ini.

"Cakap ajelah kau rindukan crush kau tu. Bukan aku tak tau kau tengok dia macam nak telan. Wait... kau cakap tadi tukang kebun."

"Ye... tukang kebun. Nama dia Wazif... eh apa nama head prefect kita tu?" Hana tanyakan soalan itu sebelum dia terlupa lagi untuk bertanya. Kenapa banyak sangat benda yang dia lupa sekarang ni.

"Wazif Amsyar. Nama aje crush. Benda penting pun boleh lupa. Last sekali aku dengar fasal dia... dia kerja kat UK lepas habis study. Budak bijak kan..."

"Dia memang pandai kan. Lepas tu handsome giler." Hana mengimbas kembali saat di di tingkatan satu. Sanggup melanggar kesalahan semata-mata mahu bertemu Wazif Amsyar. Pernah juga berdoa agar ditemukan jodoh dengan lelaki itu.

Itu cerita lama. Ketika dia di awal remaja. Sekarang dia sudah dewasa. Andai dia bertemu kembali dengan Wazif Amsyar, belum tentu hatinya akan jatuh cinta.

"Kalau tak ada tak apalah. Aku cuma nak pastikan Wazif tukang kebun ni betul tukang kebun. Bukan tukang kebun jadi-jadian." Hana pintal hujung rambutnya sambil bercakap. Wazif Amsyar atau Wazif tukang kebun, dua-duanya kacak. Dan sekarang dia tergilakan tukang kebun ini.

"Apa tu tukang kebun jadi-jadian."

"Kalau dia jadi model pun lagi elok. Laku babe. Body seksi giler kot. Chocolate bar dia buat aku..."

"Weh... gila kau. Gatal."

"Kalau kau tengok dia sah kau pun jadi gatal." Hana gelak. Dia yakin sesiapapun yang melihat Wazif pasti akan jadi ulat bulu macam dia.

"Okey babe. Aku tengah kerja ni. Ada masa ni aku datang umah ko. Assalamualaikum."

"Orait. Waalaikumsalam." Panggilan ditamatkan. Hana bingkas bangun dan keluar dari bilik. Terus langkahnya di bawa ke dapur.

Dia mencari kelibat Mak Piah orang gajinya tetapi tiada. Terus dia terjah bilik orang gaji namun Mak Piah tiada juga.

"Mana pergi Mak Piah ni." Hana bercakap dengan dirinya sendiri. Dia kembali ke dapur.

"Mak Piah keluar kejap. Jumpa kawan katanya." Wazif berdiri di tepi peti sejuk dengan memegang botol air mineral.

"Habis tu tinggal kita dua aje ke?"

"Dalam rumah ni ya... kita berdua aje. Tapi ada security guard kan kat luar tu."

"Ooh.... Kebetulan yang sangat sweet. Saya suka berdua-duaan dengan awak Wazif." Jati telunjuk Hana mencucuk lengan pejal lelaki itu.

Namun pantas Wazif menjauh. "Cik Hana jari tu tak sekolah ke?"

"Jari, awak sekolah ke?" Hana berbicara dengan jarinya sendiri. "Jari... kenapa tak jawab?"

Hana alihkan pandangan kembali ke arah Wazif yang beriak selamba. " Jari saya tak nak jawab so memang betul dia tak sekolah kot. Alah sentuh sikit aje takkan tak boleh."

"Cik Hana jangan." Wazif mengangkat tangan memohon agar Hana tidak meneruskan niatnya. Namun melihat sengihan di bibir Hana dia yakin gadis itu tidak akan mendengar kata-katanya. Dia menjarakkan sedikit kedudukannya. Botol air mineral tadi dibuang ke dalam tong sampah.

"Pejal betul lengan awak ni. Seronok cocok." Hana makin ligat mencucuk lengan Wazif. Suka bila melihat Wazif cuba mengelak perbuatannya.

"Awak pakai perfume apa ye. Wangilah..." Hana terbau haruman Wazif apabila dia mendekatkan hidungnya ke dada Wazif. Bau yang sangat menyenangkan. Tiba-tiba kepalanya terasa berat. Dia berhenti mencucuk lengan Wazif.

"Aduh." Hana picit kepalanya yang tiba-tiba sakit.

"Cik Hana awak okey ke?" tanya Wazif.

"Tak okey. Kepala.... sakit..." Hana tidak mampu bertahan. Dia terkulai dalam pangkuan Wazif.

"Hana... Hana." Wazif menahan tubuh gadis itu. Tiada sesiapa di rumah sekarang untuk dia minta tolong. Dia mencempung tubuh Hana dan membawa gadis itu masuk ke bilik tamu.

Sebaik sahaja tubuh Hana dibaringkan Wazif mengambil telefon bimbit Hana yang berada di poket baju gadis itu. Kekunci dibuka. Sambil menekan nombor dia duduk di birai katil. Hana masih lagi pengsan.

"Assalamualaikum. Hana pengsan."

Setelah berbual seketika dia menamatkan panggilan. Kata Datin Maznah dia akan menelefon Doktor Riaz untuk memeriksa keadaan Hana. Wazif menyelongkar isi kandungan telefon bimbit Hana. Lagu-lagu Korea. Gambar boyband Korea. Gadis muda sekarang semuanya Korea. Selepas puas menyelongkar dia letakkan kembali telefon.

"Kenapa awak pengsan." Wazif mengesat peluh di dahi Hana dengan tapak tangannya. Dahi Hana berkerut-kerut seakan bermimpikan sesuatu yang buruk. Perlahan jari Wazif mengurut dahi Hana sehingga gadis itu tidak lagi berkerut.

Tingtong! Kedengaran bunyi loceng. Wazif segera bangun dan bergegas ke ruang tamu. Mungkin Doktor Riaz sudah sampai. Terus dia menuju ke pintu. Tepat jangkaannya. Kereta Mercedes Doktor Riaz sedang melepasi pagar.

Wazif berdiri di luar. Menanti Doktor Rian keluar dari kereta. Sebaik sahaja pintu dibuka dia terus mendapatkan doktor itu.

"Apa kau dah buat sampai dia pengsan?"

Wazif tidak menjawab.

"Head prefect kita tu handsome giler. Memang stok suami idaman. Aku nak cop dia." Hana berbisik di belakang Tina sambil matanya terarah ke pentas. Wazif Amsyar selaku ketua pengawas sedang membacakan doa.

"Dia kan anak driver papa kau. Duduk belakang umah kau. Kenapa macam tak pernah tengok." Bisik Tina kembali.

"Tahun lepas aku darjah enam tak matang lagi. Sekarang aku dah dewasa."

Hana mahu gelak tapi dia tahan. Memanglah Wazif anak pemandu papanya tapi dia jarang berjumpa lelaki itu. Wazif dan ayahnya tinggal di kuarters pekerja di belakang banglo mereka. Lagipun Wazif jarang keluar rumah. Kalau tidak belajar mungkin bermain bola atau cari saja di surau berhampiran rumah mereka.

"Jadi tahun lepas kau pandang dia macam abang. Tahun ni kau pandang dia macam pakwe. Gitu."

"Satu hari nanti aku nak kahwin dengan dia."

"Kalau dia nak kat kau. Kau tu dahlah bengap. Duduk kelas belakang. Tak sepadan tau dengan dia," ujar Tina. Bukan dia hendak menyekat niat Hana. Tetapi dia ada dengar Wazif berhubungan rapat dengan ketua pengawas sekolah perempuan berhampiran. Jadi Hana sangat tidak sepadan dengan Wazif.

"Apa susah aku suruh je bapak dia paksa dia kahwin dengan aku. Bapak dia sayangkan aku tau." Hana tersenyum penuh yakin. Pak Rahmat sayangkan dia macam anak sendiri. Senang-senang sahaja dia boleh jadi menantu pemandu papanya. Matanya terpejam membayangkan dia menjadi isteri Wazif Amsyar. Alangkah bahagianya hidip

"Kamu kenapa bercakap semasa ketua pengawas baca doa!"

Hana tersentak. Dia buka matanya. "Wazif Amsyar."

Dia pandang sekeliling. 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top